Popular Today

Khamis, Mei 06, 2010

MAFREL akui terima duit dari CIA!!!

1 Komen!!!
Ini adalah keratan berita mengenai pengakuan Mafrel [baca sini].

Mengulas mengenai dana yang diterima, Syed Ibrahim berkata, badan itu sanggup menerima risiko kehilangan sumber kewangan daripada penaja mereka sekiranya pihak terbabit tidak bersetuju dengan laporan yang bersifat telus dan adil yang dikeluarkan oleh Mafrel.

Syed Ibrahim berkata, pada pilihan raya umum ke-12 (PRU-12), Mac 2008 yang lalu Mafrel telah menerima dana sebanyak US$50,000 (RM170,000) bagi menampung kos kajian dan penyelidikan pada ketika itu.

"Seingat saya dana yang diberikan adalah daripada dua syarikat iaitu, Kedutaan Finland untuk PRU-12 dan International Republican Institute (IRI) di Amerika Syarikat untuk pilihan raya negeri di Sarawak.

"Dana itu khusus untuk tujuan latihan dan pemantauan sepanjang tempoh pilihan raya berlangsung. Bagi saya tak ada yang pelik dan ajaib dalam isu ini," katanya.

Syed Ibrahim berkata, pemberian dana itu diberikan bagi menampung kos untuk menjalankan kajian dan penyelidikan.

Oleh itu, Mafrel perlu menyiapkan laporan kepada pihak yang memberikan dana terbabit namun badan itu tidak menghadkan untuk berkongsi laporan itu dengan pihak-pihak lain.

"Kita tak tutup pintu kepada mana-mana ahli Umno, PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bersama-sama dengan Mafrel dan jadi sukarelawan.

"Tapi kalau jadi sukarelawan Mafrel mereka perlu mainkan peranan sebagai pemantau yang professional yang berwibawa dan bebas daripada fahaman politik," katanya.


Siapakah IRI.. lihat dibawah ini [rujuk sini]:

CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.

Namun pada tahun 1980-an, CIA menukar taktik dengan menaja sepenuhnya 'yayasan demokrasi' apabila Amerika Syarikat menubuhkan NED (National Endowment foe Democracy) pada tahun 1983. Klik di sini

Penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, turut mengesahkan NED adalah nama lain kepada CIA.

"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", Kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991.Klik di sini

NED mempunyai empat cabang penting iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity), di mana pengkhususan kepada pilihanraya di sesebuah negara terletak di bawah bidang kuasa IRI.


BAGAIMANA MAFREL BOLEH KATAKAN MEREKA BEBAS. SEDANGKAN MESTI IANYA TERLIBAT DENGAN KEPENTINGAN YANG MEMBERI DUITA TERSEBUT!!!


Pihak tertentu cuba sabotaj program ceramah Perdana Pemuda Kluang

4 Komen!!!
Nampaknya program Ceramah Isu Semasa ini mendapat reaksi yang panas dari masyarakat sekitar Kluang.

Program ceramah isu semasa ini yang akan diadakan pada 8 Mei 2010 di Kg Paya, Kluang jam 9.00 malam merupakan program julung kali diadakan di Parlimen Kluang.

Program ini akan menampilkan Sdr Mohamad Fairus Bin Khairudin, Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap bekas ADUN Penanti. Pastinya beliau banyak akan mengupas tentang usaha jahat Pakatan Rakyat apatah lagi bekaitan dengan pemerintahan Diktator ala komunis oleh Lim Guan Eng serta akan mendedahkan siapa sebenarnya Anwar sebagai agen Yahudi dan boneka DAP.

Namun yang amat mendukacitakan ialah dalam negara demokrasi ini terdapat pihak yang selalu melaungkan demokrasi telah cuba mensabotaj perjalanan program ini.

Banner yang tergantung di Lampu Isyarat Persimpangan Sekolah Kg Melayu, Kluang dan lampu Isyarat di berdekatan Kubur Islam Kg Melayu pada semalam telah didapati hilang.

Tidak mungkin banner boleh berjalan sendiri, tidak lain dan tidak bukan ini ialah perbuatan khianat dan sabotaj pihak tertentu yang mahu mengagalkan program ini kerana panas punggung dan bimbang program ini dilaksanakan.

Bagi pihak tersebut, siapa yang makan cili akan terasa pedas. Inikah cara pihak yang hendak menawan Johor, membuat perkara yang tidak bermoral!!!

Kepada semua ahli Pergerakan Pemuda Kluang diminta sabar dan berhati-hati serta mengelakkan segala provokasi yang cuba dibuat oleh pihak tertentu.

Pemuda Kluang pasti akan terus bertekad untuk menjayakan prgram ini walaupun terdapat seribu satu cabaran.

Rabu, Mei 05, 2010

RM 100,000 wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan Pulau Pinang?

0 Komen!!!
Kerana kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah maka keseluruhan program dibatalkan.

Itulah angkara pembazir duit rakyat, Lim Guan Eng yang membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah [rujuk sini].

Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu ”A Sincere contribution from the people PR Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas itu sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari ini.


Cuba bayangkan berapa wang rakyat yang dibazirkan tidak kurang dari RM 100,000 wang rakyat!!!

Cuba lihat pada kos cetakan 30,000 risalah sekurang-kurangnya lebih RM 60k, apatah lagi kalau risalah yang berwarna itu tidak termasuk banner dan bunting. Bagaimana pula dengan persiapan program, sewaan itu dan ini, makan minum, elaun dan lain-lain lagi.. tidakkah ianya melebihi RM 100K telah dibazirkan.. itu tidak termasuk gimik perasmian, cenderahati dan lain-lain lagi..

Ini akibat bagi projek pada kroni, berapa banyak yang kroni Lim Guan Eng meratah wang rakyat dan masukkan ke dalam poket mereka!!!

Yang hendak dibagi hanya RM 100/ setahun kepada warga emas tetapi yang dibazir wang rakyat sebanyak RM 100K.. mudahnya kerajaan Pakatan membazir wang rakyat!!!

Kroni dibayar lebih, warga emas hanya digula-gulakan!!! malang nasib warga emas..

Sabtu, Mei 01, 2010

Penghapusan sejarah Tanah Melayu bermula di Selangor

1 Komen!!!

Kerajaan PKR negeri Selangor hari ini bersetuju menukarkan nama jalan Barat kepada jalan V David, namun disebabkan desakan rakyat maka kerajaan Selangor terpaksa beralah.

Hakikatnya penukaran ini merupakan Agenda Cauvanis DAP, dimana Khalid gagap dan PKR hanyalah tidak lebih sebagai lembu yang dicucuk hidung.

Siapakah V David? [rujuk sini]

David dilabelkan sebagai seorang yang tidak layak diberi penghormatan seumpama itu kerana dia dikatakan pernah menimbulkan pelbagai kontroversi ketika menjadi pemimpin salah sebuah parti DAP.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Damansara pada tahun 1978 dan Puchong untuk dua penggal berturut-turut pada tahun 1986 dan 1990.

David juga dikatakan pernah ditahan di bawah Ordinan Darurat pada tahun 1958, selain pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1964, 1969 dan 1987.

Khalid akan menamakan Jalan V. David sempena memperingati pejuang hak pekerja pada tahun 70-an itu di satu jalan lain... Kalau nak peringati pejuang hak pekerja adakah David seorang, sedangkan ada ramai lagi yang sesuai..

Ini bukan mengenai hak perkerja, tetapi lebih kepada politik pembangkang yang mahu menonjolkan nama pemimpin DAP atau Pakatan Rakyat.

Jangan lupa nama ini.. DAP.. inilah selama-lamanya musuh Melayu dan Islam termasuklah mereka yang menyokong mereka..

Selagi mereka berada dinegara ini.. Melayu dan Islam tidak selamat dan akan terancam!!!

Tujuannya mudah supaya rakyat terus memperingati perjuangan Pembangkang khasnya DAP yang anti Melayu dan Islam.. dan seterusnya perjuangan ini dipupuk dan disuburkan oleh DAP..

Ini yang dinamakan sejarah Tanah Melayu akan ditukar sikit demi sedikit.. mereka yang betul-betul perjuangkan kemerdekaan akan buang namanya... nama orang lain yang akan diletakkan apatah lagi mereka ini mempunyai pemikiran yang anti Melayu dan Perlembagaan negara sebagaimana yang berlaku di Singapura..

Perkara ini adalah sangat terang lagi bersuluh... adakah bangsa Melayu terlupa perkara ini.. sedangkan tujuan untuk memerdekakan negara ini adalah untuk orang Melayu menjadi maju, jangan dipijak di negara sendiri.. keluar dari kepompong kemiskinan dan mendapat pendidikan sewajarnya dan akhir sekali mestilah untuk menjadi tuan di negara ini..

Kini semua itu akan dihapuskan oleh Pakatan Pembangkang...

Melayu bersedialah dihapuskan oleh Pakatan Rakyat... Melayu akan mati tidak berkubur!!

Jumaat, April 30, 2010

Isu Setinggan 8 Perkampungan di Johor Bahru : Kerajaan Johor tawarkan rumah pangsa

0 Komen!!!
isu ini banyak ditimbulkan dalam ceramah Pakatan rakyat yang mendakwa kerajaan negeri tidak membela nasib penduduk Melayu dan sebagainya.

Namun tuduhan ini melesat bahkan hanya berniat jahat semat-mata, Kerajaan negeri Johor telah mengambil tindakan untuk membantu penduduk setinggan tersebut. [Rujuk sini]

Berikut adalah beirta penuh yang dikeluarkan :

Penduduk di Lapan buah perkampungan setinggan di pinggiran Sungai Tebrau di sini akan ditawarkan rumah pangsa mampu milik yang dilengkapi dengan kemudahan lebih selesa di bawah program penempatan semula setinggan.

Menteri Besar Johor, Dato’ Abdul Ghani Othman menyampaikan Sijil Kelayakan Memilik Rumah kepada ketua-ketua masyarakat lapan kampung yang terlibat di rumah contoh projek, bersebelahan PPR Sri Stulang bersempena lawatan beliau ke kawasan Parlimen Johor Bahru, hari ini.
Program RM303 juta ini merupakan antara yang terbesar di Johor buat masa ini. Ia bakal memperbaiki tahap sosio-ekonomi penduduk di sepanjang Sungai Tebrau yang sekian lama menghuni kawasan tersebut dalam keadaan kurang selesa dan tidak tersusun.

Perpindahan menyeluruh ini juga akan memberi laluan kepada Projek Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) yang akan melalui kawasan perkampungan terlibat. Kerja-kerja pembinaan lebuhraya kini sedang rancak dijalankan dan dijangka akan siap menjelang penghujung tahun 2011.

Di bawah program penempatan semula ini, Kerajaan akan membina 10 blok rumah pangsa setinggi 11 tingkat lengkap dengan kemudahan awam dalam lingkungan 5 km dari penempatan asal mereka yang terlibat.

Rumah pangsa ini akan dibina oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (syarikat pelaburan kerajaan negeri) dengan Tebrau Teguh Berhad yang dilantik sebagai pemaju bersama dan kontraktor utama projek.

Kumpulan pertama penduduk dijangka akan berpindah ke rumah baru mereka pada awal tahun 2012.

Pembahagian unit-unit rumah pangsa ini berdasarkan kepada 2 katogeri utama.

Kategori pertama terdiri daripada 1,360 keluarga yang sebelum ini memiliki Lesen Pendudukan Sementara (TOL). Mereka layak membeli rumah yang bersaiz agak besar dengan subsidi lumayan pada harga RM35,000.00 seunit.

Harga pasaran bagi unit-unit ini melebihi RM80,000.00 seunit, berkeluasan lantai 850 kaki persegi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

Mereka yang dikenalpasti untuk kategori ini ialah dari Kg. Belantik, Kg. Desa Jaya, Kg. Desa Makmur, Kg. Desa Melayu, Kg, Tengah, Kg. Datuk Hajjah Hasnah, Kg. Tok Siak dan Kg. Bakar Batu.

Kerja-kerja pembinaan rumah-rumah pangsa ini sedang dilaksanakan di empat plot berbeza di persekitaran Kg. Bakar Batu, Kem Majidee, Kg. Tok Siak dan PPR Sri Stulang.

Bagi mengekalkan keakraban sesama keluarga, kerajaan akan cuba menempatkan mereka ini di plot dan blok yang sama mengikut kampung asal masing-masing.

Sejumlah 1,360 keluarga lain pula turut ditawarkan unit-unit di tingkat 6 hingga 10 di setiap blok yang berkeluasan 750 kaki persegi dengan harga jualan RM50,000.00 seunit.

Perbincangan sedang dijalankan dengan bank-bank komersil bagi merangka satu skim pinjaman perumahan yang khusus dalam usaha memastikan ke semua 2,720 buah keluarga ini mampu memiliki rumah berkenaan.

Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan sebuah “Dana Khas Penyelenggaraan Bangunan” sebanyak RM1 juta bagi setiap blok untuk membantu membiayai kos penyelenggaraan. Ianya juga bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan sempurna.

Dana hasil dari unit-unit yang dijual pula akan digunakan bagi menampung kos penyelenggaraan kemudahan am seperti lif, surau, taman permainan, tadika, dewan orang ramai, kedai-kedai runcit, kedai-kedai makanan dan juga landskap.

MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB), syarikat yang melaksanakan projek EDL, juga telah menyediakan RM10 juta sebagai bantuan kepada 424 buah keluarga yang menduduki tanah di atas laluan EDL.

Mereka akan menerima subsidi sewa sebanyak RM13,680 atau bersamaan dengan RM380 sebulan bagi tempoh tiga tahun, juga kos semasa berpindah sejumlah RM2,000.

Keluarga ini akan ditempatkan di Perumahan Rakyat Desa Mutiara di Kempas, kira-kira 8 km dari rumah asal mereka, sementara menunggu perumahan tetap di Kem Majidee siap sepenuhnya.

Program pemindahan setinggan ini dilaksanakan hasil usaha Kerajaan Negeri Johor di bawah skim yang disediakan oleh Kerajaan Pusat bagi pembersihan 3 buah sungai iaitu Sungai Tebrau, Sungai Skudai dan Sungai Segget.

Rabu, April 28, 2010

Nizar si Komunis Biadap!!!

1 Komen!!!


Saksikanlah kebiadapan anak komunis ini.. Boneka DAP..

Inilah muka sebenar yang memainkan sentimen perkauman.. sekarang siapa yang perkauman?

Pakatan Rakyat yang perkauman memainkan sentimen Cina untuk membenci Melayu..

Inilah wajah pengkhianat Melayu yang patut dihapuskan dari bumi Malaysia.. Tanah tumpah darah bangsa Melayu!!!

Selasa, April 27, 2010

Belum lagi berkuasa, PAS sudah pertikai kuasa Sultan!!!

10 Komen!!!

Gila kuasa, biadap dan kurang ajar.. itu;ah perkataan paling sesuai untuk diberikan kepada seorang ADUN PAS yang mempertikaikan kuasa Sultan.

Perbuatan itu dapat dilihat apabila Mohd. Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) mengemukakan dua soalan bertulis kepada Dewan iaitu [baca sini]:

# Sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh Kerajaan Pusat?

# Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan Kerajaan Negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam?

Namun ditarik balik kemuddian oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail dan mengakui beliau mungkin terlepas pandang selepas menerima bantahan pembangkang.

Banyak persoalan yang timbul dengan kejadian ini.. pertama sekali ialah mengenai pihak kerajaan Negeri Kedah..

Soalan pertama.. Pemimpin negeri Kedah makan gaji buta ke? speaker terlepas pandang.. apatah lagi MB Kedah lagi jenis sengal yang tak ambil kisah langsung.. cuma tunggu duit gaji MB bulanan semata-mata.

Soalan Kedua.. Bagaimana soalan seperti ini boleh timbul dari seorang ADUn yang menunjukkan kedangkalan otak mereka terhadap perlembagaan dan sejarah Negeri.. inilah akibat terlalu banyak baca haprakah, Malaysiakini dan MalaysianInsider yang merosak urat kepada otak mereka... sehingga menjadi bengong.. macam terminum 'holy water'..

Beberapa hari sebelum ini, Tok Guru Am mereka pertikaikan kuasa Sultan Selangor yang melarang politik di masjid...

Jadi betullah kata pepatah Melayu.. Bapa kencing berdiri, anak kencing berlari... atau pun lari-lari anak..Bila kepimpinan sendiri tidak menunjukkan atuladan baik.. bagaimana anak buah nak ikut tauladan..

Ini berlaku sebelum mereka dapat kuasa untuk memerintah negara lagi...

Jika mereka memrintah negara, Sultan akan lingkup, Melayu akan lingkup dan islam Pun akan lingkup!!!

Ahad, April 25, 2010

Boleh tidur lenyak malam ni

0 Komen!!!
Nampaknya wajah kepuasan semua terpancar dari wajah pemimpin BN..

PKR tidak kebal lagi.. Parti boneka DAP boleh dikalahkan.. walaupun dingeri yang mereka perintah kubu mereka boleh ditembusi..
Semangat kepada semua jentera BN sedang menbara..

Namun, apa-apa hal.. BN boleh berehat sekejap.. tidur lena malam ini..

Selamat malam semua!!!

Esok tugas lebih besar menanti kita..

Kongsi Link Anda