
PAS masih menyalahkan pengundi POS yang dianggap sebagai punca kekalahan mereka. Sedangkan apa yang berlaku adalah terdapat juga undi pos yang mengundi mereka namun jumlahnya bukan besar.
Jika PAS menghormati demokrasi nescaya PAS akan hormati pilihan yang dibuat oleh pengundi.. tetapi jika PAS tidak hormati demokrasi maka pas tidak akan hormati pilihan pengundi pos sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.
Alasan yang tidak munasabah seperti prosuder dan penyelewengan undi pos hanyalah taktik murah pas yang tidak mungkin rakyat terima lagi. Kerana rakyat mengetahui bagaimana undi pos ini dilakukan dengan setelus yang mungkin. Bukan hanya membenarkan wakil calon tetapi juga membenarkan media juga bersama dalam proses undian pengundi Pos.
Terkini, PAS sedang mengumpulkan bukti untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan PInang atas dakwaan berlaku penyelewengan undi pos sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini.
Selain itu, dakwaan penyelewengan itu akan turut dipanjangkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) esok oleh PAS yang bertujuan mendesak Suhakam mengadakan siasatan awam berhubung dakwaan berlaku penyelewengan undi pos dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
di Bagan Pinang Undi pos , BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi. Namun perbezaan dapatan undi POS BN antara 2008 dan 2009 lebih kurang 500 undi sahaja iaitu bukanlah perubahan yang terlalu ketara dari segi dapatan undian.