Popular Today

Isnin, September 07, 2009

Isu Kuil - Pakatan rakyat atau pakatan gagal?

4 Komen!!!
"BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun"
-A. Kohilan Pillay,Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

"BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam"
-Datuk Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

"Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi"
-Profesor Dr. Ahmad Atory Hassan, Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia



Sumber: Utusan Malaysia

Jumaat, September 04, 2009

BN akan pertahan kerusi DUN Bagan Pinang

3 Komen!!!
04/09/2009 7:59pm

MARAN 4 Sept. - Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Azman Mohd. Noor hari ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, adalah menjadi dasar parti itu untuk bertanding di kawasan yang dikosongkan akibat kematian atau sesuatu sebab yang selaras dengan peruntukan perlembagaan.

``Kita telah membuat keputusan daripada segi dasar iaitu jika satu-satu kawasan itu dikosongkan atas sebab kematian atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan, kita akan bertanding.

``Apatah lagi kawasan ini adalah kerusi milik kita,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek perintis Proogram Sejahtera dan Program Nasional Pintar di Kampung Teluk Melati, Chenor dekat sini hari ini. -

Sumber: Utusan

Al Fatihah : ADUN Bagan Pinang Azman Mohammad Noor Meninggal Dunia

0 Komen!!!
SEREMBAN, 4 Sept (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohammad Noor meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada pukul 2 petang Jumaat.

Fakta pilihanraya DUN Bagan Pinang

Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum tahun 2008: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%

1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)

Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384

Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)

Mengikut Perlembagaan Persekutuan Pilihanraya Kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Pengajaran yang perlu diambil dari Revolusi politik Jepun

1 Komen!!!
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

SELEPAS lebih lima dekad menjadi parti pemerintah tunggal di Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP) akhirnya tumbang pada pilihan raya umum negara itu pada 30 Ogos lalu.

LDP kehilangan majoriti kerusi di Parlimen kepada parti pembangkang, Parti Demokrat Jepun (DPJ), dalam kekalahan yang disifatkan oleh kebanyakan pemerhati sebagai "revolusi politik" di negara matahari terbit itu.

Kekalahan LDP sebenarnya sudah ditebak sejak awal iaitu ketika parti itu kalah pada pilihan raya di Dewan Tinggi (Diet) pada Julai, 2007.

Kekalahan paling buruk dalam sejarah parti itu berterusan pada pilihan raya Tokyo, Julai lalu. Ketika itu, LDP hanya mendapat 38 kerusi berbanding 54 kerusi oleh DPJ.

Dalam landskap politik di Jepun, pilihan raya Tokyo sering dijadikan kayu pengukur kepada keputusan pilihan raya umum.

Malah, DPJ juga sudah dapat melihat peluang untuk berkuasa apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap LDP semakin luntur.

Semuanya kerana pelbagai isu yang membelenggu LDP serta bekas Perdana Menteri, Taro Aso sendiri sehinggakan menjejaskan kredibiliti dan imej di kalangan rakyat.

Faktor kemenangan DPJ juga bertitik tolak daripada pelan populis yang terarah kepada menjaga kebajikan rakyat terutamanya golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Ternyata, pelan itu berjaya meyakinkan rakyat Jepun kerana dalam situasi ekonomi yang sukar ketika ini, mereka sememangnya mengharapkan polisi yang berbentuk bantuan dan perhatian daripada kerajaan.

Dalam masa yang sama seperti yang dinilai oleh penganalisis tempatan, Ahmad Zaki Hassan, parti pemerintah juga gagal menyelesai serta menjelaskan beberapa isu utama.

Antaranya jelas pensyarah di Kolej UndangUndang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu ialah jumlah hutang negara yang luar biasa.

Isu lain termasuk pelan tindakan menstabilkan ekonomi terutama bagi mengecilkan jurang perbezaan antara penduduk miskin dan kaya.

''Faktor-faktor ini menjadi punca keyakinan rakyat terhadap LDP merosot dengan teruk seperti yang diterjemahkan menerusi keputusan pilihan raya lalu," katanya.

Dari lensa politik dunia, kekalahan LDP yang memerintah Jepun sejak 54 tahun lalu itu dikaitkan dengan gelombang perubahan yang dicetuskan oleh generasi muda.

Sebelum ini, kejayaan Barack Obama menjadi warga kulit hitam pertama sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) dikatakan turut dipengaruhi oleh faktor yang sama.

Obama berjaya meruntuhkan tembok perkauman dalam sejarah 232 tahun amalan demokrasi di negara itu.

Gelombang perubahan di kedua-dua negara itu juga tidak terkecuali turut dikaitkan dengan senario semasa politik tempatan terutamanya nasib yang bakal menimpa Barisan Nasional (BN).

Bukan bermaksud menafikan tuntutan perubahan yang disuarakan oleh rakyat terutama apa yang berlaku selepas 8 Mac 2008, tetapi gelombang perubahan itu sebenarnya adalah sesuatu yang lumrah dalam kematangan masyarakat di kebanyakan negara.

Peralihan daripada satu generasi ke generasi lain menyaksikan anjakan pemikiran rakyat turut berubah.

Lebih-lebih lagi apabila sesuatu keperluan dan peringkat dalam masyarakat itu telah dipenuhi. Ini jugalah sebenarnya yang berlaku dalam konteks politik di AS, Jepun dan Malaysia yang mana pemikiran rakyat berubah apabila keperluan asas dan pembangunan telah dipenuhi oleh kerajaan.

Perkembangan tersebut secara tidak langsung merubah kematangan berfikir rakyat ke arah sesuatu yang lebih besar termasuk soal negara dan sebagainya.

Namun, ia bukanlah satu-satunya faktor penentu dalam kita meramalkan bentuk dan corak berpolitik pada masa depan. Namun, perlu diperhatikan cabaran dan isu politik yang berlaku di Jepun sangat berbeza dengan polemik politik yang melanda negara.

Sebagai sebuah negara maju, keperluan dan kemudahan asas serta pembangunan fizikal bukan lagi menjadi kepentingan rakyat Jepun. Majoriti rakyatnya juga merupakan golongan berkemampuan dengan peratus kemiskinan sangat rendah atau hampir tiada.

Justeru apa yang lebih menjadi perhatian mereka ialah kemampuan pemerintah untuk mengekalkan momentum keselesaan dan kenikmatan hidup itu.

Malangnya, itulah yang gagal dibuktikan oleh LDP. Ketika ini Jepun berdepan dengan krisis ekonomi yang sangat meruncing sehingga menyebabkan peratus pengangguran di kalangan rakyat mencecah sehingga enam peratus, iaitu kadar terburuk dalam sejarah negara berkenaan.

Populariti Aso juga semakin merudum apabila beliau dikaitkan dengan pelbagai isu antaranya skandal seks, rasuah, masalah kesihatan dan kewangan selain berdepan undi tidak percaya di kalangan ahli Kabinetnya sendiri.

Kerana itu juga adalah tidak tepat untuk kita membandingkan senario politik di Jepun dan apa yang berlaku di negara ini.

Cuma barangkali apa menjadikannya agak signifikan adalah kerana persamaan dari segi tempoh masa Malaysia bakal berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.

Hakikatnya di Malaysia, ramai penduduk di negara ini terutamanya di luar bandar yang masih hidup di bawah paras kemiskinan.

Malah, kemiskinan bandar juga turut dicatatkan meskipun kumpulan penduduk ini tidak ramai.

Golongan ini pastinya memerlukan bantuan daripada sebuah kerajaan yang kuat untuk dibawa keluar daripada kepompong kemiskinan itu menerusi pelbagai dasar dan agenda bertaraf nasional.

Begitu juga dengan proses kemajuan dan pembangunan negara ketika yang memerlukan sokongan sebuah kerajaan yang konsisten. Usaha pembinaan bangsa dan negara itu tidak mungkin dapat dilakukan oleh parti politik yang tidak jelas hala tuju perjuangannya.

Yang masih gagal membezakan antara perjuangan yang bersifat peribadi atau kepentingan sekelompok kumpulan kecil sematamata. Pentas politik negara juga lebih mencabar kerana kita terbentuk daripada bangsa, agama, ras dan etnik yang berbeza.

Tidak seperti Jepun, negara itu hanya terdiri daripada satu bangsa. Justeru, hanya parti politik yang benar-benar memahami semangat toleransi dan kerjasama di sebalik perbezaan itu sahaja yang mampu membawa negara ini kepada kemajuan tanpa dibelenggu isu-isu yang berbaur perkauman dan tuntutan melampau.

Namun itu bukanlah bermaksud kita cuba menafikan gelombang perubahan berpolitik dunia itu turut tersebar di negara ini.

PRU 12 lalu sudah membuktikannya dan isyarat itu juga bagi sesetengah pihak semakin jelas selepas tujuh kekalahan berturut-turut BN pada pilihan raya kecil.

Namun gelombang perubahan ini sebenarnya jika dipandang daripada sisi berbeza, boleh menjadi satu tekad dan usaha kepada BN untuk lebih bersedia dan bertindak awal.

Perkembangan sebegini menurut Ahmad Zaki, harus dijadikan fokus oleh pemimpin BN untuk menilai dan mentafsir apa sebenarnya yang telah berlaku seterusnya mencari penyelesaian segera.

Sekiranya pada pilihan raya umum akan datang BN masih berjaya mengekalkan kerajaan sedia ada, maka BN akan dilihat mempunyai kekuatan berganda kerana berjaya mengatasi satu trend dunia dalam tuntutan perubahan oleh rakyat.

''Ia juga secara jelas akan menggambarkan bahawa BN masih berupaya memerintah dan memenangi hati rakyat tanpa dipengaruhi oleh peristiwa serta perbandingan isu semasa dunia," ujar beliau.

Sumber : Utusan Malaysia

Khamis, September 03, 2009

Kapal selam pertama negara selamat tiba jam 9.20 pagi

6 Komen!!!
oleh Wan Jailani Razak

PELABUHAN KLANG: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman selamat tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah jam 9.20 pagi ini.

Ketibaannya disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu istiadat penuh bersejarah di Jeti KD Sultan Abdul Aziz Shah.

Turut menyambut, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

KD Tunku Abdul Rahman merapat ke jeti jam 9.20 pagi dalam keadaan timbul.

Ia memulakan pelayaran dari Toulon, Perancis pada 11 Julai lalu dan mengambil masa 54 hari dengan melalui pelabuhan Jeddah, Djibouti dan Cochin sebelum tiba di Pelabuhan Klang.

Pelayaran KD Tunku Abdul Rahman diketuai Pegawai Memerintah Komander Zulhelmy Ithnain, ia dikendalikan sepenuhnya oleh 32 pegawai dan anggota Tentara laut Diraja Malaysia (TLDM).



Sumber: berita harian

Pengkhianat ANUwar Aljuburi - Kekecohan Pakatan Rakyat kerana tangan ANuwar

2 Komen!!!
Kita masih teringat arahan Anwar Ibrahim kepada N.Gobalakrisnan untuk membuat kekacauan ketika hari penamaan calon di Permatang Pasir tidak lama dahulu sehingga berlakunya ADUN PKR yang ishtihar keluar PKr kerana tidak percayakan ANUwar aljuburi.

Nampaknya apa yang berlaku di Perak sekali lagi hasil arahan Anuwar AlJuburi yang sengaja membuat kekacauan, tidak menghormati undang-undang dan langsung tidak menghormati Ramadan.

Rakyat Malaysia kini saban hari dimomokkan 'filem keling' ANuwar yang diketahui sebagai 'mastermind' dalam semua yang berlaku dalam kekacauan politik hari ini.

Rakyat khasnya bangsa Melayu patut melihat apa yang berlaku sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali dalam negara ini. Inilah pengkhianat yang mempunyai sifat Hasad Dengki yang mahu memusnahkan kejayaan bangsa Melayu sejak 52 tahun dahulu.

Perosak kejayaan bangsa melayu adalah pengkhianat kepada bangsa melayu kerana mereka telah melemahkan bangsa Melayu sejak sekian lama. Kerana pengkhianat ini adanya si cina dan keling durjana ini berani memijak kepala Melayu dengan mempertikaikan hak Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Bukan setakat itu, mereka juga telah menentang dan membelakangkan raja Melayu sebagai ketua Negara sebagaimana Perkara 13 perlembagaan Persekutuan yang kita mengetahui bahawa raja-raja Melayulah tuan kepada negara dan negeri ini dan mereka juga pelindung kepada Melayu dan Islam.


Kita telah melihat pelbagai tindakan yang dibuat oleh ANUwar dan pemimpin jalang PAS, DAP dan PKR terhadap perlembagaan negara, institusi di raja, agama Islam dan hak bangsa Melayu. Mereka telah merobek-robek dan menghakis satu persatu apa yang dikatakan sebagai kontrak sosial. Isu Arak, Isu Kuil, isu hina sultan, isu Hina Islam, isu tuduh orang Islam sebagai ekstrem dan pengganas, demontrasi haram, mengahalang kereta raja muda perak dan sebagainya sebagai satu manifestasi politik hutan pakatan rakyat yang akan memusnahkan negara.

Jangan biarkan negara Melayu ini hancur, Melayu perlu sedar bahawa negara ini Melayu dan bumiputra yang punyai sejak berkurun dahulu. oleh itu pengkhianat dan dalang yang merosakkan kejayaan Melayu dan mahu melihat Melayu mengemis, mahu negara ini dijajah kembali dan menjadi macam Singapura mestilah ditentang dan ditolak habis-habisan.

Selasa, September 01, 2009

Minyak naik - Apakah anda tahu tentang RON95?

0 Komen!!!

BHPetrol RON95 Fuel Survey Results

Advertisement

BHPetrol Infiniti 95 2xIf you recall, there was a fuel grade survey posted up a few weeks ago on this blog. Respondents were asked a few questions about RON95 and RON97 as well as what they think the difference between the two fuel octane types are. At the end, you were asked whether you wanted to participate in a product test. The fuel company that commissioned the survey was actually BHPetrol and a number of participants were picked.

Read after the jump to check out the survey results as well as the results of the product test. Of course some of the questions called for an open-ended answer and it’s not feasible to include the thousands of replies here so we only hav the initial multiple-choice questions as well as the results of the product test.

Question 1
Question 2
Question 3
Question 4



Read more: http://paultan.org/2009/09/01/bhpetrol-ron95-fuel-survey-results/#more-16219#ixzz0PpT37vER


Read more: http://paultan.org/2009/09/01/bhpetrol-ron95-fuel-survey-results/#more-16219#ixzz0PpT37vER

Sumber: Paultan.org

Ahad, Ogos 30, 2009

Syukurlah dengan nikmat kemerdekaan

4 Komen!!!
Syukurlah dengan nikmat kemerdekaan

- Bersyukurlah kepada nikmat merdeka, nikmat paling besar kepada bangsa Melayu. Kemerdekaan banyak merubah nasib bangsa melayu. Kemerdekaan memberi peluang kepada seseorang atau sesuatu bangsa untuk menguruskan bangsa mereka sendiri

- Sebab itu kita perlu bersyukur atas nikmat kemerdekaan ini. Dengan kemerdekaan ini kita telah diberi tanggungjawab untuk membangunkan diri kita.

- Kita jangan lupa apa yang berlaku dalam diri kita sebelum kemerdekaan. Dimana kah kedudukan kita bangsa Melayu berbanding dengan bangsa yang lain..

- Melayu telah diabaikan oleh penjajah dari pelbagai aspek. Sehingga Melayu mundur dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sosial. Walaupun negara ini waktu dahulu di kenali sebagai tanah Melayu tetapi bangsa Melayu dianggap sebagai kelas kedua oleh penjajah.

- Melayu dipinggirkan dari aspek pendidikan - hanya anak orang berada sahaja diberi peluang pendidikan di bandar. Melayu dipinggirkan aspek ekonomi, Melayu terus dibiarkan tinggal di kampung, sementara penjajah mengambil bangsa Cina untuk menguruskan ekonomi tanah Melayu di bandar2 manakala di estet dan ladang penjajah mengambil kaum india.

- Begitulah hinanya Melayu sebelum merdeka. Hasil bumi di pijak milik orang. Semua sejarah hitam ini mesti berada di dalam pemikiran orang Melayu.

- Makna bersyukur ini perlu di fahami dan dihayati. Syukurlah dengan keadaan hari ni dengan apa yang pernah di lalui dengan ibu bapa kita sebelum ini. Hidup bangsa Melayu kini telah banyak berubah. Melayu telah melalui transformasi yang menakjubkan. Ramai anak Melayu telah berjaya.

- Pernahkah kita memikirkan bagaimana melayu kita berjaya, samaada dengan merit atau dengan bantuan. Perkara ini amat penting untuk diketahui, supaya kita mengukur diri kita dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan...

- Melayu berjaya kerana mereka diberikan kepada mereka peluang yang belum pernah lakukan sebelum ini.

Selamat menyambut hari Kemerdekaan ke-52. 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Hj Salleh B Mohd Yusof@Aspirasibangsa

Kongsi Link Anda