Popular Today

Rabu, Februari 03, 2010

Hari pertama perbicaraan : CAN I F*CK YOU TODAY

1 Komen!!!
Oleh : Unspinner

Sekian sahaja laporan kami untuk hari ini, kami akan membuat laporan seterusnya esok, sementara menanti esok, ada beberapa persoalan yang timbul di benak kami:

1. Kenapa menggunakan password 'mokhtar'?

2. CAN I F*CK YOU TODAY - Mungkin kerana inilah Anwar mengelak untuk ke mahkamah, apa pun esok kami pasti ada ceria yang lebih panas dari hari ini.


Baca selanjutnya di Unspinner

Kes liwat Anwar: Pendakwa akan buktikan kesan air mani kepunyaan tertuduh

0 Komen!!!
Oleh Ahmad Johari Ali dan Norhashimah Mohd Radzali

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan disahkan oleh pihak Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan pembukaan pendakwaan yang dibacakan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin, yang mengetuai pasukan pendakwaan, dalam perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi, pihak pendakwa akan membuktikan kesalahan tertuduh melampaui keraguan munasabah melalui keterangan langsung dari Mohd Saiful dan keterangan forensik dari doktor serta ahli kimia, selain keterangan mengikut keadaan serta keterangan dokumentari.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan akan membawa keterangan bahawa pada 26 Jun 2008, lebih kurang jam 10.30 pagi ketika di pejabat Anwar, tertuduh meminta Mohd Saiful, yang juga pembantu khas tertuduh ketika itu, untuk pergi ke Kondominium Desa Damansara (tempat kejadian) pada jam 2.30 petang pada hari sama.

"Pada jam 1.45 petang hari berkenaan, Mohd Saiful keluar dari pejabat tertuduh menuju ke Kondominium Desa Damansara dan tiba di situ pada kira-kira jam 3 petang.

"Di Kondominium Desa Damansara itu, Mohd Saiful kemudian ke unit 11-5-1 di Tingkat 5 dan apabila beliau masuk ke situ, beliau lihat tertuduh sedang duduk di meja makan seorang diri.

"Di unit ini, Mohd Saiful diliwat oleh tertuduh dan beliau meninggalkan unit berkenaan kira-kira jam 4 petang," katanya.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwaan seterusnya akan membawa keterangan pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung kejadian liwat yang berlaku pada 26 Jun 2008 (dua hari sebelum itu) di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara berkenaan.

"Pada hari sama, Mohd Saiful juga membuat pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur berhubung kejadian liwat itu. Sampel tisu termasuk dari bahagian luar dan dalam dubur Mohd Saiful diambil oleh doktor yang memeriksanya untuk ujian DNA.

"Pihak pendakwaan akan membawa keterangan di mahkamah bahawa kesan air mani dari spesimen yang diambil dari dalam dubur Mohd Saiful disahkan Jabatan Kimia sebagai kepunyaan tertuduh," katanya.

Sumber : Berita Harian

Apa tunggu lagi?

2 Komen!!!

Zulkifli Nordin kata dia sanggup letak jawatan hari ini... jadi apa yang nak ditunggu lagi...??? setakat cakap buat apa... kalau betul sangat sayangkan Islam lebih dari PKR letak jawatan segera. ...

Beliau berkata “Umum tahu, saya amat sayang dan hormati Anwar dan ini tidak pernah luntur..tetapi cinta saya kepada agama saya jauh melebihi segalanya dan ini saya tidak akan bertolar ansur." (rujuk di sini)


Dah tiba masanya pun untuk PKR berkubur... parti yang penuh kudis... dari pemimpin peliwat, penzina, kroni, rasuah, samseng... semuanya ada dalam PKR..

Selasa, Februari 02, 2010

bila Institusi Kehakiman jadi barang permainan Anwar

3 Komen!!!
Kita melihat hari ini Institusi Kehakiman hanya jadi bahan permainan Anwar semata-mata. Jika beliau mahukan keadilan, kenapa masih mahu mempermainkan mahkamah dengan pelbagai alasan itu dan ini.

Jalan dengan lagak hero, Aljuburi memang pandai mengelabui mata rakyat apatah lagi diberikan tumpuan media.

Dah sampai masanya rakyat Malaysia berdoa agar peliwat ini dihapuskan dari muka bumi Malaysia ini... AMin...


Mahkamah Tinggi tolak permohonan Anwar tangguh prosiding
02/02/2010 3:51pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes liwat beliau yang bermula petang ini.

Mahkamah itu juga menetapkan perbicaraan kes tersebut akan diteruskan bermula pukul 2.30 petang esok. - Utusan


Perbicaraan kes Anwar disambung selepas penangguhan
02/02/2010 3:12pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan petang ini selepas ditangguhkan pagi tadi atas alasan beliau ingin berjumpa Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi terlebih dahulu.

Anwar dan peguam-peguam bela beliau bagaimanapun gagal bertemu Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh semakan rayuan bagi mendapatkan dokumen penting untuk pihak pembelaan terhadap kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bermula pagi tadi.

Mereka sebaliknya diarahkan bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff pagi esok untuk semakan rayuan tersebut.

Sementara itu, jumlah wakil media di dalam dewan mahkamah dihadkan ekoran terlalu ramai yang ingin mengikuti perbicaraan berprofil tinggi ini.

Penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi ruang lobi mahkamah pula dilihat membawa kain rentang sebagai tanda sokongan. - Utusan


Perbicaraan Anwar: Usaha temui Ketua Hakim Negara gagal

02/02/2010 1:53pm

Kuala Lumpur 2 Feb. - Usaha peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan tarikh awal bagi semakan rayuan keputusan mahkamah, yang menolak pembekalan dokumen penting, kepada pemimpin PKR itu dengan menemui Ketua Hakim Negara gagal.

Peguam bela Anwar, Sankaran Nair memberitahu Utusan, Tun Zaki Tun Azmi tidak berada di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.

"Tun Zaki bagaimanapun telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin yang bersetuju mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan.

"Oleh itu, saya akan berada semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan hujahan permohonan penangguhan kes,'' katanya. - Utusan


Permohonan Anwar tangguh perbicaraan didengar 2 petang
02/02/2010 3:17pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke pukul 2 petang ini untuk mendengar permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.

Asalnya, mahkamah menetapkan perbicaraan didengar hari ini, tetapi perlu mendengar terlebih dahulu permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan itu.

Sama ada perbicaraan yang ditunggu-tunggu dan telah berulang kali ditangguhkan itu akan berlangsung bergantung kepada Hakim Mohamad Zabidin yang kini perlu mendengar permohonan penangguhan itu. – Bernama


Perbicaraan Anwar: Permohonan penangguhan dibenarkan
02/02/2010 2:10pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan penangguhan untuk kes perbicaraannya pagi ini ke pukul 2 petang.

Permohonan penangguhan dibuat atas alasan pihak pembelaan ingin menemui Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh awal berhubung semakan rayuan keputusan mahkamah menolak pembekalan dokumen penting kepadanya di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenuhi dengan para wartawan tempatan dan luar negara, serta pemerhati-pemerhati termasuk dari kedutaan-kedutaan asing.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. – Utusan


Perbicaraan Anwar: Permohonan penangguhan dibenarkan
02/02/2010 2:10pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan penangguhan untuk kes perbicaraannya pagi ini ke pukul 2 petang.

Permohonan penangguhan dibuat atas alasan pihak pembelaan ingin menemui Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh awal berhubung semakan rayuan keputusan mahkamah menolak pembekalan dokumen penting kepadanya di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenuhi dengan para wartawan tempatan dan luar negara, serta pemerhati-pemerhati termasuk dari kedutaan-kedutaan asing.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. – Utusan


Perbicaraan Anwar: Permohonan penangguhan dibenarkan
02/02/2010 2:10pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapatkan penangguhan untuk kes perbicaraannya pagi ini ke pukul 2 petang.

Permohonan penangguhan dibuat atas alasan pihak pembelaan ingin menemui Ketua Hakim Negara untuk mendapatkan tarikh awal berhubung semakan rayuan keputusan mahkamah menolak pembekalan dokumen penting kepadanya di Mahkamah Persekutuan.

Terdahulu, dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dipenuhi dengan para wartawan tempatan dan luar negara, serta pemerhati-pemerhati termasuk dari kedutaan-kedutaan asing.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan. – Utusan


Perbicaraan Anwar: Unit Pengesan Bom PDRM turut berkawal
02/02/2010 8:47am

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari merupakan kes perbicaraan berprofil tinggi.

Sehubungan itu, enam anggota Unit Pengesan Bom dari Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di dewan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini bagi memastikan aspek keselamatan terjamin setiap masa.

Bagaimanapun, unit tersebut tidak dilihat membawa bersama anjing pengesan.

- Utusan


Perbicaraan Anwar: Media mula berkumpul seawal 6 pagi
02/02/2010 12:16pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Wakil-wakil media mula berkumpul di ruang lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini seawal 6 pagi untuk membuat liputan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan sepatutnya bermula pada 25 Januari lalu, tetapi ditangguhkan ke hari ini bagi mendengar keputusan permohonan Anwar yang juga Ketua Pembangkang bagi mendapatkan beberapa dokumen penting pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan.

Jumaat lalu, mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan tersebut menolak permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

- Utusan


Perbicaraan Anwar: Polis buat kawalan di lobi mahkamah
02/02/2010 10:54am

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Lebih 20 anggota polis berada di sekitar lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini bagi mengawal keadaan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Azlan Bukhari.

Perbicaraan yang telah ditangguhkan berkali-kali sebelum ini dijangka bermula pada pukul 9 pagi ini. - Utusan

Sabtu, Januari 30, 2010

Edisi PAS boneka DAP : Hassan Ali redha tindakan Disiplin

2 Komen!!!
Hassan ALi memberitahu "Ini proses pendidikan yang baik bagi saya.".. hehehe.. aku rasa ramai je yang 'bengkek' atau bengang dengan kenyataan Hassan Ali ini khasnya yang anti Hj Hadi dan sekutunya.

Beliau yang menerima keputusan jawatankuasa itu dengan hati terbuka berjanji akan terus menjalankan tugas yang menjadi tanggungjawabnya selama ini.

“Keputusan ini juga tidak akan mencacatkan kerja-kerja saya sebagai ahli PAS, kerja-kerja di negeri sebagai Exco dan atas sifat saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia,” katanya kepada pemberita di lobi Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.

Ada orang yang dah mula malu untuk mengaku sebagai ahli PAS [rujuk sini] dan [sini] kerana keputusan Lembaga Disiplin tersebut.

Kalau lah aku ni ditakdirkan menjadi ahli PAS, tak tau la mana nak letak muka aku. Malu yang amat, meeting berkali kali, ambik masa berbulan bulan rupanya nak tunjuk tembelang.


AKu agakdah... perihal macam ni mesti berlaku.. kerana hakikatnya perbalahan dalam PAS antara kumpulan erdogan liberal dan kumpulan ulama konservertif masih lagi berlaku. Nampak je tenang kat luar ni.. tetapi di dalam tu... masya Allah.. busuk sebusuk perjuangan palsu PAS....

Tindakan Zahrain mengkritik Lim Guan Eng dipuji

1 Komen!!!


Oleh: Mstar

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disifatkan sebagai pemimpin yang berani dan telah 'buka mata' kerana lantang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng secara terbuka.

Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan Zahrain jelas menunjukkan kemarahan yang memuncak terhadap Lim yang gagal menerajui negeri berkenaan.

Malah menurut beliau, pergolakan yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang sememangnya sudah dijangka dan tidak dapat disembunyikan lagi.

"Akhirnya ada juga rakan mereka sendiri yang sudah 'buka mata' dan dapat melihat dengan jelas kelemahan yang berlaku.

"Apabila Datuk Zahrain mula bersuara secara terbuka, maknanya masalah dalaman yang berlaku dalam PR Pulau Pinang kian ketara dan memuncak," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Zahrain mengkritik keras kepimpinan Lim serta melabelkan Ketua Menteri itu sebagai pemimpin diktator, cauvinis dan berpemikiran komunis.

Bekas Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut dilaporkan mendakwa Lim menjadi bebanan kepada PR negeri jika beliau terus memerintah dengan gaya diktatornya.

Zahrain turut mengakui bahawa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini jauh lebih baik dan telus jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan Lim

Mengulas lanjut Azhar berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Zahrain kerana masalah yang dibangkitkannya sudah lama 'dihidu' BN dan Umno negeri itu.

Katanya, sejak dari awal pihaknya menyedari bahawa Lim mentadbir kerajaan negeri mengikut kemahuannya sendiri.

"Sejak hampir dua tahun mentadbir Pulau Pinang, apa yang dilakukannya merupakan keputusan beliau sendiri.

"Saya juga dapat maklumat bahawa dalam mesyuarat exco, beliau seorang sahaja yang bercakap... orang lain tak boleh beri pandangan," katanya.

Selain itu Azhar turut menyelar Lim kerana Setiausaha Agung DAP itu sering menjadikan BN dan Umno sebagai 'kambing hitam' bagi menutupi kelemahannya.

"Apa yang lucunya ialah beliau sentiasa tuduh BN dan Umno sebagai dalang terhadap apa jua masalah yang wujud dalam pakatan mereka," katanya.

Dalam pada itu, Azhar juga mempersoalkan pendirian sebenar PAS kerana hingga sekarang masih berdiam diri walaupun menyedari wujudnya kepincangan dalam pentadbiran PR di negeri itu.

"Saya hairan mengapa PAS asyik nak ikut telunjuk beliau (Lim), tak macam PKR kerana mereka sudah mula bersuara dalam isu ini.

"Adakah PAS takut dan sengaja menjadi 'pak turut' dalam perkara ini," katanya.

Jumaat, Januari 29, 2010

Edisi PAS boneka DAP : Akhirnya Blogger PAS bangsat didakwa

4 Komen!!!
Wahai Aduka Taruna... apa yang ko dapat ko mempertahankan PAS? sekor muka pemimpin PAS pun tak nampak membela nasib kau!!!

Berakhirnya perjalanan Blogger bangsat PAS di muka pendakwaan kerana menghina Sultan Johor. Beliau mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Kerana mulut badan binasa..

Wahai Aduka Taruna... apa yang ko dapat ko mempertahankan PAS?

Apa yang Pakatan bela engkau setelah engkau berjuang untuk mereka?

Di mana muka mangkuk pemimpin PAS seorang pun tak de, masa ko dalam keadaan susah..?

.. beginilah berakhir nasib blogger PAS.. kau sibuk berjuang untuk mereka.... mereka sibuk habsikan masa berperang sesama sendiri..

PPtuiihhh.

Habis madu sepah dibuang...

Tindakan Disiplin : Hadi semakin kukuh

0 Komen!!!
Setelah lebih 6 bulan menunggu akhirnya lembaga Disiplin PAS telah membuat keputusan untuk menggantung Khalid Samad selama 6 bulan manakala Hassan Ali hanya diberikan amaran sahaja.

Semuanya angkara isu kerajaan perpaduan sehingga terdapat beberapa pemimpin PAS yang terlebih sudah...

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.(baca di sini)

Namun melihat kesan ini, pasti ramai yang tidak puas hati dengan keputusan ini.

Dikalangan ahli Pas atau Pakatan Rakyat lebih menyukai Khalid Bishop kerana kelantangan beliau menentang Hj hadi serta kumpulannaya termasuk Hassan Ali.

Selain belia merupakan pemimpin PAS yang sealiran dengan Islam Liberal ANUwar AL jUBURI.. yang selama ini telah merosakan umat IsLAM.

Hukuman yang ringan terhadap Hassan Ali pasti dilihat unsur Favourtisme Presiden PAS yang dilihat sekumpulan dengan presiden.

Nampaknya usaha pihak untuk menjatuhkan presiden tidak berjaya. Cengkaman hj Hadi dilihat semakin kuat.

Mungkin ada hikmahnya tindakan berdiam diri beliau.

Namun jika dilihat aspek yang lebih luas pastinya PAS akan dipandang serong oleh sahabat mereka dalam Pakatan. Kerana mereka lebih membenci Hassan Ali berbanding Khalid Bishop.....

Kongsi Link Anda