Popular Today

Jumaat, September 19, 2014

Dulu doakan UMNO KO, sekarang doa kutuk sesama sendiri #MuktamarPAS2014





DOA KHAS KAJANG MOVE!


Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.

Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.

Ia turut menimbulkan kemarahan wakil Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar, yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.

Reaksi daripada Doa ke atas Mat Sabu dan 2 Adun itu mengundang rasa tidak puas hati pemerhati luar.



Seorang pemerhati Muktamar Pas kali ke-60 dari Kuala Kedah, Ridzuan Abu Bakar dihalau keluar dewan ketika sesi perbahasan sedang berlangsung, hari ini.

Insiden itu ekoran daripada tindakannya yang merampas mikrofon dan mengkritik perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin yang baru selesai membahaskan Ucapan Dasar Presiden.

Ridzuan meminta Pengerusi Tetap Muktamar Pas Pusat, Abu Kassim Abdullah menggariskan peraturan agar pembahas tidak menggunakan agama untuk berhujah.

Ps: Lain kali jangan doakan bala ke atas orang lain, kini doa itu kembali ke atas diri sendiri..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda