Popular Today

Rabu, April 02, 2014

Insiden terowong: JDT didenda RM30,000



PETALING JAYA - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung 'insiden terowong,' manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140401/su_12/Insiden-terowong-JDT-sekadar-didenda-RM30000#ixzz2xgCuAsTj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda