Selasa, Mei 06, 2014

Mayat murid lemas ditemui

Lemas1Kuantan –  Mayat murid lelaki tahun empat yang lemas ketika mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang dekat Ulu Perting, Bentong dekat sini petang semalam ditemui jam 10.20 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superitendan, Wan Azharudin Wan Ismail berkata, mayat Ngai Ji Hong, 11, murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Perting di Bentong itu ditemui kira-kira 10 meter dari tempat mangsa dilaporkan lemas, kira-kira jam 3 petang semalam.
Ketika kejadian, mangsa sepatutnya menghadiri kelas tambahan, namun dilaporkan pergi ke sungai itu untuk mandi bersama dua rakannya.
Beliau berkata, sebaik menerima panggilan, polis bersama anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa, lapor myMetro.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda