Popular Today

Khamis, Julai 16, 2009

Hak Kebebasan bersuara dihalang di Dewan Negeri - Khir jelajah S'gor jelas isu penggantungan

Kebatilan pasti kalah... kebenaran akan teserlah... Pembangkang tidak boleh menggunakan taktik bacul untuk menghalang kebenaran menjelma..

Ketua pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo akan menjelajah ke seluruh negeri itu bagi menjelaskan kepada semua 22 bahagian Umno berhubung penggantungannya daripada menghadiri sidang DUN selama setahun, berkuatkuasa semalam.

Penjelajahan tersebut akan bermula malam esok di bahagian Hulu Langat, kata bekas menteri besar Selangor itu.

"Saya akan ke bahagian-bahagian di Selangor untuk menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga tidak bersih dan takut di tegur oleh BN. "Saya harap rakyat akan dapat terima penjelasan saya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya penggantungannya itu bertujuan untuk "menutup mulutnya", maka ia adalah satu kesilapan. "Saya akan menjalankan tanggungjawab saya," katanya. Dalam majlis di Hulu Langat malam esok, Khir berkata beliau akan mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat di Selangor menunaikan janji-janji kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda