Rabu, Mei 05, 2010

RM 100,000 wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan Pulau Pinang?

Kerana kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah maka keseluruhan program dibatalkan.

Itulah angkara pembazir duit rakyat, Lim Guan Eng yang membatalkan majlis pelancaran 30,000 risalah dan sepanduk bagi penyebaran program penghargaan warga emas berikutan berlaku kesilapan ejaan di bahagian muka hadapan risalah [rujuk sini].

Arahan pembatalan itu dikeluarkan serta-merta oleh Guan Eng selepas ditegur beberapa wartawan yang menyedari kesilapan berkenaan, antaranya ejaan ”kearaajaan” (sepatutnya dieja kerajaan) dan penghinaaan (penghinaan).

Selain itu terdapat juga kesilapan tatabahasa dalam risalah berbahasa Inggeris iaitu ”A Sincere contribution from the people PR Goverment” (sepatutnya People ditulis People's).

Pelancaran risalah dan sepanduk untuk menyebarkan Program Penghargaan Warga Emas itu sepatutnya diadakan di bilik mesyuarat bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada jam 12.30 tengah hari ini.


Cuba bayangkan berapa wang rakyat yang dibazirkan tidak kurang dari RM 100,000 wang rakyat!!!

Cuba lihat pada kos cetakan 30,000 risalah sekurang-kurangnya lebih RM 60k, apatah lagi kalau risalah yang berwarna itu tidak termasuk banner dan bunting. Bagaimana pula dengan persiapan program, sewaan itu dan ini, makan minum, elaun dan lain-lain lagi.. tidakkah ianya melebihi RM 100K telah dibazirkan.. itu tidak termasuk gimik perasmian, cenderahati dan lain-lain lagi..

Ini akibat bagi projek pada kroni, berapa banyak yang kroni Lim Guan Eng meratah wang rakyat dan masukkan ke dalam poket mereka!!!

Yang hendak dibagi hanya RM 100/ setahun kepada warga emas tetapi yang dibazir wang rakyat sebanyak RM 100K.. mudahnya kerajaan Pakatan membazir wang rakyat!!!

Kroni dibayar lebih, warga emas hanya digula-gulakan!!! malang nasib warga emas..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda