Selasa, April 08, 2014

Monyet terlepas di Parlimen?

Pernah kah anda melihat aksi monyet.. melompat-lompat, terkinja-kinja.. menjerit-jerit dan suka membuat bising.

Itulah yang dibuat oleh Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen semalam apabila rang undang-undang tentang GST dibacakan semalam.

Rakyat tahu kenapa PR tolak GST.. sebab mereka jadikan isu ini.. isu politik.. bukan lah tentang Gst tu sgt.

Mereka dakwa GST akan membuat rakyat derita.. derita mcm ne? Gst menyebabkan kenaikan harga barang.. tanpa Gst harga barang tetap naik.

Gst menyebabkan kadar cukai lagi tinggi.. daripada cukai 16% jadi 6%.. tu pun tinggi juga ke..

Berikut adalah sedikit penerangan ringkas mengenai GST seperti yang diterangkan oleh DS Ahmad Husni:

Singapura memperkenalkan GST pada 1993 dengan 3%; sekarang 7%. Bagi Singapura GST merupakan cukai baru, bermakna Rakyat kena bayar cukai tambahan 3%. Negara kita memperkenalkan GST bagi mengantikan SST(Cukai Jualan & Perkhidmatan. Cukai Jualan kini 5% dan 10%. Bermakna bagi yang kini 5%, tambahan yang perlu di bayar Rakyat 1%; manakala yang kini 10%, Rakyat akan jimat 4%.

Terdapat 73 produk (10.6%) dalam kategori 5% kepada 6%; msnakala dalam kategori kini 10% akan turun ke 6% mengandungi 273 produk (39.62%). Terdapat 4 negara memperkenalkan GST pada 2011 dan selepas dengan kadar GST 15%, 16%, 16% dan 40%.

Jenis produk antaranya Nescafe, Quarker Oats pada kadar 5%; Minuman berkabonat, ribena, sunquick, pakaian bayi, sabun, bateri, kereta, TV, Colgate, syampu dsb 10%. Bermakna kereta dan TV akan lebih murah dengan kadar GST 6%. SST di perkenalkan pada tahun 1970'an.

Yang di maksudkan 'Shadow Economy', terminologi bagi peniaga yang lari dari bayaran SST(Cukai jualan & Perkhidmatan). 'Black Economy' merupakan 'Ekonomi Underground' iaitu aktiviti jual dadah, jual manusia, pelacuran dsb. Shadow economy akan masuk ke dalam pembayaran GST kerana di bawah sistem GST, pengeluar (manufacturer), pemborong dan peruncit mendapat balik pembayaran GST (dipanggil sebagai 'Kredit Cukai').

Pengalaman di 160 buah negara yang telah melaksanakan GST, semua peniaga dan syarikat (termasuk yang dahulunya dalam Shadow Evonomy) mendaftar dalam GST untuk mendapat kredit cukai. Matlamat peniagaan adalah memperoleh keuntungan. Dengan kredit cukai, peniaga mendapat keuntungan.

Negara ada cukai korporat dan cukai pendapatan individu di bawah LHDN. SST dan kemudian GST adalah di bawah Kastam.

Kita telah membuat kajian, bagi isirumah berpendapatan RM2,000 sebulan berdasarkan pattern perbelanjaan pada setiap bulan, kini dibawah SST membayar cukai SST RM36.00 sebulan. Dengan pattern perbelanjaan bulanan yang sama, dibawah GST akan membayar RM51.00 sebulan. Ini bermakna membayar tambahan RM15.00 sebulan atau RM180 setahun. Kerajaan akan memberi bantuan tambahan RM300 kepada isikeluarga yang menerima BR1M, bermakna ada lebihan RM120.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda