Popular Today

Ahad, Mac 08, 2009

Tembelang sebenar PKR

7 Komen!!!
Menurut laporan Malaysia Kini, Anwar membidas Amizudin Ahmat, Ketua Angkatan Pemuda PKR Kepala Batas kerana membuat kenyataan Media.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak."

Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Nampaknya kenyataan berani oleh ahli PKR ini tidak di senangi kepimpinan PKR dan kemungkinan akan di ambil tindakan disiplin.

Jadi apa sebenarnya keadilan...? kebebasan bersuara?... Nampaknya Anwar Ibrahim lagi teruk dari Pak Lah, kerana pemimpin PKR langsung tidak boleh ditegur, dan jika ditegur akan dikenakan tindakan disiplin.

Sabtu, Mac 07, 2009

Pakatan Rakyat akan 'kerandakan' Sultan Melayu, Bangsa Melayu dan Agama Islam'

8 Komen!!!
* Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan orang Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan raja-raja dan bangsanya sendiri sebagai biadap.

* Golongan ini juga disifatkan baginda sebagai tidak berbudi bahasa dan tidak ada perasaan malu kerana mempertikaikan perkara berkaitan kedudukan raja-raja dan hak orang Melayu secara terbuka.

* Kemajuan dan pembangunan yang dicapai boleh hancur jika orang Melayu terus bercakaran, disebabkan terlalu ghairah merebut kuasa.

* Tidak ada gunanya bangsa Melayu kekal di dunia tetapi tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

* Orang Melayu perlu bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

Tidak cukupkah kita dengan kebiadapan ini:

1. PAS dan PKR tidak mempertahankan Raja-Raja dan bangsa Melayu apabila dipersenda dan dicabar dan hanya menyalahkan UMNO. Menyalahkan UMNO bukan bermakna Pakatan Rakyat mempertahankan Raja-Raja.

2. Karpal mencabar Sultan Perak - siapa yang sokong Karpal Singh!!!

3. Speaker kerajaan Negeri Perak mencabar titah Sultan Perak - siapa yang sokong

4. Penyokong PAS baring ditengah jalan, mengepung dan mengetuk cermin kereta Raja Muda Nazrin..

5. Nik Aziz, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mempertikaikan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan DEB.

6. PAS lebih mementingkan poilitik dari kesucian Islam kerana menyokong penggunaan Kalimah Allah kepada bukan Islam yang menghina kesucian Islam.

7. PAS mendesak Ibrahim Ali meletakkan jawatan kerana mempertahanan Raja-Raja Melayu.

8. Hindraf menuduh BN/UMNO membuat 'ethnic cleansing' terhadap kaum India

9. YB Pakatan Rakyat memalukan Sultan Perak, Melayu Perak, Melayu Malaysia kerana mengadakan sidang DUN di bawah pokok.
Bukankah Pakatan Rakyat akan 'kerandakan' Sultan Melayu, Bangsa Melayu dan Agama Islam' dengan tindakan yang mereka lakukan ini...

Tidak cukupkah kebiadapan mereka ini..... tidakkah ini semuanya penghinaan kepada Raja-Raja, Bangsa Melayu dan Agama Islam..

Jumaat, Mac 06, 2009

PAS - LEBIH PENTINGKAN POLITIK DARI KESUCIAN AGAMA ISLAM

12 Komen!!!
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan keberkatan. Pada hari ini umat Islam akan berhimpun dan beribadat kepada Allah SWT.

Semalam Sidang Dewan Rakyat bergema, hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Namun belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”. Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Selain itu juga Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.


Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama "

Terbukti sekali lagi - ramai ulama celup dalam PAS.

YANG TERBARU DAN MASIH PANAS.....

3 Komen!!!
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto BernamaBUKIT MERTAJAM:

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

"Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.

Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung. Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

Kalau dah jenis kaki belit

3 Komen!!!
Menurut laporan akhbar hari ini, di sebalik perhimpunan haram kerana mendakwa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P. Uthayakumar tidak diberi rawatan di penjara, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menceritakan apa sebenarnya berlaku kepada tahanan itu.

Menteri Dalam Negeri itu berkata: ‘‘Uthayakumar dari semasa ke semasa enggan menerima rawatan yang dijadualkan serta ubat-ubatan yang dibekalkan.

‘‘Berdasarkan rekod Tempat Tahanan Perlindungan (TTP) Kamunting, Taiping, Uthayakumar telah 18 kali menolak untuk rawatan dan ubat- ubatan termasuklah di Institut Jantung Negara (IJN).”.

Syed Hamid dalam kenyataan akhbar di sini berkata, antara rawatan yang ditolak oleh Uthayakumar ialah pemeriksaan doktor pakar Hospital Taiping pada 28 April 2008, kardiologi di Hospital Pulau Pinang (6 Mei 2008) dan temu janji dengan IJN (22 Mei 2008).

Beliau menambah, tahanan juga enggan diperiksa oleh doktor panel penjara untuk ujian kandungan gula dan bulanan (31 Oktober 2008), tidak mahu jalani ujian darah di klinik tempat tahanan (22 Januari 2009) dan enggan menerima rawatan di Hospital Taiping (13 Februari 2009).

Sungguhpun begitu, Syed Hamid memberitahu, sejak Uthayakumar dikenakan perintah tahanan pada 13 Disember 2007, beliau telah diberikan rawatan dan menerima pemeriksaan kesihatan daripada doktor panel kerajaan dan Hospital Taiping sebanyak 42 kali.

Di samping itu, beliau juga telah dibekalkan dengan ubat-ubatan secara berkala dari hospital sama.

Syed Hamid menegaskan, Jabatan Penjara bertindak secara profesional dan melaksanakan segala usaha untuk memastikan tahap kesihatan tahanan terbabit terkawal.

Jabatan tersebut juga sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan dalam pengurusan penahanan Uthayakumar, katanya.

Beliau menjelaskan, hak semua tahanan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan bekalan ubat tidak pernah dinafikan.

Katanya, rawatan perubatan juga dijalankan oleh doktor kerajaan bertauliah.

“Isu kesihatan Uthayakumar telah banyak diperkatakan. Malah perkara ini diberikan liputan meluas oleh media khususnya pada 15 dan 16 Februari lalu.

“Antara tuduhan yang dilemparkan ialah kerajaan tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap kesihatan Uthayakumar dan dinafikan rawatan kesihatan,” katanya.

Syed Hamid menambah, bagi memastikan tahap kesihatannya terkawal, TTP telah mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyediakan dan membekalkan diet bersesuaian seperti disyorkan pegawai perubatan.

Katanya, diet tersebut diberikan bermula 21 Disember 2007 yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, roti jagung dan masakan tanpa gula dan garam.

“Berhubung dakwaan kakinya bengkak kerana tidak diberi rawatan sempurna, pemeriksaan oleh doktor panel Jabatan Penjara menunjukkan hanya jari kelengkeng pada kaki kirinya bengkak tetapi tidak serius.

“Pemeriksaan Hospital Kuala Lumpur pula mendapati jari tersebut sakit kerana tersepak batu dan tidak memerlukan untuk Uthayakumar ditahan di wad,” ujarnya.

Pada 28 Februari lalu, keluarga dan penyokong Uthayakumar mengadakan perhimpunan haram di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields kerana mendakwa tahanan itu tidak diberi rawatan di dalam penjara.

Uthayakumar merupakan salah seorang pemimpin tertinggi pertubuhan haram yang ditahan di bawah ISA atas sebab-sebab keselamatan sejak 13 Disember 2007.

Kalau dah jenis belit, cakap pun memang belit-belit jugak...

Khamis, Mac 05, 2009

7409 - Lim menipu!

6 Komen!!!
Angka bersejarah buat 2 bukit 1 batang,

Tahniah kepada SPR Malaysia yang semakin cekap dan efisyen. Buktinya SPR mampu untuk menghadapi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai secara serentak pada 7 April 2009.

Inilah contoh kecekapan yang perlu ditunjukkan oleh semua agensi kerajaan, walaupun tugas datang secara serentak tetapi dapat diuruskan dengan cekap dan efisyen.

Walaupun begitu, terdapat pihak yang tidak berpuas hati yang mengatakan SPR bias kepada kerajaan dalam masa yang sama merekalah juga yang asyik mempertikai kecekapan 'delivery sistem' oleh kerajaan.... macammana ni... tapi kalau mereka menang, mereka senyap sahajalah.. macam biasa lah...

Macam biasalah juga .... mereka buat kerja sesuka hati sahaja, nak mesyuarat... jom mesyuarat.... bawah pokok,.... jom bawah pokok,... kedai kopi, jom kedai kopi, .....

Inilah standard YB mereka, lepas ni dengarnya exco haram dan speaker haram jadah akan buat mesyuarat DUN haram kat kedai kopi pulak..

Dalam blog Lim Kit Siang, "Lim said the opposition, which lacks funds and other resources, would be overstretched if it had to campaign for a constituency in Sarawak along with polls in Perak and Kedah - all slated to be held on April 7.

“Three by-elections on the same day makes it difficult for the opposition to campaign effectively. But it is convenient for the ruling Barisan Nasional which has the money, media and government machinery,”

Tapi kita tahu dakwaan lim hanyalah pembohongan semata-mata, apatah lagi kenyataan beliau mengenai kemampuan keberkesanan jentera pilihanraya mereka yang serba kekurangan duit, jenter dan sebagainya.

Tapi sejarah membuktikan bahawa pada pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, penyokong pembangkang lebih ramai dari BN, poster dan flyers pembangkang lebih banyak dari BN, bendera pembangkang pun lagi banyak dari BN bahkan kenderaan pembangkang pun lagi banyak dari BN.. tak ke penipu si mata sepet ni!!!

Dan tambah menipu lagi si mata sepet ni, apa jadahnya nak pilihanraya kecil satu negeri Perak, kata tak de duit dan bla.. bla... bla...?!!!!

Lagipun apa masalahnya, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan kan mereka dah perintah berapa banyak projek yang mereka dah bagi pada kroni mereka, tak reti-reti nak sponsor...

Dan sekarang pulak mereka gunakan nama pakatan, jadi agih-agih la tugas, tu pun nak kena ajar ke.... PKR di Bukit Selambau, PAS di Bukit Gantang dan DAP di Batang Ai, kan senang hidup... itupun kata SPR bias pada BN...

Jadi janganlah bohong kepada rakyat, dulu lain, Pembangkang tiada kerajaan, tetapi sekarang lain pakatan ada kerajaan dah bukan satu, banyak!!!

Kalau dah jenis penipu, cakap apa pun memang menipu je.... janganlah kaitkan SPR pulak...

Rabu, Mac 04, 2009

PAS : SPEAKER LEBIH MULIA DARI SULTAN

13 Komen!!!
PAS melalui Setiausaha Agungnya, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara. Ini bermakna kuasa speaker adalah lebih besar dari kuasa Sultan.

Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Beliau juga mendakwa, kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang DUN tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan.

Katanya "Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan,"

Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,

"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya.

Begitulah 'bengongnya' YB PAS ini, jika S/U Agung PAS pun 'bengong', jadi anak buah dan penyokongnya lagilah 'berbengong-bengong' (istilah baru) ...

Nampaknya dalam isu ini bermakna, pandangan PAS adalah Speaker Perak lebih Mulia dari Sultan Perak walaupun Speaker membelakangkan titah Sultan Perak. Sebab itu kamarudin menyatakan "Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan"

Kerana sesiapa menghina Speaker maka telah menghina perlembagaan, tetapi bagaimana kalau Speaker dan pemimpin Pakatan Perosak Rakyat menghina Sultan, tidakkah seperti menghina perlembagaan kerana sultan pun sebahagian dari perlembagaan negara.

Mulianya Speaker dari Sultan, Sultan dan ulama' boleh dihina dan Speaker tak boleh... inilah demokrasi ala PAS..

Lebih malang lagi apabila tiada 'sekor' penyokong PAS pun mempertahankan Sultan Perak. Bahkan menghina dan memperkecilkan sultan Perak.

Patutlah penyokong PAS 'bengong' sehingga hari ini kerana dipimpin oleh mereka yang juga 'bengong'...

Dalam berita berkaitan juga , juga menunjukkan kedangkalan pemimpin Pakatan Pembangkang. Mahkamah Tinggi di sini hari ini meluluskan permohonan injunksi Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya untuk menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sebarang persidangan DUN

Firoz Hussein ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, mahkamah meluluskan permohonan injunksi itu selepas mendengar hujah-hujahnya yang merujuk kepada Seksyen 44 Akta Relif Spesifik.

Kata beliau, mengikut seksyen itu, satu perintah boleh diberikan terhadap seorang penjawat awam dan dalam kes ini, Speaker DUN Perak iaitu Sivakumar adalah penjawat awam.

''Oleh itu, kami menggunakan undang-undang tersebut dan turut meneliti undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memberi imuniti kepada Speaker dan prosiding DUN.
''Dalam kes membabitkan Speaker DUN Perak, imuniti tidak boleh diguna pakai kerana beliau membuat keputusan di luar sidang DUN," katanya.

Selain itu, kata Firoz, sidang DUN yang diadakan oleh Sivakumar juga tidak sah kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

''Sultan tidak pernah memberikan perkenan kepada Sivakumar untuk mengadakan sidang DUN sedangkan jika mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, hanya Sultan sahaja yang boleh memanggil DUN bersidang.

''Itulah undang-undang yang termaktub dalam Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan ia sangat jelas dan tidak boleh dibantah. Jadi tidak timbul persoalan bahawa Speaker mempunyai kuasa memanggil sidang DUN.

''Ia juga sangat mudah sebagai contoh di England, Speaker hanya boleh memanggil 'House of Command' atau 'House of Law' bila mendapat perkenan Ratu (England)," ujarnya.

Menurut Firoz, perintah injunksi menghalang Sivakumar mengadakan sebarang persidangan DUN itu berkuat kuasa tanpa had masa.

Biar senyap sikit si Speaker ni.....

Memang betullah Parti Melayu hanya satu iaitu UMNO, dulu kini dan selamanya yang akan mempertahan dan memperjuangkan hak bangsanya.

UMNO, MELAYU DAN ISLAM SEHATI SEJIWA.

Kayanya YB PAS!!!

0 Komen!!!
RM3 juta tu... banyak tuh.. itulah orang kata dulu lain, sekarang lain, dulu YB PAS memanglah nampak warak tapi YB PAS sekarang ni nampak je macam warak...

RM3 juta tu.. kat kelantan tuh.. dari mana agaknya dapat duit banyak tu... kalau bekas bini dia boleh minta samapi 3 juta, agaknya berapa juta duit yang dia ada.

Itu YB biasa je, kalau EXCO negeri berapa banyak duit agaknya tu.

Tapi YB PAS pakai kereta buruk-buruk je, biasa la tu depan pengundi berlakon je, belakang pengundi bawa kereta besar-besar tuh...

Bekas isteri kedua Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, hari ini membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini agar pemimpin PAS itu membayar mutaah sebanyak RM3 juta.

Siti Aishah Abdullah, 25, yang hadir bersama dua anak bersama Wan Ismail, itu, Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, bagaimanapun dimaklumkan oleh mahkamah bahawa saman tuntutan itu belum dapat diserahkan kepada Wan Ismail.

Turut menemani wanita berketurunan Cina Kemboja itu adalah adik dan bapanya Abdul Hakim Abdullah, 22, dan Kian Ti, 62, Hakim Abdullah Man menjelaskan bahawa ketika saman itu dihantar ke rumah Wan Ismail sebelum ini, ADUN itu dan keluarga yang tinggal di Wakaf Tok Wali di sini, tiada di rumah. Abdullah kemudiannya menetapkan 21April untuk sebutan semula.

Kongsi Link Anda