Popular Today

Selasa, Disember 16, 2008

Pembelian Eurocopter : PAC bersihkan nama kerajaan dari dakwaan penyelewengan 'Pakatan Rabun'

9 Komen!!!

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) akhirnya memutuskan secara rasmi bahawa pembelian Eurocopter tiada unsur penyelewengan dalam pembelian helikopter tersebut.

PAC yang juga dianggota juga oleh YB Pakatan Rakyat secara sebulat suara bersetuju bahawa kerajaan telah mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan oleh Asia-Pacific Economic Cooperation (Apec) ketika urusan pembelian 12 Cougar EC725 helicopter dari Eurocopter.

Percubaan pihak tertentu khasnya 'Pakatan Rabun' yang cuba mengaitkan isu pembelian Eurocopter dengan penyelewengan oleh pihak kerajaan gagal... sudah tentu ianya akan mengecewakan 'Pakatan Rabun' ini yang kekurangan isu pada pilihanraya Kecil Kuala Terengganu apatah lagi Isu Attantuya kini nampaknya telah senyap apabila Ab Razak Baginda dibebaskan oleh mahkamah.

KASUT TERBANG

1 Komen!!!



Isnin, Disember 15, 2008

BERBOGEL DEMI RAKYAT NEGERI SELANGOR - BUKAN ISU

2 Komen!!!
Berikutan kegagalan demi kegagalan kerajaan PKR negeri Selangor membela rakyat miskin negeri itu, Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar bertekad akan meneruskan demonstrasi bogel menggunakan taktik ‘serang hendap’ setelah tempoh berbincang dengan Abdul Khalid secara ‘berpakaian’ tamat Jumaat lepas.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap ancaman bogel ala gerila oleh Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) terhadap beliau bukan isu yang perlu diberi perhatian serius kerajaan negeri.

Kata Abdul Khalid, beliau tidak perlu melayan ancaman tersebut dan tidak akan mengambil apa-apa tindakan susulan berhubung tindakan Reformis itu.

Nampaknya kini MB Selangor sudah lagi tidak menghiraukan tuntutan dan aduan masalah rakyat... Isu dan permasalahan rakyat tidak lagi berada di dalam hati Tan Sri Khalid Ibrahim... terimalah padah wahai pengundi Melayu Selangor... Jika kaum Cina yang buat tuntuan sudah pasti lama telah diselesaikan oelh kerajaan Negeri...

Orang Melayu hanyalah anak tiri sahaja pada kerajaan PKR dan DAP.... Kaum Cina pula anak emas kepada mereka... kerana semua tuntutan mereka akan dapat perhatian dari kerajaan Negeri.

PULAUKAN PENIAGA MENZALIMI PENGGUNA KERANA MASIH TIDAK TURUNKAN HARGA BARANG

1 Komen!!!
Kerajaan dah turunkan harga minyak kali ke-7.... nampaknya peniaga, pembekal dan pemborong masih berdegil kerana tidak turunkan harga barang walau sekalipun...

Kini kerajaan peru tegas menangani harga barang yang masih ditahap yang tinggi akibat kedegilan peniaga dan pembekal. Nampaknya peniaga dan pembekal jika kerajaan menaikkan harga minyak mereka dengan segera menaikkan harga barang tetapi apabila kerajaan menurunkan harga barang mereka hanya berdiam diri sahaja.

Pengguna perlu mendesak peniaga dan pembekal untuk turunkan harga barang.... kerana peniaga dan pembekallah yang kini sedang menzalimi rakyat Malaysia sekarang ini...

PENURUNAN KALI KE-7, PETROL KINI RM 1.80

1 Komen!!!
Harga minyak petrol dan diesel masing-masing turun 10 sen seliter berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Berikutan itu, harga petrol RON97 dikurangkan dari RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter dan harga petrol RON92 pula dikurangkan dari RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter.

Mungkin rakyat masih mengharap jika harga minyak boleh turun harga ke tahap serendah yang mungkin namun peristiwa dan kisah nabi Yusuf AS boleh dijadikan tauladan iaitu mengenai mimpi pemerintah Mesir pada masa itu telah bermimpi 7 tangkai gandum (gemuk)yang berisi kemudian diikuti 7 tangkai gandum yang tidak berisi (kurus).

Dalam keadaan harga minyak yang jatuh sementara akibat krisis ekonomi global perlu diurus dengan baik dan teratur sebelum harga minyak melonjak dan kembali ke paras asal. Mengikut penganalisis ekonomi kemungkinan harga minyak akan kembali asal kepada US 75 dalam tempoh tiga tahun dan kemungkinan lebih awal ataupun lewat dari itu.

Namun dalam keadaan ekonomi perlu diurus dengan lebih baik dan teratur terdapat satu perkara yang perlu dibuat ketika ini iaitu... subsidi yang sepatutnya diberikan pada setiap liter minyak perlulah dipindahkan bagi menurunkan harga barangan asas ke tahap yang lebih rendah lagi.

Ahad, Disember 14, 2008

Giliran PAS?

4 Komen!!!
Kalau dahulu Anwar Ibrahim terkenal dengan 'gila' dan 'tamak' kuasa dan pengaruhnya ketika di dalam UMNO, hanya tinggal satu tangga sahaja untuk menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Kini giliran PAS pula merasai peluasan kuasa Anwar Ibrahim. Ini berikutan cerita-cerita puak Edrogan yang pro-Anwar Ibrahim di dalam PAS.. Puak Erdogan ini sudah mula memasang 'orang'nya dari dalam untuk menawan PAS .. Strategi ini sama seperti yang pernah digunakan Anwar Ibrahim ketika di dalam UMNO dahulu.

Nampaknya mana-mana parti yang bersama Anwar Ibrahim pasti akan cuba diambil olehnya.

Pada 24 November lalu, Pas menyambut ulang tahun penubuhannya ke-57. Fajar 2009 yang akan menyingsing tidak sampai tiga minggu lagi pula dianggap tahun getir untuk parti tersebut.

Ia kerana pada tahun depan akan berlangsung pemilihan barisan kepimpinan Pas pusat. Seperti juga parti-parti politik lain pemimpin dan ahli Pas juga tidak terlepas daripada bercakap soal tersebut.

Apatah lagi, pemilihan kali ini dianggap platform terbaik kepada kumpulan tertentu yang dipanggil ‘Erdogan’ untuk merebut jawatan setinggi mungkin dalam Pas. Malah sudah ada andaian bahawa pemilihan Pas tersebut akan menjadi medan pertempuran antara kumpulan profesional yang cenderung kepada ulama dengan kumpulan profesional yang mahu perubahan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan walaupun Pas dilihat tenang di permukaan tetapi hakikatnya kehadiran kumpulan ‘Erdogan’ yang terdiri daripada mereka yang menyokong kuat kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak semakin menggugat perpaduan di dalam parti berkenaan.

Kepimpinan Pas yang selama ini sentiasa tenang di bawah teraju Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula diganggu gugat oleh kumpulan ‘Erdogan’ ini.

Nampaknya kini PAS lebih jelas terpecah kepada 2 kumpulan.. Iaitu golongan ulama yang menyokong kepimpinan hadi Awang dan Golongan Profesional yang pro-Anwar.

Kini PAS sedang menghadapi apa yang pernah UMNO hadapi ketika Anwar Ibrahim berada di dalam parti tersebut sedikit masa dahulu... Adakah PAS akan terus membenarkan Anwar Ibrahim meluaskan penguasaanya di dalam PAS sehingga suatu hari hari PAS akan diambil alih sepenuhnya..... Adakah fenomena ini akan diterima oleh ahli-ahli PAS? atau pun PAS akan pupus?

Sabtu, Disember 13, 2008

Penyingkiran "kumpulan Erdogan", Setiausaha Hadi dituduh subversif

0 Komen!!!
Kalau dah busuk itu, baunya akan tetap dihidu juga walaupun cuba ditutup sekalipun..

Sedang sibuk rakyat mengatakan hal dalaman UMNO yang tentunya berkaitan Pemilihan parti tersebut, rupa-rupanya PAS juga sedang mengalami masalah dalaman yang serius juga.

Perkembangan terkini, setiausaha presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan tuduhan liar di internet apabila didakwa memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan" di Selangor.

Ini beikutan tuduhan serius itu di Malaysia Waves, penulis blog tersebut telah mendedahkan pergeseran dalam parti itu.

Berbeza dengan Anti Husam yang menentang "kumpulan Erdogan", blog yang ditulis aktivis muda parti - yang dikenali Tulang Besi - membela kumpulan tersebut dan menjadikan kumpulan promuzakarah dengan Umno sebagai sasarannya.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarkan kepada Tulang Besi.

"Saya dinasihatkan oleh Datuk Seri Hadi agar tidak memberi respons (dakwaan di blog itu)," kata Roslan hari ini.

Tulang Besi dalam beberapa tulisannya mencabar Roslan menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan", antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, khususnya selepas mendapat jawatan barunya itu.

"... kumpulan Erdogan wajib dibersihkan daripada PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu muktamar yang akan datang," tulis penulis blog 3 November lalu.

laporan penuh : Setiausaha Hadi dituduh subversif

Selamatkah berbogel dihadapan Anwar?

0 Komen!!!
Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) yang lantang mengkritik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin melebarkan "perang bogelnya" terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Datuk Seri Anwar mesti bertanggungjawab terhadap apa yang Tan Sri Khalid lakukan dalam menindas dan menzalimi rakyat negeri Selangor," kata presidennya Ramlan Abu Bakar di satu sidang akhbar di ibu kota.

Awal minggu lalu, NGO itu mengancam akan “menyerang hendap” Abdul Khalid bagi menekan pemimpin itu menunaikan tuntutannya, antaranya kadar kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dakwaan penyalahgunaan kuasa menteri besar menganjurkan Karnival Rakyat di Shah Alam hujung bulan lepas.

Ramlan enggan mendedahkan bilakah "perang" itu akan dilancarkan.

"Kalau dedahkan butirannya, bukan lagi (taktik) serang hendap, tetapi peperangan konvensional," katanya.

Ramlan malah turut mencabar kedua-dua pemimpin PKR itu tampil berdebat dengannya berhubung dakwaaan Reformis bahawa Selangor gagal membela nasib rakyat miskin.

"Saya bagi pihak Reformis mencabar Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Khalid untuk berdebat dengan saya.

kata Aspirasi : Lebih elok berhati-hati dan berfikir dua kali untuk berbogel di hadapan Anwar.. maklum sahajalah kan... jika Tan Sri Khalid tak pe lagi.... tapi kalau dah nak buat demonstrasi bogel ini... eloklah cepat sedikit... Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu pun dah hampir...

Kongsi Link Anda