Popular Today

Rabu, November 10, 2010

PCM : Lim Guan Eng si 'ayam' penakut

2 Komen!!!

Tuduhan Lim Guan Eng mengatakan UMNO adalah dalang kepada demontrasi pada minggu telah disanggah oleh Parti Cinta Malaysia (PCM) sini.

Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan mencabar Guan Eng supaya membuktikan bahwa UMNO adalah dalang kepada demonstrasi tersebut..

Kata Huan Eng,
“I hope Lim does not spin (the issue) any more (or) point fingers at others. As I have said, he is the King of Spin,”

“The protestors were protesting against state land acquisition, the hike in water tariffs and parking fees; only a blind person will say that Umno was involved (in organising the protest).”

Huan Eng menegaskan pada demonstrasi tersebut yang disertai lebih 100 orang, manakal lebih kurang 30 ahli PCM terlibat termasuk dengan peniaga KOMTAR, Pemuda UMNO termasuk penduduk kg yang mana tanahnya akan dirampas oleh kerajaan Negeri.
Before the March 2008 general election, the DAP had promised to reduce parking fees, but has since failed to make good its promise, he said.

“Others who protested included Komtar traders whose business would be highly affected by renovation work in the building,” said Huan (left).

“They have nowhere to voice their grievances as the DAP government will not listen to them or to others.”
Inilah hakikat sebenarnya, DAP ialah parti yang pembohong banyak sangat menipu dan membohongi rakyat.. apatah lagi pembohongan DAP ini di sokong seperti media dan portal seperti Malaysiakini, Harakah, Malaysian Insider dan sewaktu dengannya.. menyebabkan DAP lebih suka menipu.. dan yang menjadi mangsa ialah rakyat..

DAP suka bermain 'cantik' didepan pengundi sebagai parti yang hebat dan berjaya tetapi itu semuanya lakonan semata-mata.

Huan Eng juga menyatakan di SU Agung DAPigs, Guan Eng sebenarnya penakut.. asyik bersembunyi bila rakyat nak jumpa...
“I recall that before March 2008, the DAP demonstrated daily in all parts of the country but the government was open to that,” he said.

“The protest at the Dewan saw Lim (right) hiding inside. He did not dare appear at all but now it seems he is talking too much.”
Ingatkan dah hero sangat bila sebelum 2008 kerana asyik berdemonstrasi.. tetapi bila ada orang demonstrasi menentang DAP.. Guan Eng hanya bersembunyi dalam dewan DUN tak berani pun tunjuk muka.. dengan kata lain 'Chicken'...

Live : Pelancaran Proton Inspira

2 Komen!!!
Proton Inspira baru sahaja dilancarkan pagi tadi.

Harga seperti berikut :

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999



Syabas Proton..

Untuk maklumat lanjut sila ke Paultan.org



Untuk ke galeri gambar sila klik link berikut : Paultan.Gallery




Selasa, November 09, 2010

Parti Kalut dan Ribut (PKR) : Zaid minta Anwar dan Azmin letak jawatan

1 Komen!!!
Nampaknya Anwar terus nak pertahankan proses demokrasi yang rosak dalam pemilihan PKR.. tidak menjawab dakwaan zaid, Anwar bahkan mengatakan.. Zaid ni harap je dah lama masuk PKR.. tapi masih baghal dan bengap kerana masih tidak memahami perjuangan PKR...

Kalau ditanya apa perjuangan PKR, jawapan pastinya bukan untuk perjuangan reformasi, tetapi agenda untuk meletakkan Anwar sebagai PM..

Anwar berkata
Datuk Zaid Ibrahim tidak perlu meletakkan semua jawatannya dalam parti dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden jika beliau memahami konsep dan perjuangan parti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya fikir tidak perlu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan perkara ini dan proses pemilihan perlu diteruskan kerana masih ramai lagi yang belum mengundi,”
Patutun zaid letak jawatan, lepas seorang demi seorang timbulkan rasa tidak puas hati sini, sini dan sini.. tapi Anwar masih buat dek je.. buat tak faham.. tiada pun tindakan drastik kepimpinan PKR untuk mengatasi masalah ni.. jadi tuduhan pemimpin PKR tidak serius untuk menyelesaikan kemelut ini adalah sesuatu yang benar... patah lagi Presiden terus menunggul seperti tunggul kayu kering yang tunggu dibakar hangus...

Mana muka dan kenyataa Wan Azizah sebagai presiden PKR.. tak kan berselindung sebalik seluar dalam suami.. inilah akibatnya jika jawatan dipegang keluarga. suami, isteri dan anak..

Jadi tindakan Zaid hari ini mencabar Anwar dan Azmin untuk letak jawatan adalah betul sini, kerana Anwar bukan presiden tapi pengacau sahaja dan tiada kuasa keskutif untuk keluarkan arahan sebagaimana presiden..
“I would like to say, if PKR wants to move, Anwar and Azmin must go... because they are the source of the problem.

“I may not get the support. I may get the support. You may think I am saying this by myself but on that, let us see,” he said.
Hakikatnya Anwar dan Azminlah punca apa yang berlaku dalam PKR.. Anwar ni dari dahulu memang menyusahkan rakyat dan kini menyusahkan parti sendiri..

Panas : Teresa Gagal Jawab Sumbangan Kerajaan PKR!!!

0 Komen!!!
Inilah contoh YB kerajaan PKR Selangor.. harap mulut banyak bercakap tapi otak letak kat lutut.. rupanya YB ni jenis cakap tak berfakta..

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor Teresa Kok pada Isnin tidak dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu [klik sini].

Ketika diajukan soalan itu oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkanaan, Kok berkata : "Saya tidak ada statistik."
Sebelum itu, beliau berkata Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor.
Bagaimanapun, Kok berkata kawasan perindustrian di negeri itu terutama di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".

********** Inilah standard YB DAP.. bab menuduh orang memang pandai.. tetapi pembangunan kerajaan sendiri pun masih gagal dijawab...

Azmin mengalu-alukan Zaid tarik diri

1 Komen!!!


Di dalam PKR, orang yang paling suka dan gembira ialah Azmin Ali.. manakan tidak, kalau ada Zaid pastinya Azmin tidak senang duduk kerana mencabar kerusi jawatan Timbalan Presiden yang diidam-idamkan beliau.

Azmin dengan selamba berkata, ia merupakan satu tindakan yang harus dihormati semua pihak. [klik sini]
Kata Azmin "Jika benar Zaid meletakkan jawatan, itu adalah keputusan peribadinya. Mengenai pemilihan PKR, ia satu proses demokrasi dalam parti yang harus diterima oleh calon yang bertanding.
Demokrasi ala PKR ialah demokrasi terpimpin.. banyak salah laku dilakukan pihak tertentu demi menjayakan agenda peribadi Anwar Ibrahim.

Semua mengetahui pendirian Anwar mengenai Zaid dan bagaimana Anwar mahukan Azmin sebagai anak emasnya menjadi Timbalan Presiden..

Segala salah laku, walaupun di depan mata Anwar hanya menutup sebelah mata, buat tak nampak... Semalam Zaid kata,beliau yakin mana-mana parti politik yang hipokrit dan punyai nilai palsu sebegitu tidk akan dapat membuat reform yang bermakna untuk rakyat negara ini.
“Saya kecewa,”katanya.

”saya harap para peminat Anwar Ibrahim tidak lagi akan anggap saya sebagai spoiler yang menyekat perarakan mereka ke Putrajaya.Saya harap yang terbaik bagi mereka.
Tu..lah Zaid.. orang dah kata.. PKR ni ni parti aljuburi tapi ko tak percaya...

Jumaat, November 05, 2010

Pasca PRK : Ku Li, 1 Malaysia dan Deepavali

0 Komen!!!

Syabas dan tahniah kepada jentera BN yang telah memenangi PRK Galas dan Batu Sapi.. Pastinya kemenangan ini merupakan satu signifikan kepada gerak kerja yang DS Najib rancangkan dalam tempoh kurang 2 tahun ini.

Semangat jentera BN sudah kembali, penyelarasan, kejituan, keampuhan, kecekalan jentera BN nampak telah berubah sama sekali..


Ku Li pilihan tepat

Sejak mula lagi PRK Galas, nama Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li memainkan peranan penting dalam mencorakkan kemeangan BN di Galas..

Apatah lagi Galas ini di kawasan Negeri Kubu pali ampuh Pakatan yang telah berjaya mempertahankan lebih 20 tahun.

Mula-mula lagi nama Ku Li ini telah disensasikan banyak pihak, khasnya PAS yang dilihat begitu takut dengan Ku Li.. sebab itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan rancangan BN untuk mrnjadikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Galas.. umpama mereka telah tahu sejauh mana kekutan Ku Li.

Banyak provokasi yang telah dibuat oleh Pihak pembangkang terhadap Ku Li sehingga pelantikan beliau menjadi begitu suspen.. thrill.. namun akhirnya Alhamdulillah Ku Li menerima pelantikan tersebut.

Berbeza dengan mana-mana pilihanraya Kecil yang lalu.. Ku Li diberi kuasa penuh untuk mencorakkan gerak kerja kempen PRK Galas.. dan dari itu keluarlah ungkapan, PRK galas ini pertandingan saudara.. sehingga memerangkap PAS dan menjadikan mereka agak bodoh..

Ku Li juga nasihatkan jentera dan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat.. dan terpulanglah kepada mereka tuduh Ku LI, biar dia tuduh, jika tidak benar, tidak perlu jawab.

Kempen corak ini memberi dimensi baru kepada gerak kerja BN.. termasuklah fokus Ku Li tidak menjalan kempen secara rapat umum, ceramah yang berbentuk besar tetapi lebih fokus kepada jumpa secara bersemuka kepada pengundi.. nyatanya strategi ini memberi kesan besar kepada BN.. maknanya pengundi boleh menerima BN jika ada gerakan berjumpa dengan mereka secara bersemuka kerana dengan ini ianya lebih mesra dan banyak perkara yang boleh diselesaikan.

Selain itu, tindakan jentera BN yang agak solid kali ini juga dipuji, kita tidak dengar masalah yang berlaku dalam kepimpinan UMNO Kelantan.. Ku Li dengan perana mereka, Datuk Pa, Awang Adek memberi full support kepada jentera, dan Annuar Musa pula fokus kepada golongan belia Kelantan.. dan semuanya berjaya menunjukkan kesepaduan jentera mereka..

Hakikatnya jalan untuk BN merampas balik kelantan sudah terbuka.. Ku Li sudah membuang onak dan duri serta sampah sarap dilaluan tersebut..'

BN kelantan perlu contohi Ku Li bekerja, lemah lembut, pintar dan tumpu kepada sasaran.. inilah yang cuba ditonjolkan oleh Ku Li.. cara orang lama tetapi sangat menusuk hati dan minda pengundi.


1Malaysia dan pengundi Cina

DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.

Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).

Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini.

"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.

"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.

Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi.

Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.

"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.

"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."

Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN.

Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina.

Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pemilihan umum.

Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina.

Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi.

Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi.

Selamat menyambut Deepavali

Akhir sekali, Aspirasi mengucapkan selamat menyambut Depaavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia.. moga mereka berolah lebih maju dan aman pada masa akan datang..

Khamis, November 04, 2010

Terkini: BN dahului 1,069 undi di Galas, dan 5257 di Batu Sapi

2 Komen!!!
Keputusan tak rasmi, BN dahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS mendapat 4,108 undi berbanding BN sebanyak 5,177 undi.

Sumber: Malaysiakini

Keputusan tak rasmi Batu Sapi:

BN :8538
PKR : 3281
SAPP : 2008
Majoriti : 5257

Tidak termasuk udni pos 1367

Penipuan Malaysiakini : Bila periksa Daftar undi dikatakan ambil wang

4 Komen!!!


Gambar atas di ambil di malaysiakini, tak nampak ramai punn... budak harakah daily, menggunakan duitnya sendiri dan masukan dalam sampul kemudian dia kata duit tu umno yang bagi.. cilako betul.
mana ada bukti UMNO serah duit pada pengundi... 
kalau benar di atas, sila tunjukkan muka penerima tersebut.. 


Inilah barua upahan nik ajis, salhan k. ahmad, wartawan upahan malaysiakini.
Berapa banyak PAS bayar upah untuk wartawan Malaysiakini?
Jika kickdefella diberi 4 juta untuk pertahankan PAS.. pasti budak uapahan ni dapat berjuta-juta..
apatah lagi kerajaan PAS Kelantan dapat RM 4 bilion baru-baru ni.


Malaysiakini di angkat menjadi barua nik ajis, tengah hari tadi malaysiakini melaporkan melalui wartawannya salhan k ahmad, telah menipu seluruh rakyat malaysia kononnya orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik secara bergilir. mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat. semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250. apa buktinya? kami blogger seramai 10 orang ada di sini, tidak ada sebarang kekecohan pun. ini adalah gambar yang kami ambil pada jam 1 petang tadi, nampak sangat malaysiakini mempunyi niat jahat terhadap umno/bn.

Inilah gambar di bilik gerakan bn bukit cekati jam 1 tengah hari tadi...
Hanya yang ada ialah orang yang datang nak memeriksa daftar pemilih supaya mereka tidak bersesak-sesak di tempat mengundi, dalam gambar yang dikeluarkan oleh malaysiakini pun tak nampak pun ratusan yang beratur. jijik betul perangai barua ni ajis ni... 

Kongsi Link Anda