Isnin, Disember 15, 2014

PENYAKIT KULIT ADIK MUIZZ MEDAPAT PERHATIAN WANITA UMNO TENGGARA

Di kala kawan-kawannya sedang bermain, adik  Muiz atau nama penuhnya Muizzuddin Bin Yazid berusia  Tahun hanya mampu melihat dari jauh sahaja.

Adik muizz mengalami masalah kulit dari kecil tetapi semakin serius bulan September 2014 yang lalu. Pernah mendapat rawatan pakar kulit di Klinik Maju Batu Pahat dan sekarang hanya mendapat rawatan tradisional sahaja.

Bapa beliau En  Yazid Bin Hj. Jabar @ Sahid hanya seorang guru agama di Sekolah Agama Bukit Ramun, Kulai. Manakala ibu beliau juga seorang guru agama di  Sekolah Agama Taman Anggerik, Bandar Tenggara.  Bapa beliau berkata untuk rawatan Muizz  memerlukan peruntukan kos yang besar bagi mendapatkan rawatan pakar kulit dan mengharapkan ada pihak yang sanggup memberikan sumbangan.

Pada 14 Disember yang lalu, Naib Ketua Wanita UMNO Bhg. Tenggara,  Pn. Hajah Zubaidah Bte Hamzah dan Pengerusi HELWA & Kebajikan UMMO Bhg. Tenggara, Pn. Rashidah Bte Ismail bersama rombongannya telah membuat lawatan ke rumah adik Muizz dan menyerahkan sedikit sumbangan pada keluarga en Yazid.

Semoga adik Muizz segera sembuh dan boleh bermain bersama kawan-kawannya.

Kepada sesiapa yang ingin untuk menghulurkan bantuan boleh melalui no akaun Maybank berikut :
Nama : Zarina Bt Sulaiman
No account bank : 151016964105(may bank)
Alamat : 1577 Jalan Anggerik 1/3, Taman Anngerik, Bandar Tenggara

1 ulasan:

Joe Kedah berkata...

nO. ACC MBB ATAS PENAMA ATAS DAH KENA BLOCK, MUNGKIN KERANA TERLALU BYK TRANSAKSI HARIAN.

Kongsi Link Anda