Selasa, November 09, 2010

Panas : Teresa Gagal Jawab Sumbangan Kerajaan PKR!!!

Inilah contoh YB kerajaan PKR Selangor.. harap mulut banyak bercakap tapi otak letak kat lutut.. rupanya YB ni jenis cakap tak berfakta..

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Perdagangan dan Industri Selangor Teresa Kok pada Isnin tidak dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai sumbangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk menaik taraf kawasan perindustrian di negeri itu [klik sini].

Ketika diajukan soalan itu oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua) mengenai perkara berkanaan, Kok berkata : "Saya tidak ada statistik."
Sebelum itu, beliau berkata Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada tahun 2009 telah memperuntukkan RM28 juta bagi menaik taraf 24 kawasan perindustrian di Selangor.
Bagaimanapun, Kok berkata kawasan perindustrian di negeri itu terutama di luar bandar berada dalam keadaan "sangat teruk".

********** Inilah standard YB DAP.. bab menuduh orang memang pandai.. tetapi pembangunan kerajaan sendiri pun masih gagal dijawab...

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda