Popular Today

Khamis, Mac 19, 2009

Pengumuman aset Kerajaan PKR Selangor hanya ditertawakan - malaysiakini

10 Komen!!!
The Selangor government's move in declaring assets of its cabinet members is 'laughable' and of no help in maintaining integrity of public officials

It was seen as a bold step by the Selangor government in declaring assets of its menteri besar and ten exco members. Instead, the move received brickbats with claims that details revealed are superficial and defeat the purpose of monitoring the integrity of public officials.

Nik Aziz bidas Hj Hadi

11 Komen!!!
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran Pas-Barisan Nasional (BN) sebagai tidak menghormati keputusan parti.

Musryidul Am Pas itu berkata, parti telah membuat keputusan pada Muktamar Pas yang dibuat Ogos tahun lalu di Ipoh, Perak.

“Saya rasa cadangan itu lebih berbentuk peribadi. Keputusan telah dibuat pada Muktamar Pas di Ipoh. Kalau nak sebut benda lain yang berlainan dengan keputusan muktamar kena buat mesyuarat luar biasa (EGM).

“Saya tidak suka satu keputusan yang dibuat dalam muktamar tetapi kita sebut benda lain. Itu saya tidak suka.

“Kalau tentu nak buat benda lain selain daripada keputusan muktamar biar tentu. Biar ada perbahasan, biar ada dialog dan masukkan dalam mesyuarat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darul-naim, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, keputusan pada muktamar lepas telah dibuat yang mana Pas akan bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Kalau nak bertemu dengan UMNO, bertemu dalam perkara lain bukan dengan perkara bentuk kerajaan. Itu keputusan kita.

“Kalau nak buat benda baru tak boleh nak sebut, tak boleh buat dengan cara sambil lalu sambil dan kena ikut keputusan mesyuarat. Kepu-tusan muktamar mesti dijalankan,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keputusan yang telah diputuskan pada muktamar lepas perlu dijaga.

Nik Aziz berkata, sekiranya ingin membahaskan masalah kerajaan dengan UMNO perlu adakan mesyuarat khusus.

“Jangan buat keputusan lain. Cakap lain, saya tak setuju, saya tetap dengan keputusan muktamar. Barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin.

“Sekiranya ingin membuat keputusan lain satu mesyuarat jawatankuasa pusat perlu diadakan bagi memperhalusi cadangan tersebut,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya kesemua Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi yang tetap berkeras untuk mewujudkan kerajaan perpaduan beliau terpaksa akur.

Katanya, cadangan itu bukan sahaja tidak membawa kebaikan malah bertentangan dengan dasar parti.

Selasa, Mac 17, 2009

Tahniah Datuk Tiger!!

4 Komen!!!
Aspirasi mahu ucapkan syabas dan tahniah di atas lantikan Datuk Ibrahim Yahya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.

Sebagai bekas anak buah dan anak murid Datuk Tiger kerana beliaulah yang memperkenalkan aspirasi kepada dunia bloggers. Memang rasa berbangga apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. Sebagai bekas wartawan dan blogger memang beliau dianggap layak menjawat jawatan tersebut.

Aspirasi mengucapkan semoga beliau terus success sentiasa.

Jumaat, Mac 13, 2009

Plak penderhaka

25 Komen!!!
Tidak sampai lima hari selepas dipasang, plak bagi mengingati 'pokok demokrasi' di Perak menjadi mangsa perbuatan khianat.

Edisi online China Press melaporkan bahawa tempat tersebut kini menjadi tumpuan orang ramai apabila mengetahui mengenai kejadian tersebut.

Speaker V Sivakumar yang turut ke situ pagi tadi, menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bermoral.

Apabila penderhaka menyebut tidak bermoral.... taraf mereka sama sahaja....

Khamis, Mac 12, 2009

Bajet Mini 2009 - sirah Nabi Yusuf AS menjadi panduan

7 Komen!!!
Saya sebenarnya memang menunggu reaksi barisan pakatan pembangkang, apabila DS Najib membentangkan Bajet Mini berjumlah RM60 bilion.

Memang sudah menjadi trend pembangkang akan memperkecil dan cuba untuk diskredit usaha kerajaan membantu rakyat. Walau apa yang pembangkang katakan sekalipun, rekod sejarah BN dalam menangani masalah krisis tidak boleh dipertikaikan kejayaannya.

Sedangkan inilah ajaran Nabi Yusuf AS, dalam menghadapi keadaan ekonomi yang sentiasa berubah-ubah. Berjimat ketika waktu senang bagi bersedia untuk menghadapi waktu susah.

Rabu, Mac 11, 2009

Tidak bersalah

4 Komen!!!
Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa siasatan terhadap laporan salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sudah selesai dan secara majoriti mendapati kedua-duanya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimem DAP Puchong Gobind Singh Deo yang ingin tahu kenapa tiada tindakan diambil terhadap mereka setelah Anwar membuat aduan tahun lalu. Nazri menjelaskan hasil siasatan itu lewat diumumkan kerana kerajaan nak pastikan tiada keraguan ke atas hasil siasatan berkenaan.

Pemusnah MELAYU

9 Komen!!!
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu (Pakatan Rakyat) untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

Selasa, Mac 10, 2009

30,000 Ahli komponen BN di Bukit Gantang?

6 Komen!!!
Hari ini berkesempatan melawat kawan-Kawan di Bukit Gantang. Rasanya dah 6 tahun dah tak sampai di sini. Kawan-Kawan mendapat maklumat ahli komponen BN terdapat sebanyak 30,000 orang. Dan mengikut data terkini SPR, jumlah pengundi Bukit Gantang adalah 55,562, kalau semua ahli BN keluar mengundi BN, maka BN akan menang dengan selesa, ini pun tak kira pengundi atas pagar lagi. Bermakna ahli BN lebih dari separuh pengundi Bukit Gantang.

Maklumat dari Perak Bangkit mengatakan, BN dijangka merangkul 20++ ribu undi,

PAS hanya memiliki 17++ ribu undi


BN kini mendahului 3,000 lebihan undi dan dijangka mampu membuat alihan 2,000 undi yang kan menjadikan seperti berikut:-
BN dijangka merangkul 22++ ribu undi
PAS hanya memiliki 15++ ribu undi
Maknanya majoriti sebanyak 7.000 lebihan undi

Tapi kalau BN berjaya mengembleng keluar ahli BN dan pengundi atas pagar mengundi BN, maka BN boleh menang dengan selesa.

Tapi bolehkah BN mengumpul kembali semua ahli mereka... mengikut sifir pilihanraya

Keluar Mengundi dijangka sebanyak 68-70%

Iaitu antara 37,000 hingga 40,000 orang

Jika BN berjaya mendapatkan mengeluarkan ahli mereka sebanyak 21 ribu orang, maka sudah memadai untuk BN menang. Maknanya 21 ribu orang hanya 70% hanya ahli BN yang keluar mengundi.

Kongsi Link Anda