Popular Today

Rabu, April 16, 2008

Melayu teras kekuatan Anwar ?

Sebagaimana yang telah diagak sejak awal lagi, pakatan pembangkang tidak menerima realiti bahawa Melayu sedang berpecah. Ini dibuktikan sebagaimana laporan Harakah Daily yang menyebut Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Sebenarnya ini telah diagak lebih awal lagi, PAS berpendapat bahawa teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Dengan kata lain tanpa PAS, Anwar tiada apa-apa. Siapa Anwar tanpa PAS. Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

Anwar harus ingat jika PAS menarik sokongan kepada beliau PKR hanyalah di sokong oleh beberapa kerat orang sahaja. Boleh dikatakan bahawa apabila beliau bakal Perdana Menteri Malaysia akan datang adalah sesuatu yang tidak betul kerana hakikatnya yang menyokong beliau adalah kebanyakannya dari penyokong PAS. PAS sepatutnya diberi laluan untuk menjadi Perdana Menteri.

Fakta yang tidak boleh ditolak oleh PKR ialah, setiap kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan PAS dan PKR hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu. Ini jelas dilihat dari keputusan PRU-12 yang lalu, UMNO memperolehi 79 kerusi, PAS 23 kerusi dan PKR 31 kerusi. Namun kerusi yang ditandingi calon Melayu dalam PKR hanya 20 kerusi sahaja. Dengan kata lain UMNO memenangi sebanyak 67.50% (79 kerusi dari 117 kerusi yang ditandingi). Fakta menunjukkan UMNO masih popular di kalangan orang Melayu berbanding PAS dan PKR.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu belum tentu terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih teruk lagi keadannya!

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda