Popular Today

Isnin, Mac 30, 2009

PKR Jerai dibubar - hilang kepercayaan kepada Anwar!

PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.

Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.

Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana
mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.

Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.

Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.

Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.

Nampaknya sedikit demi sedikit semakin nampak keretakan dalam PKR. Pemimpin PKR mula gilakan kuasa dan kecewa bila tidak diberikan kuasa....

2 ulasan:

bungaraya berkata...

Saya ingin menasihatkan orang-orang India. bahawa tak guna anda semua berjuang dengan cara kasar dan agresif. Hindraft sebagai satu contoh cara dan kaedah yang tidak baik dan salah dalam memperjuangkan kaum anda. Saya menyarankan sebagai kaum minoriti, seeloknya berbaik-baik dwengan bangsa melayu dan berjuang secara bersatu dengan kaum majoriti. Sampai bilapun cita-cita [perjuangan kaum anda tidak akan tercapai dengan menggunakan parang dan pisau. Gunakan akal dan gunakan kebijaksanaan. Berbincang dan bermusyarah adalah jalan terbaik. Dan semua ini akan berhasil hanya dengan bersatu dengan Barisan Nasional. Peluang untuk meninggikan siasah dan taraf kehidupan kaum India dan mintoriti yang lain hanya akan terbela didalam Barisan Nasional. Apa pkr BOLEH BUAT?

Z-MAY berkata...

semoga ramai lagi akan sedar dan insaf...

Kongsi Link Anda