Popular Today

Selasa, November 24, 2009

Banjir semakin buruk dan politik kelantan semakin huru hara

Semalam Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat arahkan menantunya, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Ianya berikutan Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menasihatkan Nik Aziz supaya mengarahkan Ariffahmi meletak jawatan bagi menjaga nama baik parti.

Bekas Pengarah Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga penulis blog Kickdefella berharap peletakan jawatan Ariffahmi akan mengembalikan hak rakyat.

Laporan berita hari ni pula, Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang dilihat "keletihan" dalam mengharungi politik dalaman PAS negeri itu, menjadi punca tercetusnya spekulasi beliau mahu meletak jawatan dalam parti dan kerajaan, kata seorang pemimpin PAS negeri itu.

"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut," kata anggota jawatankuasa PAS negeri yang enggan dikenali.

Manakala perkembangan Keadaan banjir di Pantai Timur terutamanya Kelantan semakin buruk dengan cuaca gelap dan hujan renyai-renyai di negeri itu menyebabkan mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 3,787 orang berbanding 3,303 orang semalam.

Macam-macam berlaku di Kelantan... dari serambi menjadi menjadi serambi RASUAH dan kini jadi pula serambi MASALAH....

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda