Popular Today

Selasa, April 22, 2008

Bau najis babi Jerman paling busuk

0 Komen!!!
Terdapat laporan Akhbar tentang ternakan babi ini. Dunia sebenarnya telah akui bahawa ternakan babi ini akan membawa bencana kepada alam sekitar serta menceamarkan bau sebagaimana berlaku di Jerman. Apa agaknya akan terjadi kepada penduduk Sepang sekiranya projek babi kerajaan PKR Selangor dilaksanakan. Walaupun Jerman terkenal sebagai negara maju dan termoden namun hakikatnya babi tetap babi dan baunya tetap busuk. Sila lihat berita ini:-

LONDON: Berjuta-juta penduduk Britain dilaporkan terpaksa menahan bau busuk najis babi dari Jerman yang disifatkan sebagai bau paling busuk bagi kawasan Eropah, lapor akhbar paling popular, The Sun.

Bau berkenaan dari ladang ternak di Jerman merentasi hingga Selat Inggeris dan memenuhi ruang udara di England dari Essex hingga ke seluruh London dan sejauh Swindon di Wiltshire, lapor akhbar itu, Sabtu lalu.

Apa yang paling buruk bau berkenaan dilaporkan akan terus dinikmati penduduk di Britain sehingga semalam malah bau berkenaan juga dapat 'dinikmati' Ratu England yang menghuni di Istana Windsor.

Jurucakap pejabat pelancongan di Windsor, Berkshire berkata: "Ketika saya meninggalkan rumah pagi ini, bau berkenaan amat kuat. Saya berharap Ratu menutup tingkap istananya."

Thames Water berkata: "Penduduk kawasan kami hingga Swindon dan Reading yang jauh, terhidu bau pelik berkenaan.

"Sesetengah mereka mengatakan ia hanyir manakala yang lain menyifatkan ia seperti baja.

Seorang pemandu trak, Jim Forrest, 55 dari Maidstone, Kent berkata bau berkenaan memualkan tekak hingga menyebabkan mata berair.

"Baunya hingga ke kawasan flat kediaman saya.

"Saya sukar bernafas dan ia seperti bau najis dan amat teruk sekali," kata Ann Schlachter dari East London.

The Sun melaporkan, bau itu berpunca daripada penggunaan baja najis babi yang dihasilkan daripada penternakan kira-kira 25 juta khinzir di Jerman.

Penternak babi, Hauke Jaacks, mengakui bahawa beliau menyembur 5,000 gelen baja di kawasan ladangnya di Rissen di barat laut Jerman.

"Maaf kerana bau itu tetapi anda perlu menghadapinya. Saya perlukan rumput untuk ditanam bagi makanan ternakan saya."

Sementara itu pakar meteorologi, John Hammond berkata bahawa bau busuk luar biasa berkenaan disebabkan keadaan cuaca di mana angin membawa bau berkenaan dan menjejaskan seluruh kawasan tenggara England.

Pejabat polis, jabatan perkhidmatan kecemasan dan stesen radio tempatan menerima banyak aduan daripada penduduk yang menuntut pihak berkuasa memberitahu punca bau berkenaan.

Kira-kira 1,000 aduan diterima Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Agensi akhbar nasional Jerman, DPA, akur negara itu bersalah dengan berkata:

"Punca bau busuk kini diketahui - angin sebelah timur dan babi Jerman - mewujudkan bom busuk." – Agensi

(Berita Harian:22/4/08)

Tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang kepada tokoh BN untuk muslihat politik

0 Komen!!!
Tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang kepada tokoh-tokoh BN hanyalah bertujuan politik semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kebaikan mereka. Selain untuk memujuk hati orang Melayu untuk menyokong mereka. Hakikatnya di Pulau Pinang dari 15 kerusi majoriti Melayu, Pakatan Pembangkang hanya memenangi 3 kerusi sahaja iaitu di Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Batu Maung, selainnya dimenangi oleh UMNO.

Kerajaan Pulau Pinang dikatakan turut menawarkan peranan dalam pentadbiran kerajaan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno negeri itu.

Mereka adalah Adun Sungai Acheh, Dato' Mahmud Zakaria; Adun Seberang Jaya, Dato' Ariff Shah Omar Shah dan Adun Pulau Betong, Muhamad Farid Saad.

Dalam akhbar Berita Harian hari ini (21 April), ketiga-tiga mereka mengesahkan telah ditawarkan tempat sebagai ahli jawatankuasa pentadbiran kerajaan. Mereka bagaimanapun sepakat menolak pelawaan tersebut.

"Biarlah mereka mentadbir dengan cara mereka. Kita beri peluang dan ruang yang cukup kepada mereka," kata Muhammad Farid.

Ketua Pembangkang, Dato' Azhar Ibrahim pula menganggap penyertaan Adun Umno dalam pentadbiran kerajaan negeri dibimbangi akan menyukarkan pihaknya untuk membawa suara rakyat.

"Kita tidak mahu mereka menuding jari kepada kita apabila Umno membangkitkan sesuatu isu hanya kerana ada Adun dari Umno menganggotai jawatankuasa yang dikritik," katanya, sebagaimana disiarkan Berita Harian.

Sebenarnya sikap seperti ini harus diberikan pujian. Inilah sebenarnya bukan pendirian UMNO semata-mata tetapi ianya perlu dilihat sebagai pendirian orang Melayu terhadap DAP. Apabila bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dato' Lee Kah Choon menerima pelawaan tersebut, sebenarnya ianya bukanlah satu kejutan kerana sikap seperti ini telah ditunjukkan oleh kebanyakan pengundi kaum Cina di Pulau Pinang yang mimlih DAP dan menolak BN.

Jumaat, April 18, 2008

Kenapa Keistimewaan Hak Melayu terancam apabila PAS dan PKR menang

0 Komen!!!
Terdapat banyak pihak yang mengatakan bahawa Keistimewaan Hak Melayu tidak terancam apabila UMNO kalah dan ada yang mengatakan sebaliknya. Bagi pembangkang jelas mengatakan bahawa orang Melayu langsung tidak terancam apabila mereka menang pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Manakala bagi sebahagian orang Melayu kebanyakan masih berada dalam zon selesa kerana berpendapat PAS dan PKR adalah parti majoriti bangsa Melayu dan tentu dapat memperjuangkan hak orang Melayu.

Namun fakta menunjukkan sebaliknya kerana PAS dan PKR sebenarnya tiada agenda khusus untuk orang Melayu khasnya untuk mempertahankan Ketuanan dan Keistimewaan Hak Melayu. Antara tujuan PAS yang disebut dalam perlembagaan Awal mereka ialah memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan Umat Islam. Manakala PKR pula di dalam dasarnya ( PKR On-line )tiada menyebut secara jelas tentang hala tuju Keistimewaan Orang Melayu.

Melalui Perlembagaan UMNO ( UMNO On-line )sahaja ada menyebut dengan jelas seperti tertera dibawah:

FASAL 3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Jadi apa yang PAS dan PKR sebut tentang hak orang Melayu akan terjamin adalah seuatu tidak benar kerana tiada disebut secara khusus dalam perlembagaan dan dasar parti mereka.

Sebab itu, ketuanan Melayu dan Hak Istimewa orang Melayu hanya dipertahankan oleh UMNO sahaja tiada parti yang lain dari segi perlembagaan dan dasar parti. Pilihanraya umum ke-12 yang lalu, apabila BN yang ditunjangi oleh UMNO di tolak oleh orang bukan Melayu khasnya apabila MCA dan Gerakan kalah besar bermakna secara langsungnya seperti menolak hak Keistimewaan Orang Melayu. Dari 61 kerusi yang ditandingi MCA, Gerakan dan MIC, hanya 20 kerusi sahaja atau 32% sahaja telah dimenangi. 68% lagi kerusi ini dimenangi oleh calon pembangkang.

Perkara ini perlu jelas di kalangan Orang Melayu. Sebagai rakyat Malysia kita amat menghormati pengundi bukan Melayu kerana mereka telah bersama orang Melayu membangunkan negara ini. Orang Melayu melalui UMNO sentiasa bekerja sama dengan parti komponen yang lain serta berkongsi kuasa dengan mereka.
Namun dalam masa yang sama institusi ketuanan dan keistimewaan Melayu perlu dipertahankan.

Khamis, April 17, 2008

Terengganu belanja RM6.4j beri atap percuma

0 Komen!!!
KUALA TERENGGANU 16 - Kerajaan Terengganu telah meluluskan peruntukan serta-merta berjumlah RM6.4 juta bagi membantu keluarga miskin di negeri ini membaik pulih bumbung-bumbung rumah mereka tahun ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata bantuan tersebut adalah bagi menggantikan bumbung-bumbung atap zink atau nipah yang telah rosak kepada atap asbestos.

"Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diberikan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi tujuan itu.

"Sebagai permulaan setiap penduduk miskin akan diberikan 50 keping atap asbestos. Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh seminggu dua lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Tahniah dan syabas Kerajaan BN negeri Terengganu.. tak payah nak heboh-heboh, negara kebajikan la, negara itu la, ini la. Telur sebiji riuh sekampung... Macam negeri Pakatan Pembangkang.. tapi haprak.. sampai sekarang pun tak de apa-apa lagi. Kata nak kata dapat air free... rupanya dapat babi...

kesian...kesian

Hadiah Kerajaan Negeri Selangor kepada penunggang motor

0 Komen!!!
Kawan saya bercerita, Rabu lalu dia telah pergi ke Bangunan Plaza PKNS Shah Alam. Jadi si kawan saya ni pun parking di kawasan berdekatan (berhampiran taman). Beberapa minit kemudian tiba-tiba datang penguat kuasa MBSA dan meletakkan tiket kompaun kepada semua motorsikal yang parking disitu sebanyak RM 40.00 seorang. Ingatkan kerajaan negeri kali ini lebih menjaga kebajikan. Tetapi inilah hakikatnya hadiah kompaun dari kerajaan Selangor kepada pengunggang motorsikal... Tahniah

Kenapa Kerajaan Selangor Mempertahankan PMB?

0 Komen!!!
Kisah yang perlu direnungi... dalam tak sedar... beginilah sebenarnya...

Saban hari bantahan dan rungutan ke atas PMB (Projek Mega Babi) kita dengari dan tatapi. Tetapi, Kerajaan PKR Selangor tetap berdegil dan bangga dengan PMB nya.

Kenapa?

Dalam semua rakyat mempertikaikan PMB, DAP hanya bertepuk tangan. Kerana, pada mereka, tak perlu la encik-encik, akak-akak, makcik pakcik merungut... kerana projek ni Dah Ada Pun. Tak guna nak bantah-bantah.

Ditambah pula dengan Gua Yang Menurut Perintah, sapa lagi kalau bukan PAS. Mereka-mereka inilah yang berkata Pasti Aku Sokong.

Maka, dengan itu Kerajaan Selangor dengan bangganya berkata Pedulikan Kata Rakyat.

Hai hai hai... Beginilah nasib bila rakus pabila berkuasa.

Tepuklah Dada, Tanyalah Iman...

Rabu, April 16, 2008

Melayu teras kekuatan Anwar ?

0 Komen!!!
Sebagaimana yang telah diagak sejak awal lagi, pakatan pembangkang tidak menerima realiti bahawa Melayu sedang berpecah. Ini dibuktikan sebagaimana laporan Harakah Daily yang menyebut Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Sebenarnya ini telah diagak lebih awal lagi, PAS berpendapat bahawa teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Dengan kata lain tanpa PAS, Anwar tiada apa-apa. Siapa Anwar tanpa PAS. Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

Anwar harus ingat jika PAS menarik sokongan kepada beliau PKR hanyalah di sokong oleh beberapa kerat orang sahaja. Boleh dikatakan bahawa apabila beliau bakal Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah sesuatu yang tidak betul kerana hakikatnya yang menyokong beliau adalah kebanyakannya dari penyokong PAS. PAS sepatutnya diberi laluan untuk menjadi Perdana Menteri.

Fakta yang tidak boleh ditolak oleh PKR ialah, setiap kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan PAS dan PKR hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu. Ini jelas dilihat dari keputusan PRU-12 yang lalu, UMNO memperolehi 79 kerusi, PAS 23 kerusi dan PKR 31 kerusi. Namun kerusi yang ditandingi calon Melayu dalam PKR hanya 20 kerusi sahaja. Dengan kata lain UMNO memenangi sebanyak 67.50% (79 kerusi dari 117 kerusi yang ditandingi). Fakta menunjukkan UMNO masih popular di kalangan orang Melayu berbanding PAS dan PKR.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu belum tentu terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih teruk lagi keadannya!

Anak Kecil Main Api - masihkah kau ingat lagi

0 Komen!!!
Anak Kecil Main Api ini membawa kembali kenangan semasa zaman penjajahan negara.Adakah kemerdekaan yang kita capai 50 tahun ini akan kekal selamanya??Renung-renungkan .........................

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

Kongsi Link Anda