Popular Today

Selasa, Februari 09, 2010

Zulkifli Nordin bidas DAP

DAP ialah punca kepada semua masalah negeri Pakatan Rakyat!

Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin Isnin malam memecahkan tembelang DAP apabila menyatakan perlbagai masalah yang timbul di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang adalah berpunca daripada parti berkenaan. [rujuk sini]

Punca memberitahu kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak berpunca daripada sikap DAP yang merugikan orang Melayu dan Islam.

Kes kejatuhan kerajaan Pakatan Perak

1. Dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam. “Jika hendak dikatakan mereka tidak membangkitkan perkara ini dalam pertemuan tertutup, mereka telah berbuat demikian. Malah saya sendiri pernah hadir dalam pertemuan di mana mereka telah melahirkan rasa tidak puashati terhadap cara DAP di Perak. Namun tiada tindakan. Akhirnya mereka buat keputusan sendiri,” katanya.

Namun berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin, baik Jamaluddin, Osman mahupun ADUN DAP kawasan Jelapang, Hee Yit Foong meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP sendiri.

Kes pergolakan Pakatan di Pulau Pinang

2. Mengenai perkembangan di Pulau Pinang secara tegas menyatakan, pergolakan dalam pakatan pembangkang di negeri itu berpunca apabila DAP mula menunjukkan ‘belang’ mereka yang sebenarnya.

Ketua Lim Guan Eng disifatkan oleh beliau hanya tahu mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri yang lalu tetapi pada masa yang sama tidak berbuat apa-apa.

Beliau turut mendedahkan, ‘penyingkiran’ bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang lalu, Fairus Khairuddin daripada kerusi berkenaan adalah berpunca daripada Guan Eng melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan.

Memperkukuhkan lagi hujahnya, Zulkifli turut memberikan contoh bagaimana DAP menjadi punca kepada permasalahan yang melanda negeri-negeri pakatan pembangkang.

Kes pergolakan Pakatan di Selangor

3. Di Selangor katanya, seorang Exco dari DAP jelas mencampuri urusan pihak berkuasa tempatan dengan merujuk isu rampasan minuman keras oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Contoh yang diberikannya itu jelas merujuk kepada Ronnie Liu.

Dakwaan selama ini yang menuduh UMNO terlibat dalam kes pergolakan Pakatan Rakyat adalah tidak betul sama sekali. Jelas bahawa punca adalah dari DAP yang menyebabkan Pakatan bermasalah kerana ego dan tindakan biaDAP DAP.

Dari apa yng berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor kita melihat peranan yang dimainkan oleh DAP jahanam. APa yang berlaku kini jelas kerana agenda Cauvanis dan Diktator DAP.

Inilah perkara yang dijelaskan oleh Zulkifli Nordin, beliau melihat apa yang berlaku dalam Pakatan.. jadi apakah umat Islam dan bangsa Melayu boleh berkompromi lagi terhadap PKR dan PAS dalam Pakatan untuk menjadi anjing DAP.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda