Jumaat, November 05, 2010

Pasca PRK : Ku Li, 1 Malaysia dan Deepavali


Syabas dan tahniah kepada jentera BN yang telah memenangi PRK Galas dan Batu Sapi.. Pastinya kemenangan ini merupakan satu signifikan kepada gerak kerja yang DS Najib rancangkan dalam tempoh kurang 2 tahun ini.

Semangat jentera BN sudah kembali, penyelarasan, kejituan, keampuhan, kecekalan jentera BN nampak telah berubah sama sekali..


Ku Li pilihan tepat

Sejak mula lagi PRK Galas, nama Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li memainkan peranan penting dalam mencorakkan kemeangan BN di Galas..

Apatah lagi Galas ini di kawasan Negeri Kubu pali ampuh Pakatan yang telah berjaya mempertahankan lebih 20 tahun.

Mula-mula lagi nama Ku Li ini telah disensasikan banyak pihak, khasnya PAS yang dilihat begitu takut dengan Ku Li.. sebab itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menggagalkan rancangan BN untuk mrnjadikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Galas.. umpama mereka telah tahu sejauh mana kekutan Ku Li.

Banyak provokasi yang telah dibuat oleh Pihak pembangkang terhadap Ku Li sehingga pelantikan beliau menjadi begitu suspen.. thrill.. namun akhirnya Alhamdulillah Ku Li menerima pelantikan tersebut.

Berbeza dengan mana-mana pilihanraya Kecil yang lalu.. Ku Li diberi kuasa penuh untuk mencorakkan gerak kerja kempen PRK Galas.. dan dari itu keluarlah ungkapan, PRK galas ini pertandingan saudara.. sehingga memerangkap PAS dan menjadikan mereka agak bodoh..

Ku Li juga nasihatkan jentera dan pemimpin BN supaya tidak menyentuh peribadi pemimpin lawan mereka demi menjaga pemuafakatan dalam membela hak rakyat.. dan terpulanglah kepada mereka tuduh Ku LI, biar dia tuduh, jika tidak benar, tidak perlu jawab.

Kempen corak ini memberi dimensi baru kepada gerak kerja BN.. termasuklah fokus Ku Li tidak menjalan kempen secara rapat umum, ceramah yang berbentuk besar tetapi lebih fokus kepada jumpa secara bersemuka kepada pengundi.. nyatanya strategi ini memberi kesan besar kepada BN.. maknanya pengundi boleh menerima BN jika ada gerakan berjumpa dengan mereka secara bersemuka kerana dengan ini ianya lebih mesra dan banyak perkara yang boleh diselesaikan.

Selain itu, tindakan jentera BN yang agak solid kali ini juga dipuji, kita tidak dengar masalah yang berlaku dalam kepimpinan UMNO Kelantan.. Ku Li dengan perana mereka, Datuk Pa, Awang Adek memberi full support kepada jentera, dan Annuar Musa pula fokus kepada golongan belia Kelantan.. dan semuanya berjaya menunjukkan kesepaduan jentera mereka..

Hakikatnya jalan untuk BN merampas balik kelantan sudah terbuka.. Ku Li sudah membuang onak dan duri serta sampah sarap dilaluan tersebut..'

BN kelantan perlu contohi Ku Li bekerja, lemah lembut, pintar dan tumpu kepada sasaran.. inilah yang cuba ditonjolkan oleh Ku Li.. cara orang lama tetapi sangat menusuk hati dan minda pengundi.


1Malaysia dan pengundi Cina

DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.

Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.

Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).

Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini.

"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.

"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.

Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi.

Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.

"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.

"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."

Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN.

Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina.

Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pemilihan umum.

Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina.

Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi.

Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi.

Selamat menyambut Deepavali

Akhir sekali, Aspirasi mengucapkan selamat menyambut Depaavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia.. moga mereka berolah lebih maju dan aman pada masa akan datang..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda