Popular Today

Isnin, Oktober 11, 2010

Bila KDN nak siasat tentang Hindraf BiaDAP



Tuanku Sulan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dah kurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)... kemarahan rakyat Johor terhadap Hindraf juga telah ditunjukkan dalam demonstrasi baru-baru ni..

Soalannya bila KDN nak ambil tindakan... kalau tak faham-faham lagi tak taulah... kereta dah diberi.. motor pun dah diberi... mana ada Sultan lain buat macam Sultan Johor..

Kepada Hishamudin kalau lembik sangat letak jawatan sahajalah sebagai menteri...



*****************

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari Isnin berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar bernilai RM5.5 juta kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenderaan yang terdiri daripada dua kereta Proton Perdana, sembilan kereta keluaran Australia, Holden, selain lapan motosikal Harley Davidson itu dikurniakan baginda untuk kegunaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kurniaan itu secara tidak langsung membantu ke arah kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata di seluruh negara, khususnya penduduk Johor.

Beliau berkata kenderaan itu juga akan digunakan oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring Sultan Ibrahim dan seluruh keluarga Diraja Johor.

"Tuanku begitu prihatin terhadap soal keselamatan dan ketenteraman awam, khususnya kepada seluruh rakyat negeri Johor. Tuanku mempunyai keluhuran budi pekerti dan begitu dermawan," katanya semasa berucap di Majlis Derma Kurnia Motosikal dan Motokar kepada PDRM di Bukit Aman di sini.

Ismail berkata kelengkapan logistik yang efisien dan berkeupayaan tinggi antara faktor penyumbang ke arah usaha PDRM dan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Katanya dengan penerimaan kenderaan-kenderaan itu, warga PDRM khususnya yang berkhidmat di negeri Johor akan dapat meningkatkan prestasi kerja serta lebih bersemangat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Turut hadir dalam majlis itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


-- BERNAMA

3 ulasan:

ISAC berkata...

Salam bro, Sultan2 Johor yang terdahulupun memang mcm tu...

Kalau perasan zaman Almarhum Sultan Mahmud Iskandar, kereta pengiring diapun kereta volvo merah/putih kalau X silap.

Zaman Almarhum Sultan Abu Bakar lagi best... Sebelum perang dunia ke dua tercetus, Almarhum hadiahkan 2 skuadren kapalterbang pejuang kepada tentera British untuk jaga Tanah Melayu. Malangnya bila perang tercetus, pesawat2 pejuang tersebut di bawa ke tempat lain. Hasilnya Tanah Melayu di tawan dengan begitu pantas oleh Jepun tanpa perlindungan udara...

Aspirasi berkata...

Tradisi bro.. sejarah gemilang Kesultanan Melayu Johor

YANG GAMBI berkata...

Ada orang kata Menteri KDN hanya berkuasa setakat 'amaran' je.... atau 'Menteri Amaran'.... sebab itulah sampai sekarang semaikn ramai sudah berani menentang Perlembagaan Negara...

Kongsi Link Anda