Popular Today

Jumaat, September 19, 2014

Ulama PAS terus dikecam perwakilan!! #MuktamarPas2014




Dewan Ulamak PAS Pusat melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tuduhan yang dilontarkan kepada mereka sejak akhir-akhir ini.

Wakilnya, Ustaz Mokhtar Senik ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS berkata, ulama terbuka untuk menerima apa-apa teguran daripada sesiapa sahaja tetapi bukan untuk dihina.

"Ini tidak, mula-mula angkat ulama kemudian mereka pukul ulama. Ini sikap apa? Kalau kita dalam PAS tidak mendukung kepimpinan ulama, siapa lagi?

"Ulama dituduh bermacam-macam, kalau senyap mereka kata ulama jumud, kalau ulama bercakap mereka kata ulama tidak sabar, kalau jawab kata ulama melenting, kita hendak betulkan perkara ini," katanya.



Beliau juga menafikan kepimpinan Dewan Ulamak tidak turun padang sedangkan mereka gerlibat dengan beberapa program dan aktiviti antaranya perhimpunan aman Bersih, membantah dasar kerajaan, hadir di mahkamah dan lain-lain.

Sumber : Harakah

Ps : inilah akibat tuduh UMNO tolak ulama.. sekarang siapa sebenarnya yang tolak ulama!!

1 ulasan:

Strategi Perang:Pengenalan berkata...

Hasil drp tahaluf siyasi.

Kongsi Link Anda