Popular Today

Selasa, Mac 23, 2010

News : Hanya 180 rakyat tempatan mohon kerja sebagai pembantu restoran

KUALA LUMPUR 22 Mac - Hanya 180 rakyat tempatan membuat permohonan untuk mengisi 25,000 kekosongan jawatan sebagai pembantu restoran yang ditawarkan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Timbalan Presiden Presma Kadhar Shah Abdul Razak berkata daripada permohonan itu, 40 warga tempatan telah diterima bekerja dan bilangan itu amat kecil berbanding jumlah sebenar yang diperlukan oleh 7,000 restoran di bawah naungan persatuan itu.

Beliau berkata Presma sememangnya berharap kesemua 25,000 jawatan yang ditawarkan dapat diisi rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing selaras dengan dasar kerajaan.

"Kita sudah gantung banner di semua rangkaian restoran ahli kita seluruh negara, mereka boleh datang terus untuk temuduga di restoran cawangan, tidak perlu datang ke Kuala Lumpur dan sebagainya.

"Mereka tidak perlu fikir tentang kemudahan untuk pergi temuduga, datang sahaja ke cawangan restoran dan isi borang, tapi sekarang sambutan tidak sampai satu peratus pun,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pemuda UMNO, Presma dan Reach Org Sdn Bhd bagi mengatasi masalah golongan merempat di bandar di sini hari ini. - Bernama

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda