Popular Today

Sabtu, Disember 06, 2014

#RCIsabah Anwar jangan hanya pandai menuduh, kemukakan bukti!!

Anwar meroyan dan menyalahkan RCIsabah.. mcm biasa tuduhan RCI gagal..

Persoalannya adakah gagal atau pemimpin PR menipu!!!

 PR Sudah diberi peluang kemukakan kenyataan semasa RCI, mengapa tidak nyatakan dakwaan tersebut. Mengapa selepas bentang baru nak persoalkan.

Rakyat ucapkan tahniah pd Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing Sabah yang membuat kerja tanpa kompromi dan telus. Lihat sahaja dari siapakah kenyataan 2 ini diambil sepanjang siasatan.

Suruhanjaya menyiasat dengan bukti dan saksi.. bukan mcm PR yang hanya menuduh.. jadi Anwar jgn ckp sahaja.. berikan bukti!!

Tiada ‘Projek IC' wujud!! Inilah Jawapan yang sebenar kerana projek IC sebenarnya adalah tuduhan jahat pihak tertentu sahaja yang mahu burukkan BN dan kerajaan.

Dan perlu lebih jelas kenyataan 2 ini diambil secara adil dan telus dengan mengambil saksi Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan Keterangan Tun Mahathir (semasa menjadi PM) dan Dato' Sri Anwar Ibrahim (semasa menjadi TPM), Tan Sri Harris Salleh, Dato' Aziz Samsudin ketika prosiding RCI menyebut mereka tidak maklum akan kewujudan IC Projek. 

Anwar Ibrahim sendiri tidak mengesahkan adanya projek Ic.

Apa yg berlaku sebenarnya pengeluaran kad pengenalan secara tidak teratur yang dikenali sebagai "Projek IC" tidak dilakukan oleh kerajaan tetapi Pengeluaran Kad Pengenalan secara tidak teratur telah  dilakukan oleh sindiket yang melibatkan pegawai-pegawai kerajaan tertentu dan orang awam.

Seramai 24 orang pegawai dan kakitangan daripada JPN dan 4 orang penjawat awam dan 66 orang awam yang terlibat dalam sindiket pengeluaran Kad Pengenalan tidak teratur ini. Mereka semuanya telah dikenakan tahanan ISA dan bagi 24 orang pegawai dan kakitangan JPN ini telah juga diambil tindakan tatatertib dengan dibuang kerja.

Bahkan Sindiket ini telah mengutip keuntungan sebanyak RM 11 juta hasil daripada penipuan tersebut. Jumlah ini dimaklumkan oleh saksi pegawai Polis yang menjalankan siasatan dalam prosiding.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Standard Anuar lah tu. Tuduh tanpa kemukakan bukti, hatta kes liwat dia pun macam tu jugak apa nak hairan...

Tanpa Nama berkata...

Yg hairan macamana masih ade lagi yg percaya kat dia... kaki kelentong...kikiki

Kongsi Link Anda