Popular Today

Selasa, April 28, 2009

ISU HANGAT!

KOTA BHARU 27 April – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia untuk menerima kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden parti itu dengan syarat Barisan Nasional (BN) memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata dalam blog anaknya, Nik Abduh: ‘‘Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan-jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya.

‘‘Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran misalnya. Kita nak jadi Perdana Menteri, mesti mereka tidak terima. Jadi, kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.’’

Nik Abduh menjelaskan jawapan tersebut diungkapkan oleh bapanya ketika beliau membangkitkan soal penerimaan kerajaan BN dan pakatan pembangkang yang disifatkan kedua-duanya bukan daripada jenis negara Islam - ketika mereka berdua sedang berbual.

Bagaimanapun, Nik Abduh ketika dihubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tulisannya itu memberitahu, beliau akan hanya menjelaskan semuanya dalam blog tersebut pada masa akan datang.

Dalam blognya itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan menyifatkan, pembantu-pembantu ayahnya memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.

“Justeru, fahami ini bahawa Unity Government yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu-pembantu ayahanda yang ‘berpakaian’ serba tahu. Mereka seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahanda saya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mereka menyangka, mereka telah melakukan kebaikan, sedangkan telah sesat segala usaha mereka di sisi Tuhan. Semoga Allah membalas mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!” katanya.

Katanya lagi, ia terbukti apabila bapanya berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu muzakarah dan kerajaan perpaduan selepas mengadakan pertemuan dengan Abdul Hadi dan 10 ulama Pas.

Menurutnya, sesetengah pembantu bapanya berasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempatkan diri mereka.

‘‘Bagaimana mereka akan memperolehnya, sedang mereka hanya belajar agama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah-istilah agama yang dihafal, bukan difaqihi?

“Modus operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama Pas di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya.

“Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana ‘keruh’ dan ‘panas’ dengan Abdul Hadi.

‘‘Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, ia juga merupakan salah satu usaha para pembantu terbabit untuk mendapatkan restu bagi calon mereka untuk menghadapi pemilihan parti Jun nanti.

“Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar Pas nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

“Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan! Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keengganannya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli-ahli Pas di dalam kebebasan memilih,” katanya.

2 ulasan:

noi/moi berkata...

Kerajaan Perpaduan .. Satu Perangkap UMNO
UMNO Cuba pujuk PAS tubuhkan Kerajaan Perpaduan di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Strategi licik adalah dari kitab perang kuno China, ART OF WAR "IF YOU CANT BEAT THEM, JOIN THEM AND BEAT THEM"

Ini adalah strategi licik Mahathir untuk melihat Pakatan Rakyat runtuh!!!!


situasi sekarang seolah-olah mengulangi senario 1969 apabila Perikatan (kini Barisan Nasional) tewas di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.


Umno cuba memainkan isu perkauman sempit yang digunakan dahulu sehingga PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dan akhirnya membentuk Barisan Nasional (BN).

"Stretegi sama mula dimain Umno kini, pemimpin mereka cuba mendekati PAS dengan memainan sentimen Melayu kononya demi survivasl bangsa, agama dan sebagainya.

"Buat apa bersatu di bawah Umno yang bakal dilupuskan, sepatutnya orang Umnolah yang menyertai PAS, bersatu di dalam PAS,"


Pengalaman (1969) membukti Umno hanya memerlukan PAS semasa parti mereka sedang 'nazak' apabila Umno kukuh, PAS ditendang keluar daripada BN atas alasan cuba mengembangkan pengaruhnya di Johor.

"Umno perlukan kawan semasa susah, apabila kuat mereka lupa kawan dan tendang PAS keluar dari BN pada tahun 1978,

Dikisahkah kampung-kampung, pemimpin Umno merupakan hero, merekalah yang mensabotaj dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya menyahkan orang PAS daripada mendapat subsidi baja serta bantuan kerajaan lainnya.

Malah, imam-imam yang disyaki menyokong PAS turut dibuang malah tiada ahli PAS dicalonkan untuk menduduki Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya.

PAS...Belajarlah dari sejarah. Hanya orang bodoh akan masuk lubang ular 3 kali!!!

Sekarang, isu Kerajaan Perpaduan boleh membuat perpecahan teruk dalam PAS, kerana ANAK Tok Guru, Nik Abduh sendiri semacam tertipu dengan agenda licik UMNO/BN ini sehingga sanggup mengeluarkan keyataan yang menuduh pembantu Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai punca agenda Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/BN terbengkalai.

Isu Kerajaan Perpaduan dilihat telah menjerat leher Presiden PAS.

Untuk apakah menolong musuh menikam kita di saat musuh sedang nazak??? INIKAN NAMANYA BAHALOL!!!!

Akhirkata " UMNO WAJAR DIHAPUSKAN BUKAN DITOLONG"

KHAIRUL NAZRI berkata...

Salam,

1. Secara peribadi saya berpendapat sekiranya Nik Aziz jujur, beliau tidak perlu meletakkan s ebrang syarat untuk bergabung.

2. Sebagai ulama tersohor (katanya) beliau lebih mengetahui bahawa setiap perkara yang terjadi itu merupakan ketentuan dan izin Allah SWT.

3. Insyaallah beliau akan mendapat apa yang dipinta dan dihajati selagi beliau jujur dan ihklas terhadap rakyat.

4. Sekiranya berlaku disebaliknya, usahlah mengeruhkan apa yang sudah keruh. Usahlah mempersalahkan orang lain diatas kesilapan diri sendiri dan jangan menghalang usaha murni orang lain semata-mata kita tidak mendapat secebis daripadanya.

Kongsi Link Anda