Popular Today

Selasa, Ogos 26, 2014

Keputusan demi rakyat Selangor - Akhirnya nama TSKI juga yang baik

1 Komen!!!



Daulat Tuanku!!

SULTAN SELANGOR tangguh perletakan jawatan TS Khalid sebagai MB baru dipilih. Dalam masa yang sama
Tuanku Sultan Selangor mahukan tidak kurang dua nama dari setiap parti PKR, PAS dan DAP untuk dinamakan 
sebagai calon MB Selangor.

Dengan mohon perkenan untul meletakkan jawatan demi kepentingan rakyat Selangor.. akhirnya nama TSKI juga
yang baik.. sudah le dia dizalimi PKR kerana ANwar mahukan bini beliau menjadi MB dan kini dia disanjungi rakyat
Selangor dan akan dingati sebagai MB yang terbaik!!

Rabu, Ogos 20, 2014

Talam Takziah.. ADUN Pengkalan Kubur meninggal dunia.. Al Fatihah

0 Komen!!!


ADUN BN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Akibat Kanser
KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar, meninggal dunia pagi ini kerana kanser.
Allahyarham meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi di China ketika mendapatkan rawatan di negara berkenaan.

Allahyarham juga adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Selasa, Ogos 19, 2014

sajak dari penyokong tegar pakatan

0 Komen!!!


biar kami digigit nyamuk... (denggi)
biar kami berbau busuk... (krisis air)
biar kami berkudis buruk... (HIV)
namun pakatan tetap dihati...

biar kami tak naik takuk... (mundur)
biar kami tak senang duduk... (krisis politik berpanjangan)
biar kami tak cukup lauk... (peluang pekerjaan semakin menguncup)
namun pakatan tetap dihati...

biar kami sedap berurut... (maksiat parlour)
biar kami berkuda lembut... (kedai judi kuda)
biar kami terus hanyut... (pusat hiburan haram)
namun pakatan tetap dihati...


#sajak dari penyokong tegar pakatan

APABILA PAS SUDAH HILANG KETAYAP, JUBAH DAN LEBAI

0 Komen!!!
KRISIS perlantikan MB Selangor yang baru iaitu Wan Azizah merungkai siapa sebenarnya PAS yang sekarang. Jika dahulu kita dapat melihat wajah-wajah jernih dan masih boleh dibanggakan di Malaysia masih lagi punyai parti yang agak Islamik, namun bukan lagi PAS sekarang.

Biar gambar berbicara.

Kepimpinan PAS dahulu dan sekarang memang sudah jauh berbeda. Tiada lagi kelibat Fadzil Nor, Harun Taib, Harun Din, Hadi Awang malah Nik Aziz pada setiap kali press conference yang diadakan.

Tiada lagi kelihatan golongan pemimpin yang berpakaian jubah dan berserban.

Tiada lagi ucapan atau kenyataan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Maka zaman ini kita dapat lihat yang sebuah parti yang dikatakan ditubuhkan untuk menjaga bangsa Melayu dan agama Islam sudah terkubur. Sudah tiada lagi kata-kata garang mempertahankan Melayu dan Islam semenjak menjadi balaci kepada Anwar dalam PR.

Jadi memang tidak mustahil apabila Wan Azizah menjadi pilihan PAS. Sedangkan dalam hadis nabi memang ada berpesan bahawa wanita tidak boleh menjadi ketua negeri/negara.

Malah melalui ceramah-ceramah PAS yang aku sendiri pernah hadir sebelum ini turut menyatakan bahawa jika kerajaan (BN) melantik wanita sebagai ketua negeri/negara maka akan hancurlah Malaysia.

Sekarang segalanya dah terbalik. Terpalit atas muka sendiri.

Fikirkan. Renungkan.

Kredit : Jawa Bernam

Ahad, Ogos 10, 2014

Jangan lawan Anwar nanti masuk neraka

3 Komen!!!

Dengar katanya, malam semalam, pemimpin - pemimpin Pakatan Haramjadah tu dah mula siri ceramah untuk memburuk - burukkan Si Khalid Ibrahim tu terang - terangan.

Maka, tampil la Si Mak Lampir ni dengan beberapa dakwaan serta tuduhan yang belum tentu mempunyai asas yang kukuh untuk membidas Si Khalid Ibrahim tu.

Fuh!!! Hebat betul Si Mak Lampir ni ye tak. Sejak bila pulak dia diberi kuasa untuk menentukan sama ada seseorang tu layak untuk masuk Neraka atau Syurga?

Mungkin Si Mak Lampir ni nak letak diri dia setanding dengan Si Nik Aziz tu kot yang mampu membuat ketentuan seperti itu sesuka hati dia je.

Inilah mentaliti tahap ke-10 dikalangan puak - puak PKR ni. Kalau kita kata diorang ni BODOH, diorang marah. Diorang anggap ianya satu penghinaan.

Nak pulak kalau ianya ditujukan kepada seorang wanita. Nanti diorang tuduh kita seksis. Tapi hakikatnya, sebab itulah wanita ni tak boleh jadi pemimpin.

Kerana mereka lebih cenderung untuk mengikut nafsu serta emosi ketika bercakap. Sampai tahap kepala otak diorang pun diletak kat kepala lutut.

Punya la dia marah sangat pada Si Khalid Ibrahim tu sampai tahap itu dia mampu lakukan? Sehingga sanggup dia membelakangkan hukum syarak dalam Islam? Nauzubillah!!!

Inilah hebat tak hebatnya puak - puak Rejim Pakatan Haramjadah ni sebenarnya. Bila dah menyampah sangat dengan seseorang tu, sanggup diorang buat 'Road Show'.

Persoalannya, jika sebelum ini PKR menggariskan soal integriti menjadi alasan untuk menggugurkan Khalid, bagaimana pulak dengan integriti mereka dalam ceramah ni?

Berintegriti sangat ke diorang sampai sanggup buat 'Road Show' demi semata - mata nak memburuk - burukkan imej serta nama baik Si Khalid Ibrahim tu sendiri?

Malah dalam ceramah Si Mak Lampir tu semalam, dia bercerita tentang etika, tentang sikap seorang pemimpin. Tapi, adakah tindakan dia mengutuk Khalid Ibrahim tu beretika?

Adakah dengan cara memaki hamun Khalid Ibrahim depan orang ramai ditempat terbuka boleh dianggap sebagai satu tindakan yang bermaruah? Maruah Kepala Tengkorak dia!!!

Tak kira la sapa pun yang menjadi mangsa dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh puak - puak Pakatan Haramjadah ni, ianya tetap bukan satu langkah beretika.

Bukan caranya nak memburuk - burukkan orang secara terbuka sedemikian rupa. Itu bukan Politik, tapi itu kita panggil sebagai mengutuk dan menabur fitnah.

Tapi, tak heran la kalau Si Mak Lampir ni tak mampu nak bezakan perkara tersebut sebab bab mengutuk ni dah jadi kebiasaan. Benda dah jadi darah daging ni, memang payah nak kita buang. Nak pulak perangai Haramjadah macam tu. Dasar manusia tak sedar diri sungguh!!!

sumber : semut hitam

Kongsi Link Anda