Ini nampaknya usaha terbaru PKR bagi mengalih isu TKM Pulau Pinang dan juga menimbulkan isu yang berterusan agar memerangkap UMNO agar terjebak dalam isu yang menimbulkan perkauman khasnya apabila Perdana Menteri baru-baru ini melaungkan konsep Satu Malaysia!
Sebagaimana kita mengetahui DEB ialah untuk melindungi keseimbangan pembahagian ekonomi daripda di kuasai oleh sesuatu kaum sahaja khasnya kaum Cina. Jika DEB ditolak apakah makenisme Khalid Ibrahim untuk memberi keadilan ekonomi kepada bumiputra yang kini ketinggalan.
Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menyifatkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanya mahu menarik sokongan politik bukan Melayu apabila menegaskan rakyat di negeri itu tidak memerlukan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Ketuanya, Abdul Shukor Idrus berpendapat tindakan Abdul Khalid yang tidak bersetuju serta menolak dasar itu tidak wajar dilakukan kerana ia seolah-olah cuba mencetuskan prasangka negatif kaum bukan Melayu terhadap pengagihan DEB di negeri ini.
Katanya, DEB bukan merupakan dasar yang dirangka khusus untuk orang Melayu semata-mata tetapi diwujudkan sebelum ini bagi memastikan pembangunan seimbang antara semua kaum di Malaysia.
''Jika beliau (Abdul Khalid) mengatakan DEB tidak diperlukan di Selangor, ia tidak benar kerana dasar itu telah banyak membawa manfaat kepada negeri ini sejak ia diperkenalkan hampir 40 tahun lalu sehinggalah hari ini termasuklah Abdul Khalid sendiri.
''Jika beliau bermaksud DEB hanya untuk bumiputera semata-mata, ia tidak wajar kerana dasar ini hanya menetapkan 30 peratus sahaja untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial kaum itu manakala 70 peratus adalah terbuka kepada kaum lain.
''Namun, pengagihan tersebut telah dipolitikkan oleh pembangkang yang mengatakan dasar itu tidak menguntungkan bumiputera dan kaum lain termasuklah Abdul Khalid yang turut menimbulkan pelbagai tanggapan negatif rakyat terhadap DEB, " katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Abdul Shukor, kenyataan Menteri Besar semalam yang menegaskan semua rakyat tidak memerlukan penggantungan terhadap DEB kerana negeri itu mempunyai sumber yang banyak sebenarnya hanya dibuat bagi menarik sokongan rakyat dari kalangan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.
Kata beliau, 'permainan politik' seumpama itu bukannya baru dilakukan oleh pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas terutamanya dalam sesuatu pilihan raya.
Ini kerana, apabila mereka berhadapan dengan pengundi kaum lain, mereka menyatakan sesuatu yang baik untuk kaum itu bagi meraih simpati dan sebagainya.
''Permainan ini saya fikir boleh dianggap sebagai politik perkauman kerana bila mereka (pembangkang) jumpa satu kaum, mereka akan cakap ini, apabila dengan kaum lain pula mereka cakap lain," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor turut menyentuh mengenai keputusan kerajaan negeri menyambung semula tugas Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar yang dirasakan tidak harus dibuat kerana ia membabitkan masalah moral.
Katanya, walaupun pihak polis masih gagal menyelesaikan kes tersebut, Elizabeth sebelum ini mengakui gambar berkenaan merupakan gambar beliau yang dirakam dan disebarkan dengan meluas di Internet.
Popular Today
Rabu, April 22, 2009
Toyota Camry Pakatan Rakyat Perak dilelong
IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.
Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.
Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.
Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009.
Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.
Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar jamaludin
Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.
Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

Isnin, April 20, 2009
Pakatan Rakyat - langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi
KUALA KANGSAR 19 April - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini melahirkan kebimbangan baginda dengan serangan ombak globalisasi yang mahu memecahkan benteng budaya dan menghanyutkan lembaran sejarah negara bangsa.
Sehubungan itu, baginda mengingatkan rakyat terutama golongan muda agar bijak mengimbangi antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan supaya 'air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit.'
"Ada yang menganggap bahawa untuk maju, penekanan hendaklah ditumpukan kepada budaya yang progresif lalu menyifatkan tradisi dan sejarah akan meletakkan bangsa tertinggal dalam budaya yang statik.
"Globalisasi sebenarnya turut membawa gelombang kolonialisme baru untuk menghanyutkan tradisi sesebuah negara bangsa - lalu menghapuskan identiti asal negara bangsa," titah baginda pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat diraja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.
Tegas Raja Nazrin, rakyat perlu sedar bahawa tidak semua yang berbentuk tradisi itu menghalang kemajuan kerana tradisi yang berjaya ditafsir secara bijaksana dapat berfungsi sebagai pemudah cara untuk memajukan negara bangsa.
Titah baginda, elemen-elemen budaya bangsa yang merupakan faktor penyatuan bangsa selama ini adalah modal sosial berharga dan wajib dipertahankan.
Malah titah baginda, kelangsungan sesuatu bangsa dan wajah sesebuah negara bergantung pada faktor-faktor yang telah memberikannya identiti dari segi institusi, agama, budaya dan bahasa.
"Tindakan menghina institusi, mempersendakan institusi, menanam kebencian terhadap institusi adalah langkah awal dalam gerakan ke arah menghapuskan institusi - lalu menghapus identiti asal negara bangsa," titah baginda.
Baginda menjelaskan, di era perang dingin, langkah-langkah sedemikian lahir daripada kumpulan yang berpegang pada doktrin politik berfahaman kiri dan dikategorikan berunsur subversif.
"Atas nama Revolusi Budaya di Cina dan indoktrinasi komunisme di Kemboja dan Vietnam, anak-anak dihasut hingga sampai ke peringkat ekstrem, membenci dan memusuhi ibu bapa kandung sendiri.
"Para pemimpin agama dicerca dan rumah-rumah ibadat dimusnahkan, ada rumah ibadat yang dijadikan tempat ternakan haiwan; lalu berlakulah keadaan anarki yang terpaksa dibayar dengan nyawa dan darah di samping modal sosial negara bangsa habis termusnah," titah baginda.
Raja Nazrin secara tegas bertitah, baginda akan mengambil tanggungjawab melaksanakan segala usaha bagi memastikan tradisi institusi beraja yang menjadi teras kepada sistem berkerajaan dan bernegara di negara ini terus dipertahankan.
"Bahawa kemuliaan dan kedaulatan seorang raja pemerintah itu tidak akan anakanda reda untuk dipersendakan. Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.
"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," titah baginda.
Baginda bertitah, raja-raja Melayu bukan sekadar simbol kepada negara bangsanya, malah Kesultanan Melayu merupakan institusi penting berperanan sebagai pusat pengukuhan kepada warga dan bangsanya.
Titah Raja Nazrin, sistem pemerintahan berteraskan Kesultanan Melayu yang telah wujud selama lebih 600 tahun, telah berjaya membangunkan satu budaya dan satu tamadun yang agung.
Kebijaksanaan pemerintahan beraja titah baginda, membantu berlakunya proses pengembangan intelek dan dari sumber istana itulah lahirnya karya-karya agung dalam dunia penulisan bangsa.
"Raja Melayu itu adalah lambang kedaulatan - simbol kekuatan warga - payung mahkota negara. Raja Melayu itu memberi identiti kepada negara bangsa.
"Rakyat yang memahami budaya rakyat beraja - negeri bersultan, memahami akan falsafah pemerintahan beraja, akan peranan raja secara tersirat di sebalik yang tersurat, terutama peranan dan tanggungjawab mengekalkan identiti negara bangsa," titah baginda.
Raja Nazrin turut mendoakan ayahanda baginda, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah agar dilimpahkan hidayat, dikurniakan kekuatan, dianugerahkan kebijaksanaan, berupaya menghadapi cabaran dan dugaan untuk menyempurnakan amanah sebagai seorang 'Amirulmukminin' yang mampu memayungi negeri secara adil dan saksama.

Peringatan Sultan Azlan - (Pakatan Rakyat@ Penderhaka Raja) menyalakan api dalam sekam

KUALA KANGSAR 19 April – Tindakan kumpulan politik tertentu yang menghasut rakyat untuk mencetuskan huru-hara selain mencemar institusi diraja dengan menyemai rasa benci merupakan satu perbuatan ‘menyalakan api dalam sekam.’
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah, perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.
Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.
“Betapa perbuatan kuasa politik telah mencemar dan mempamerkan wajah hodoh dengan membenarkan kelakuan orang-orang sedemikian. Matlamat kini dibenarkan menghalalkan cara.
“Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-81 di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Berangkat sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun dan kerabat-kerabat di raja yang lain. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.
Pada hemat baginda, rakyat negara ini terlalu berlebihan berpolitik sehingga menjejaskan produktiviti ekonomi dan imej negara di kaca mata antarabangsa.
Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.
Justeru titah Sultan Perak, para pemimpin yang mewakili kumpulan politik berbeza perlu mencari titik pertemuan dan kaedah bekerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.
Baginda mengakui hakikat sepanjang perjalanan hampir 52 tahun kemerdekaan negara sememangnya berlaku kepincangan dan salah laku serta insiden penyalahgunaan kuasa dalam urus tadbir di negara ini.
Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.
“Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.
“Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri,” titah baginda.
Sultan Azlan turut mahu tafsiran bahawa raja berperlembagaan adalah raja sekadar lambang tanpa sebarang kuasa diperbetulkan segera.
“Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.
“Perlu ditegaskan bahawa raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran,” titah baginda.
Tegas baginda, peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan.
Raja pemerintah, titah baginda, mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara agar sentiasa dilindungi.
Justeru, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kata Sultan Azlan Shah, raja-raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum- kaum lain.
Sabtu, April 18, 2009
Jumaat, April 17, 2009
Usaha memerangkap Najib gagal!
Kalau ulasan TS Muhyidin dipolitikkan oleh akhbar Cina, nampaknya kali ini mereka cuba juga sekali lagi untuk memerangkap DS najib bagi membuat kesilapan yang sama. Namun usaha mereka gagal!
Kita nampak akhbar Cina berterusan untuk memainkan isu dan sentimen perkauman dan seterusnya menimbulkan rasa benci pada Melayu dan UMNO. Isu ini akan dimanipulasi secara berterusan oleh akhbar-akhbar Cina. Itulah yang berlaku terhadap kenyataan TS Muhyidin mengenai analisisnya terhadap PRK Bukit Gantang yang masih ditimbulkan oleh surat khabar berbahasa Cina.

Tahniah YAB kerana cermat dan bijaksana!...

Edisi Khas : Resolusi BPN Video Palsu Mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia Oleh Pembangkang
1. BPN merasa sangat kecewa, sedih dan marah dengan tindakan seorang bergelar Malaysianews yang telah membuat video klip menghina Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak.
2. Ini kerana jelas ucapan yang diubah dan dicantum menzahirkan satu gambaran palsu yang berbeza sama sekali dengan ucapan sebenar YAB PM dan boleh menimbulkan keresahan berpanjangan rakyat yang pasti akan marah dengan tindakan tersebut.
3. BPN merasakan perbuatan ini sangat kotor, jijik dan tidak berbudi pekerti yang mulia kerana ia melibatkan maruah seorang Ketua Kerajaan bagi negara Malaysia.
4. Perbuatan sebegini perlu dihentikan dengan segera sebelum ia merebak atau menjadi perbalahan antara ahli parti politik pro atau anti kerajaan demi memastikan keamanan dan ketenangan rakyat Malaysia berkekalan sampai bila bila.
5. BPN mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan keras terhadap individu yang terlibat mencipta atau menyebarkannya, untuk menjadi pengajaran dan iktibar agar tidak lagi berulang pada masa masa akan datang.
Video tersebut ada di bawah ini ( link asal klik sini ):

Hapus hak sosial Bumiputra - Agenda tamak Kaum Cina...!
Ramai di kalangan bukan Melayu masih mempersoalkan bahawa Satu Malaysia tidak akan tercapai selagi mana terdapat pemisahan antara bumiputra dan bukan bumiputra.
Ramai ahli akademik bukan Melayu yang melihat ini adalah persoalan pokok kepada pelasanaan Satu Malaysia.
Inilah sebenarnya perbezaan besar antara Satu Malaysia dan Malaysian Malaysia.
Dengan gagasan satu Malaysia yang kini menjadi konsep, visi dan misi DS Najib ialah bertujuan supaya rakyat Malaysia berfikir, bertindak dan mengamalkan sebagai bangsa Malaysia iaitu bangsa yang lahir di Tanah Melayu ini hasil dari perkongsian kuasa dan amalan toleransi dan menghormati hak dan kedaulatan sesuatu bangsa sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Bukan seperti gagasan Malaysian Malaysia yang tidak melihat sejarah bangsa dan negara. Dengan penguasaan ekonomi yang tidak adil dan tidak seimbang di mana kaum Cina menguasai ekonomi dan kaum lain hanya mendapat kurang dari 18% kekayaan kek ekonomi.
Adalah sesuatu yang tidak adil jika terpaksa kaum Melayu terpaksa menyerahkan hak keistimewaan sosial iaitu bumiputra mereka atas dasar sejarah dan merekalah dianggap sebagi kaum asal tetapi kaum Cina pula tidak mahu menyerahkan kek ekonomi yang kuasai mereka. Kaum Cina juga perlu menyerahkan kuasa ekonomi mereka bagi memberi keseimbangan penguasaan ekonomi kepada semua kaum.
Tidak mungkin dengan penguasaan ekonomi oleh kaum Cina secara majoriti mampu untuk memberi keseimbangan sosial tanpa kawalan. Inilah yang menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei. Kerana dengan penguasaan ekonomi kaum Cina mampu untuk membeli apa sahaja kerana inilah dasar kapitalis yang kuat berkuasa! Mereka boleh membeli semua tanah di muka bumi Malaysia ini... akhirnya kaum bumiputra akan akan terus teringgal dan tertinggal dan tertindas secara sistematik kerana tiada dasar yang melindungi mereka.!
Desakan kaum Cina untuk Bumiputra mengorbankan hak keistimewaan bumiputra menunjukkan mereka tamak haloba! dengan penguasaan ekonomi di negara ini sebenarnya mereka tidak memerlukan Hak Istimewa Bumiputra kerana mampu membeli dan memilki apa sahaja yang mereka mahu!...
Kaum Cina sangat tamak!... mereka boleh dapat semua melalui penguasaan ekonomi mereka...
Cuma tinggal satu lagi bagi iaitu untuk kaum Cina iaitu menguasai negara ini sebagaimana singapura!
Sebab itu dasar melindungi bumiputra mestilah dihapuskan!

Langgan:
Catatan (Atom)