Isnin, April 14, 2014

Alfatihah : Murid tadika maut van terbabas dalam kolam kumbahan

JOHOR BAHARU 14 April - Seorang murid Tadika Kemas maut akibat van yang dinaikinya bersama lima rakannya yang lain terjunam ke dalam kolam kumbahan di Taman Universiti, Skudai hari ini.
Murid yang meninggal dalam kejadian 12.15 tengah hari itu dikenali sebagai Muhammad Azri Aqif Azhar, 4.Ketua Polis Johor Baharu Utara, Mohd Khamsani Abdul Rahman berkata mangsa meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti.
Beliau berkata seorang daripada lima rakannya itu didapati kritikal manakala empat lagi cedera ringan.Mereka ialah Nur Aima Razak, 5, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, 5, Danial Asyraf Abdullah, 5, Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Sakinah Roslan, 5, yang kesemua mereka turut dibawa ke klinik berkenaan.
Mereka kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah sementara mayat Muhammad Azri dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya untuk dibedah siasat.
``Kejadian dipercayai berlaku apabila van itu yang sedang menunggu untuk menaikkan murid-murid itu tiba-tiba menggelongsor dan merempuh pintu pusat kumbahan sebelum menjunam ke dalam kolam kumbahan,'' kata Mohd Khamsani.
Beliau berkata ketika itu pemandu van terbabit seorang wanita berusia 40-an sedang berada di luar kenderaan terbabit.Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda