Isnin, Oktober 20, 2014

Kempen Sentuh Anjing : Akhirnya Mufti Selangor membuka mulut

MAIS_I-Want-To-Touch-A-DogShah Alam – Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menafikan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meluluskan penganjuran “I Want To Touch A Dog” di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya, semalam.
Mufti Selangor itu menegaskan pihaknya dimaklumkan Mais tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran kepada penganjur dan mengatakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mempunyai bidang kuasa memberi kebenaran menggunakan padang awam.
“Tidak ada satu kebenaran untuk mengadakan program sentuh anjing, itu hanya dibuat individu tertentu atas inisiatif sendiri.”” katanya ketika dihubungi.
Tamyes berkata, MBPJ perlu memberi penjelasan membenarkan penganjuran tersebut yang dipersoalkan matlamatnya.
“Perlu ditanya apa justifikasi kerana pihak berkuasa tempatan yang berhak luluskan atau halang, bukan di bawah jabatan agama atau majlis agama,” katanya.
Beliau turut mengalu-alukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mahu menyiasat program itu.
“Saya ucapkan tahniah kepada Jakim kerana campur tangan. Sekurang-kurangnya orang ramai sedar perkara ini (sentuh anjing) tidak digalakkan,” katanya.
Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Mais dan polis untuk menganjurkan program tersebut.
Tambah Tamyes lagi, Islam membenarkan penganutnya memelihara anjing untuk tiga tujuan; sebagai haiwan buruan, binatang terlatih untuk menjaga haiwan ternakan, dan sebagai pengawal keselamatan termasuk membanteras jenayah dadah dan narkotik.
“Tapi program kalau semata-mata berjinak dengan anjing sama seperti pelihara kucing; dipeluk, dicium, saya percaya itu bukan matlamat pelihara anjing dalam Islam,” katanya.
Tamyes berkata, matlamat penganjur juga dipersoalkan apabila anjing yang dibawa ke program itu kebanyakannya terdiri daripada baka jinak, dan bukannya yang garang untuk tiga tujuan berkenaan.
Walaupun penganjur menunjukkan cara membersihkan diri (samak) daripada terjilat anjing, tetapi penganut Islam juga perlu memahami najis “mughallazah” bukan semata-mata melalui sentuhan.
“Kalau matlamat mengatakan hendak orang ramai pelihara anjing di rumah dan dijadikan teman sekamar, itu bukan tujuannya.
“Malah mana-mana orang yang memelihara anjing maka malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapa dilaporkan berkata pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung anjuran tersebut yang dianggapnya tidak sepatutnya berlaku.
Beliau yang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini mengatakan Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis berat.
“Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.
“Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan yang ada,” katanya dipetik laporan Bernama.
Namun, dipercayai surat sokongan rasmi kepada penganjur program itu menunjukkan Mais memberi ‘lampu hijau’ pada surat yang bertarikh 9 Oktober 2014 menggunakan cop dan tandatangan Pengerusi Mais, Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, majlis agama itu dalam responnya bertulis “Penganjur ‘IWTTAD’ untuk makluman selamat maju jaya.”

2 ulasan:

tobeng berkata...

Lepas ni boleh buat acara bermesra dengan babi pulak atau bermalam di kandang babi.Bukan berdosa pun,boleh samak.Kalau dah tak geli dengan babi bolehlah buat acara melapah daging babi untuk diagih2kan kepada fakir miskin kapir.Tujuannya untuk keharmonian kaum dan agama.

Tanpa Nama berkata...

dddd

Kongsi Link Anda