Popular Today

Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz Tok Guru Sesat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz Tok Guru Sesat. Papar semua catatan

Selasa, Mac 06, 2012

Jangan salahkan orang : Nik Aziz yang perlekeh Islam

1 Komen!!!
Memang cara PAS dan sekutunya yang asyik menuding jari kepada orang lain.. Ianya cara mudah untuk melepaskan diri dengan menyalahkan orang lain.

Nik Aziz menuduh BN lekeh Islam kerana kerajaan kelantan amal pentadbiran cara Islam.. hakikatnya Nik Aziz yang perbodohkan diri sendiri..

Laungan membangun bersama Islam hanyalah slogan politik semata-mata.. kerana hakikatnya PAS kini  membangun bersama DAP.. apapun yang PAS buat mesti di bawah telunjuk DAP dan PKR...

Bagaimana Nik Aziz kata membangun bersama Islam dalam masa yang sama Nik Aziz boleh membiarkan Aljuburi menyokong keselamatan Israel.. sebab itu, Islam diperlekehkan kerana tindakan pemimpin PAS sendiri.

Lihat sahaja PAS Kelantan dari segi membangunnya bersama Islam.. berapa banyak masjid yang PAS buat sepanjang memerintah Kelantan.. berapa banyak tempat maksiat, pusat pelacuran.. Kelantan juga menjadi juara HIV paling tinggi di Malaysia 3 kali berturut.. inilah sebenarnya anugerah yang patut diberikan kepada Kelantan!!!

Lihatlah cara Nik Aziz nak pegang jawatan MB sampai mati.. caranya mudah dengan jadikan Islam sebagai alasan.. Islam tak salah, yang salah Nik Aziz yang nak pegang jawatan sampai mati.. dah tak de pemimpin muda agaknya kat Kelantan ni.. Cukup-cukuplah Nik Aziz umur dah lebih 80 tahun... cukup dah firaun tu.. kecuali Nik Aziz nak jadi Maha Firaun zaman baru!!

Sabtu, Februari 11, 2012

Hari Suami Isteri : Harussani bidas Nik Aziz

1 Komen!!!


SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membantah cadangan Pas menggantikan Hari Valentine kepada Hari Suami Isteri kerana tarikh itu adalah hari di mana agama Islam cuba dimusnahkan oleh kaum Yahudi beratus tahun dahulu.

Menurutnya, sejarah menunjukkan pada tarikh berkenaan, kerajaan Islam di Sepanyol dijatuhkan oleh seorang paderi.

Kesan daripada itu, umat Islam ditindas dan dinafikan haknya dan perkara ini boleh dilihat ke atas apa yang berlaku terhadap negara Palestin pada masa kini.

“Cadangan Hari Suami Isteri itu adalah baik. Ia dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Cuma, tidak perlu diraikan pada tarikh tersebut. Adalah lebih baik, Hari Suami Isteri dibuat pada tarikh Maulidur Rasul.

“Keperibadian Rasulullah sudah terbukti dan baginda bukan sahaja seorang pemimpin terbaik tetapi juga ketua keluarga yang begitu adil dan penyayang,” katanya kepada Sinar Harian.

Selasa, Mei 03, 2011

Nik Aziz si tua nyanyok

0 Komen!!!

Baru sahaja beberapa hari lalu Nik Aziz jumpa Duta Amerika ke Malaysia, Paul W Jones di pejabat Menteri Besar Kelantan di Kota Bharu [klik sini].. kini nik Aziz katakan siapa yang mengatakan siapa yang menyatakan dunia akan lebih aman adalah seperti penyokong Amerika..

"dunia akan lebih selamat dengan kematian Osama bin Laden di tangan pasukan elit Amerika Syarikat (AS) adalah pandangan tidak cermat" kata Nik Ajis

Sebenarnya penulis setuju dengan pandangan Nik Aziz.. jika tiada Osama, keganasan dan ekstremisme tetap berlaku... kalau tak percaya lihat sahaja amalan ganas yang dibawa Pakatan Rakyat khasnya semasa pilihanraya.. lihat sahaja samseng PAS dan PKR!!!

Kalau tak ganas itu bukan PAS dan PKR!!!

Memang sifat pemimpin pembangkang tak kiralah siapa yang penting mesti ada 2 sifat utama iaitu pertama pembohong dan kedua cakap tidak serupa bikin!!!

Pada 27 April 2011 lalu baru sahaja Nik Aziz jumpa Duta Amerika.. banyak persoalan timbul mengenai perjumpaan ini.. ini membuktikan PAS juga meminta tolong dan bantuan Amerika..

KIta tahu AMerika ini tidak pernah jumpa seseorang pemimpin tanpa mahu mendapatkan timbal balik.. setiap bantuan yang dihulurkan pastinya ada udang di sebalik serban!!!

Lihat sahajalah bagaimana Amerika menaja Taliban suatu masa dulu untuk jatuhkan pencerobohan Rusia di Afghanistan tetapi akhirnya Taliban juga mati di tangan tentera Amerika.. khasnya apabila AMerika mendapati mereka sudah tidak perlukan Taliban!!!

Ianya tidak mustahil berlaku kepada PAS yang bakal menjadi baru Amerika.. inilah buktinya iaitu perjumpaan Nik Aziz dengan Duta Besar Amerika!!!

Hakikatnya Nik Aziz ni dah nyanyok.. cakap merapu dan cakap tidak serupa bikin.. orang begini memang Amerika suka untuk dipergunakan!!!

Rabu, Mac 16, 2011

Nik Aziz kena 'lancau' dengan orang Cina

0 Komen!!!
Inilah akibatnya jika membuat keputusan bukan Ikhlas kerana Allah.. tetapi untuk dapatkan undi.. Ianya berkenaan pengharaman loteri oleh kerajaan PAS Kelantan...

Memang banyak persoalan yang boleh ditimbulkan antaranya... kenapa selepas PAS perintah selama 20 tahun baru nak haramkan loteri.. adakah hukum loteri berbeza dahulu dan sekarang dalam Islam..

Melalui persoalan ini, rakyat boleh membuat kesimpulan bahawa tindakan kerajaan negeri Kelantan adalah semata-mata untuk politik.. kenapa.. apabila PAS melihat sokongan orang Melayu kepada mereka semakin menurun melalui Pilihanraya Kecil.. maka kononnya demi mendapatkan kembali mereka dari orang Melayu maka mereka haramkan judi...

Maka melalak dan melolonglah PAS Kelantan untuk menunjukkan mereka sahaja yang mengamalkan Islam.. namun kita tahu pengamalan Islam ini hanya kosmetik semata-mata dalam Pakatan Rakyat.. sebab dalam Pakatan ini sebenarnya tiada Pakatan yang sebenar.. jadi pengharamana ini tidak selaras di negeri lain yang diperintah kerajaan Pakatan.. Inilah Islam politik yang diamalkan oleh PAS..

Kini akibat PAS mengamalkan Islam secara politik dan suku-suku.. dulu halal dan kini haram.. tak tahulah dari mana pulaka ayat quran dia dapat.. mungkin dulu PAS baca Alquran tak habis lagi.. PAS kini menjadi sasaran marah kemarahan kaum Cina di Kelantan Khasnya dan Negara ini amnya... lihat berita di bawah:
Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mendakwa, masyarakat Cina di Kelantan kini marah dengan kerajaan negeri berhubung isu penjualan loteri di negeri itu.

Ketua DHPP, Hu Pang Chaw berkata, tindakan pihak berkuasa menyerbu kedai buku menjual loteri kebajikan dilihat sebagai terburu-buru, sedangkan masalah itu sebenarnya boleh diselesaikan melalui perbincangan antara pemimpin masyarakat Cina dan kerajaan negeri.

“Masyarakat Cina bukan saja di negeri ini, malah seluruh negara kini melahirkan rasa marah dan sekiranya kerajaan PAS Kelantan gagal mengatasinya, ia akan menjejaskan mereka (PAS) pada masa depan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Lepas ni kita tengok apa PAS Kelantan buat.. dia tarik balik atau tak pengharaman loteri ini..

Nik Aziz ini memang patut kena lancau oleh orang Cina... dah nyanyuk orang tua ni..

Mungkin negara kita boleh menganggap Nik Aziz ini macam Mubarak di Mesir dan Ghadaffi di Libya kerana sudah terlalu lama berkuasa.. pemimpin UMNO pun dah bertukat ganti..

Rasanya kaum Cina dan rakyat Kelantan perlu buat demonstrasi supaya Nik Aziz berundur.. kalau nak thrill lagi buat macam kat negara timur tengah...

Isnin, Disember 13, 2010

Sekali lagi!!! undurlah Nik Aziz

2 Komen!!!
Pagi tadi dah ada cerita tentang Pok Nik yang yang semakin sering sakit.. tapi tak nak letak jawatan [sini]..

Sedangkan Sultan yang sakit... kerajaan PAS berjaya 'jatuhkan' Sultan yang gering dan digantikan Sultan yanglain.. tapi macam mana dengan PAS Kelantan..

Teringat cerita Firaun yang mahu berkuasa selagi ada hayat.. inilah juga cerita yang sentiasa dimainkan oleh puak-puak PAS ketika zaman Tun Mahathir jadi PM..

Peliknya, puak-puak PAS bila pemimpin mereka mengamalkan perkara yang sama.. nak memegang jawatan hingga akhir hayat, tak pulak mereka tuduh sebagai Firaun... bahkan mereka minta Firaun ini dikekalkan..

Ironinya PAS hanyalah parti hipokrit yang bertopengkan agama demi nafsu amarah mereka.. lihat sahajalah Nik Aziz.. sedangkan Allah dah bagi isyarat supaya letak jawatan.. tapi tak mahu.. mahu menjadi firaun hingga ke akhir hayat...

Sebelum ni Nik Aziz dilaporkan masuk hospital.. kini sekali lagi beliau masuk hospital kerana masalah buah pinggang [klik sini]..

Seorang pemimpin jika dah memerintah lama tetapi masih tak berjaya nak cari pelapis.. mereka ini adalah pemimpin yang gagal.. lihatlah PAS Kelantan sekarang, jikalau isu pelapis ini dah selesai pastinya isu Nik Aziz menjadi Firaun sampai ke akhir hayat mungkin tak kan berlaku.. tapi disebabkan Nik Aziz pemimpin yang tamak dan gilakan jawatan.. beliau lebih rela mati dalam jawatan dari membina generasi pelapis..

Sekali lagi.. berundurlah Nik Aziz.. bertaubatlah.. dah cukup kamu sesatkan orang Islam dengan fatwa yang berasaskan nafsu kamu itu..

Ahad, Oktober 10, 2010

Mudalillul PAS yang penipu

0 Komen!!!
PAS telah menggerakkan urat saraf untuk Pilihanraya Kecil.. kali ini Mudalilul PAS mencari alasan kenapa Kelantan masih tidak membangun [rujuk sini]..

Jadi macam biasa, nak lepaskan diri carilah salah orang lain.. siapa UMNO dan BN..

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

Ini semuanya untuk tanamkan kebencian pengundi khasnya pengundi Galas kepada BN.. sedangkan kerajaan PAS pun sebelum ini tdak pernah ambil tahu pembangunan kawasan Galas..

Contoh yang dibuat oleh Mudalilul PAS ialah Lapangan Terbang Kota Bharu..
“Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu,”

Dakwaan Mudalillul PAS ini sebenarnya pembohongan yang nyata.. PAS hanya mula perintah Kelantan pada tahun 1990.. kalau nak kira PAS dah buat permohonan dah 20 tahun.. kiranya kerajaan BN beri kelulusan pada tahun 2010.. Inilah pembelitan Fakta oleh PAS, dengan kata lain memfitnah.. kerana amalan politik Fitnah sudah menjdai darah daging pemimpin PAS.. sedangakn Fitnah sesuatu yang dilarang keras oleh Islam.. namun PAS menghalalkan Fitnah.. inilah Hipokrasi PAS..

Fakta Lapangan terbang Sultan Ismail Petra baru telah siap digunakan pada September 2002 [rujuk sini dan sini].. iaitu hanya 12 tahun pas memerintah.. itupun siapa sempurna dan boleh digunakan.. kelulusan projek itu pastinya lebih awal pada lewat tahun 90-an.. kalau tidak, tidak mungkin projek berkenaan boleh digunakan sepenuhnya pada 2002.

Banyak lagi pembohongan dan kemunafikan yang dibuat MUdalilul PAS, Nik Ajis..
antaranya dakwaan faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.
”Siapa pun yang berada di pihak mereka (BN) kita terpaksa lawan kerana kita bukan melawan batang tubuh tetapi kita melawan kerana ideologi mereka tidak berdasarkan Islam.

”Siapa pun kita lawan kerana lawan kita ini bermaksud untuk membetulkan, menyedarkan mereka agar tidak terpesong dengan ajaran Islam,” katanya.
Inilah kemunafikan Mudalillul PAS sekali lagi.. sekali nak tanya Mudalilul PAS.. apanya yang PAS buat berdasarkan Islam.. apatah lagi yang DAP dan PKR buat untuk Islam.. kenapa PAS tak tentang ini pula..

Apakah idealogi UMNO yang tdak berdasarkan Islam... apakah idealogi PAS berdasarkan Islam.. sedangkan PAS sendiri tidak mahu perjuangkan pun Negara Islam lagi.. apatah lagi Syariat Islam dan undang-undang Islam..

Dan Naib Presiden PAS.. Nizar al barua DAP pun nafikan PAS ni berlandaskan perjuangan Islam.. siap persoalkan mana dia dalam dokumen atau transkrip yang PAS ini nak perjuangkan untuk Islam nak tubuh negara Islam.

Sabtu, Oktober 09, 2010

SPR sahkan Nik Aziz nyanyuk

1 Komen!!!
Dah lupa ke Pok Nik wei... atau nyanyuk...

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjawab tuduhan PAS "Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yang bertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

"Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.

"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya.


Bodo!!! sah dah nyanyuk pok nik ni wei...

Selasa, Oktober 05, 2010

Nik Aziz semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew

3 Komen!!!
Nik Aziz hari ini membuat kunjungan balas kepada Lee Kuan Yew sempena ziarah mendiang Isteri Lee Kuan Yew [rujuk sini].

Namun peliknya semasa Tuanku Sultan Kelantan gering di Singapura, Nik Aziz dan kepimpinan PAS negeri Kelantan langsung tidak melawat pun [rujuk sini]. Nampaknya Lee Kuan Yew lebih penting dari Sultan Kelantan dari pandangan Nik Aziz. Malangnya rakyat Kelantan dapat MB macam ni..

Lee Kuan Yew adalah Menteri Mentor Singapura yang bertanggungjawab terhadap penghapusan etnik Melayu di sana.

Etnik Melayu di sana bukan sahaja dipinggirkan bahkan ditindas akibat dasar yang dibuat Lee Kuan Yew. Akibatnya Melayu Singapura menjadi Melayu hina yang diberi jawatan tidak penting dalam kabinet Singapura dan lebih-lebih lagi tiada orang Melayu yang memegang jawatan penting dalam kerajaan Singapura akibat dasar diskriminasi ala aparteid yang diamalkan Lee Kuan Yew. Apatah lagi mengenai gerakan Islam Singapura yang terus mati akibat dasar Lee Kuan Yew.

Pada tahun lepas Lee Kuan Yew telah melawat beberapa negeri di Malaysia termasuklah negeri 'protege'nya Pulau Pinang dan Kelantan.

Pemergian Nik Aziz ke Singapura adalah satu pengiktirafan Nik Aziz terhadap segala tindakan jahat Lee Kuan Yew terhadap Melayu dan Islam... namun apa peduli bagi PAS.. apa yang penting bagi mereka ialah sokongan dan undi kaum Cina... pemergian Nik Aziz ini pastinya ada signifikan terhadap sokongan kaum Cina terhadap PAS.

Nik Aziz nampaknya kini semakin tunduk kepada Lee Kuan Yew dan Singapura..

Begitulah malangnya umat Islam di Malaysia ini apabila Tok Guru pun mengiktiraf tindakan jahat Lee Kuan Yew itu.

Selasa, Ogos 17, 2010

Pak Arab pun bagi respon Dinar Emas negeri Serambi Mekah!!!

13 Komen!!!
Mungkin PAS Kelantan dah terlalu bangga dengan pelancaran dinar emasnya beberapa hari lepas.. tapi ironinya pelancaran Dinar Emas yang melambangkan kehebatan ekonomi Islam tidaklah setaraf dengan pembangunan dan pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan yangtidk ke mana pun, belanjawan Defisit tahun 2009, FDI dan pelaburan bukannya ada apatah lagi dengan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Namun yang hebatnya ia mendapat perhatian kolumnis editor majalah Islamic Banker di Arab Saudi.. dahsyatnya juga penangan dinar Enas Kelantan. Untuk artikel penuh sila baca dibawah:

Seorang kolumnis akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews menganggap langkah kerajaan negeri Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai politik oportunis murahan untuk mengambil kesempatan emosi dan simpati penduduk Muslim.

“Pengumuman kerajaan negeri Kelantan minggu lalu bahawa ia akan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak sebagai mata wang sah diperlakukan bersama-sama ringgit adalah cubaan gagal untuk secara sendirian mengisytiharkan kebebasan dasar kewangan,” kata Mushtak Parker yang juga editor majalah Islamic Banker.

“Apa lebih ketara ia mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990,” katanya.

Beliau berkata, hakikat bahawa PAS mengumumkan langkah itu sempena permulaan Ramadan, menunjukkan ia langkah politik oportunis murahan.

PAS, katanya, akan mempunyai lebih kredibiliti jika ia cuba memperkenalkan langkah itu sejurus selepas krisis kewangan global pada 2008.

Bagaimanapun, seperti beberapa parti Islam lain, PAS terbukti tidak berkesan apabila memegang kuasa, dengan tumpuan diberi kepada dasar autoritarian yang ketinggalan zaman dan tidak anjal, serta pandangan patriak dan penguasaan golongan lelaki dalam kedudukan kuasa.

“PAS adalah parti yang memperkenalkan aparteid agama di Kelantan di mana wanita disediakan kaunter asing di pasar raya,” katanya.

Namun, beliau berkata dalam bidang ekonomi dan kewangan parti Islam, seperti PAS, “amat naif bahawa dinar emas Islam atau kewangan Islam adalah penawar kepada semua masalah dunia, semata-mata kerana ia adalah falsafah dan etos berlandaskan agama.”

Isu mata wang Islam bukanlah satu perkara baru, kata Mushtak.

Malah mata wang Islam sudah pun wujud iaitu Islamic Dinar (ID), iaitu unit perakaunan Bank Pembangunan Islam (IDB).

ID berkenaan adalah bersamaan satu SDR (Hak Pengeluaran Khas), unit perbankan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF). ID itu secara berjaya digunakan IDB sejak penubuhannya pada 1975.

Mushtak berkata, jika negara Islam mahu mata wang bersama, ID berkenaan adalah calon paling sesuai untuk dipertimbangkan.

Namun, ia sukar diterima sebagai mata wang bersama – walaupun disandarkan emas atau perak kerana perbezaan tahap pembangunan ekonomi 56 negara anggota IDB. – Agensi

Ps: jangan pula PAS kata UMNO yang bayar kolumnis ni.. apalah punya otak.. letak kat lutut..

Ahad, April 25, 2010

Banyak pihak bidas Tn Guru Sesat!!

0 Komen!!!

Polemik Pakatan mempergunakan masjid masih berterusan. Setelah Nik Aziz membidas titah Sultan Selangor, kini giliran Jais pula bidas Nik Aziz.[ rujuk sini]

Pakatan masih tidak menerima larangan oleh Sultan Selangor menggunakan masjid untuk berpolitik. NIk aziz pula berkeras dengan menuduh yang mendakwa tidak boleh dianggap warisan penjajah yang mahu pisah politik dan agama.

Menurut Jais:
"Dia (Nik Abdul Aziz) perlu faham bahawa di Selangor ini, kita ada enakmen yang melarang pengunaan masjid dan surau untuk tujuan politik. Kalau di Kelantan, terpulanglah kepada dia untuk berbuat demikian (gunakan masjid dan surau untuk berpolitik).

"Akan tetapi kalau di Selangor, dia kena patuhi undang-undang di negeri ini serta menghormati titah Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Negeri,"
Hakikatnya ialah dalam keadaan kempen politik, titah DYMM Sultan Selangor memang tepat.. walaupun atas alasan tazkiran dan ceramah atau sebagainya.. tidak kiralah siapa.. sikap prejudis dan bias masih menebal dalam jiwa pemimpin politik ini.. Apatah lagi Nik Aziz memang terkenal sikap bias dan prejudis...

Tapi kalau mufti yang berceramah memang betul, mereka tidak bias dan prejudis seperti DS Harussnai mufti Perak.. atau mufti yang lain..

Sebagai orang luar - apatah lagi orang Kota Bahru perlu menghormati orang Selagor, khasnya DYMM Sultan Selangor.. jangan nak kurang ajar dan biadap.. nak buat tempat orang macam tempat sendiri!!!

Macamlah Kelantan tu bagus sangat.. berapa buah masjid yang kerajaan negeri dah bina?.. masjid di Selangor semua dibina oleh kerajaan BN...

BN sangat memuliakan masjid, kerana masjid adalah tempat ibadah.. maka perlu ada etika dan akhlak didalam masjid.. sesuai dengan peranan masjid yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.. sebagai tempat perpaduan.. iaitu bila keluar dari masjid umat Islam bersatu, UMNO dan PAs boleh bersatu.. bukanlah semakin berpecah bila keluar masjid.. kerana akiba fitnah dan pembohongan yang disokong dengan sifat bias dan prejudis.. sifat ini tidak dimilik oleh Rasulullah SAW.

Hakikatnya PAS telah banyak bawa kerosakan kepada umat Islam sejak lebih 50 tahun dahulu.. akibat sifat prejudis dan bias ini dengan berpegang kepada emosi dan nafsu searakah mereka..

Kepada pengundi Hulu Selangor.. tolaklah pemimpin yang menghina masjid anda..

tolaklah Pemimpin yang menghina Sultan Anda!!!

Jangan lupa untuk undi calon BN.. untuk masa depan rakyat Malaysia yang gemilang!!!! berpegang kepada prinsip dan perlembagaan!!




ABZ!!




Jangan Jadi boneka DAP!!!

Tolak Zaid!!!

Tolak katak Mabuk!!

Tolak kaki Lumba Luda!!!

Selamatkan Malaysia

Selamatkan Melayu dan Islam!!!

Sabtu, April 24, 2010

PANAS!!! - Pengundi Hulu Selangor dibodohkan orang Kota Bharu!!!

0 Komen!!!

Setakat ini strategi besar yang digunakan untuk hari terakhir kempen oleh PKR.. pertama bawa tok guru sesat untuk meningkatkan sokongan pengundi Melayu kepada Zaid dan yang kedua adalah membuat cabaran kepada PM untuk berdebat..

Hari ini rakyat Selangor telah diperbodohkan oleh 2 orang Kota Bahru, Kelantan.. Seorang Nik Ajis dan Seorang Lagi Zaid.. dahlah datang dari negeri lain.. datang ke Selangor buat kurang ajar.. membelakangkan titah Sultan!!!

Hmm. sangat menarik strategi mereka.. kita melihat strategi pertama mereka iaitu bawa TN Guru Sesat kaki songlap balak.. Nik Ajis pun banyak isu yang tidak di jawap oleh beliau.. Semalam Nik Ajis dah hina Sultan Selangor.. "siapa yang ajar tidak boleh bercakap politik dalam masjid".. memang sedap betul Mulut Nik Aziz hina Sultan Selangor!!..

Tak cukup ke penghinaan kepada Sultan Anda wahai rakyat Selangor!!.. nak pilih lagi calon Pakatan!!!

Berapa banyak kali... nak pemimpin Pakatan hina sultan Anda... Takkan melayu Selangor dah sampai tiada maruah.. boleh membenarkan Sultan mereka dihina oleh orang Kota Bharu

Dan seorang lagi nama dia Nik Ajis.. Dia ni kalau nak gi haji guna duit rasuah!!! sponsor dari syarikat yang dia bagi projek!!

Lepas tu dia lantik menantu dia, Ariff Fahmi dan anak dia dalam anak Syarikat kerajaan negeri Kelantan sehingga rugi hampir RM 50 juta ringgit.. dilaporkan banyak berlakunya rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.., tetapi ianya hanya dibakul sampahkan oleh MB Kelantan ini..

Sampai hari ini Nik Aziz masih tidak mendedahkan siapakah penerima kontrak balak di negeri itu walaupun telah dicabar sebayak dua kali.. perkara ini didedahkan oleh Kickdefella yang pernah bekerja dengan Pejabat menteri besar Kelantan.

Nik Aziz juga patut dedahkan siapa pula di kalangan EXCO, pimpinan PAS Kelantan, Ahli Keluarga Nik Aziz dan syarikat-syarikat milik oleh ahli PAS yang dapat balak...

Orang Melayu juga jangan lupa inilah muka boneka DAP dan Yahudi yang tidak mahu Melayu menantu yang menentang tubuhnya kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO...

Jangan lupa ini juga pemimpin Melayu yang dah jual Islamnya kepada Syaitan khasnya isu kalimah Allah dan banyak lagi fatwa karut tok guru sesat ni..

Semalam pula dia merendahkan dan menghina Selangor yang merupakan Ketua negeri dan ketua agama di Negeri Selangor.. Rakyat Selangor nampaknya diperbodohkan oleh orang Kota Bahru...

Seorang lagi ialah Zaid katak kaki arak dari Kota Bharu berlakon alim menjadi calon PKR... bukan setakat katak mabuk todi.. kaki judi dan banyak lagi...

Bukan setakat itu dia terkenal juga sebagai kaki rasuah dalam pemilihan UMNO.. merampas bangunan UMNO.. Dia juga yang saman Hudud PAS.. selain menyokong penubuhan IFC.. jadi kalau dia terkeluar sebagai menteri memang patutpun sebab dosa dia terhadap Melayu dan Islam.

ADA pula anak selangor yang bodoh terikut.. Sekor lagi ni dengan DAP macam tikus.. menganggap DAP ni lebih mulia dari Sultan Selangor!!

Siapa lagi... tentunya Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ronnie Ali merangkap EXCO ajaran sesat negeri Selangor.. nama keluarga beliau Ronnie Liu..

Siapa yang tak kenal Hassan Ali.. kalau berdepan dengan DAP khasnya Ronnie Liu macam tikus.. sikit punya takut.. sanggup merangkak jika dipanggil oleh Ronnie liu..

Jangan lupa Hasan ni tentang kes Arak di Selangor.. apalah punya bacul nak menguatkuasakan arak... Si DAPig Ronnie Liu siap boleh 'overlap' si Hassan ni.. si Hassan pula terus jadi macam binatag ternakan yang patuh kepada tuannya..

Inilah akibat jadi boneka DAp.. teruk betul jika orang Islam dan Melayu jadi boneka.. habis musnah agama dan bangsa!!

Kepada pengundi Hulu Selangor janganlah diri anda direndah-rendahkan oleh orang Kota Bahru ni.. dan juga yang telah menghina Sultan Melayu Selangor!!!

ABZ!!




Jangan Jadi boneka DAP!!!

Tolak Zaid!!!

Tolak katak Mabuk!!

Tolak kaki Lumba Luda!!!

Selamatkan Malaysia

Selamatkan Melayu dan Islam!!!


Jumaat, April 23, 2010

Panas!!: Nik Aziz takut pecah tembelang!!!

0 Komen!!!

Nampaknya Nik Aziz tidak senang apabila hal penyelewengannya dalam pentadbiran Kelantan didedahkan oleh Kickdefella [kickdefella].

Bukan setakat itu, Abdul Aziz juga anggap penulis blog Kickdefella seorang yang obsesif sehingga sanggup menyerang dan mengkritiknya mencapai tahap serangan peribadi.
"Itu hal dia, dia macam dah mabuk dan bercakap mengarut. Lebih suka buat serangan peribadi. Dia bukan wartawan tapi bloger yang tak masuk akal,"
Namun apa yang penting ialah sejauh mana kebenaran pendedahan Kickdefella mengenai... ulang balik... perkara pokok ialah kebenaran!!!.. benar atau tidak?..

Hakikatnya Nik Aziz takut tembelangnya diketahui ramai...

Jika dilihat pendedahan Kickdefella terhadap Nik Aziz memang terdapat kebenaran.. memang wujud unsur penyelewengan oleh Nik Aziz... seperti perlantikan menantu beliau Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dalam syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.. sehingga terdapat tuduhan penyelewengan di dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Syed Azidi pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Korporat PMBK sebelum kontraknya ditamatkan oleh Abdul Ariffahmi.

J kita mengetahui hari ini motif sebenar Kickdefella dipecat oleh Tn Guru Nik Aziz Alfamily.. iaitu kerana mendedahkan kebenaran dan kebobrokan yang berlaku dalam pentadbiran PAS Kelantan!!!

1 Nik Aziz : 1 Family

So Nik Aziz... you are busted!!!

Tamparan kepada Nik Aziz

5 Komen!!!
Masa sudah begitu suntuk, pembangkang kini semakin terdesak mendapatkan sokongan dari pengundi sehingga masjid sebagai tempat Ibadat juga digunakan oleh mereka.

Lantas atas kesedaran itu, YM Sultan Selangor sangat kecewa dengan tindakan PKR menggunakan masjid untuk kepentingan politik mereka. Baginda telah mengambil tindakan suapaya melarang mana-mana parti politik menggunakan dewan masjid untuk berkempen. Kerana ini sangat bersesuaian dengan peranan masjid di dalam Islam iaitu tempat perpaduan umat Islam dan bukannya untuk melemparkan fitnah.

Oleh itu, sebagai penguatkuasa agama, tindakan JAIS melarang Nik Aziz berpolitik dalam masjid adalah tindakan sangat tepat bagi mengelak masjid terus dihina oleh Pakatan Rakyat.

Menurut berita "Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor."

Pastinya tindakan ini akan dipolitikkan oleh PKR.. kita tunggu sahajalah .. dakawaan ini pasti terdengar bagi menutup kelemahan mereka; JAIS alat UMNO, Sultan Selangor dipegaruhi UMNO dan sebagainya.

Syabas kepada YM Sultan selangor kerana tegas sebagai ketua Agama Islam.. melarang masjid dipolitikkan!!!

Kepada PAS atau Nik Aziz, tidak cukupkah anda merosakkan Islam, tidak cukupkah menyesatkan umat Islam... Kalimah Allah anda hina, masjid pun anda Hina.. apatah lagi negara Islam dan hudud pun anda hina!!!

Selamatkan Malaysia!!

Tinggalkan PKR...

Jauhi Dosa!!!

Selasa, Mac 23, 2010

Lagi pendedahan Nik Aziz amal Wahabi

1 Komen!!!




Pendekatan Wahabi yang membuat Nik Aziz sedia memecahkan perpaduan sesama ummah dan sedia bersekongkol dengan kafirun anti Islam DAP.

Wahabi lebih bersedia bekerjasama dengan Yahudi unuk menentang SUnnah Wal Jamaah demi kepentingan fahaman Wahhabi mereka.

Inilah dia permaslahan ummah Melayu dan Islam di negara ini sekarang.

Sumber : The Unspinners

Kongsi Link Anda