Popular Today

Selasa, November 02, 2010

PAS semakin meroyan : PAS mula soal sendiri dan jawab sendiri

Menjelang 2 hari lagi tarikh pengundian Pilihanraya Kecil Galas menunjukkan simptom-simptom PAS dilanda penyakit meroyan..

Mana taknya.. PAS dah mula cakap seorang diri, sendiri soal dan sendiri jawap...

Kita ingat tentang tuduhan Penasihat jentera Pilihanraya Kecil PAS kepada Ku Li sebagai pengkhianat orang Asli kerana apabila beliau bersama 46 masuk UMNO kembali, beliau dituduh melarikan fail-fail mengandungi permohonan tanah golongan itu semasa membawa Semangat 46 keluar dari Angkatan Perpaduan Umah dan menyertai Umno.

Siapa yang tuduh ni... PAS lah jawapannya.. dengan kata lain, kerajaan PAS Kelantan gagal menyelesaikan masalah orang Asli kerana fail-fail hilang..

Hari ni pula PAS juga yang menafikan yang fail-fail tu hilang...
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob menjelaskan bahawa kerajaan negeri tidak menghadapi masalah untuk menyelesaikan isu hak milik tanah khususnya membabitkan Orang Asli.

Sebaliknya, kata beliau, dakwaan ketiadaan fail atau dokumen berkaitan Orang Asli sehingga menyukarkan kerajaan negeri menyelesaikan isu berkenaan adalah tidak benar.

"Kita tak ada masalah seperti itu, tak timbul masalah yang mengatakan kita tak ada fail-fail yang berkaitan.

"Kerajaan negeri boleh dan sedang teruskan prosesnya (pemberian tanah), ia cuma ambil masa kerana perlu lalui proses tertentu," katanya
Cuma nak tau kebenarannya sahaja.. sekarang ni dah terbukti siapa yang berbohong sebenarnya... siapa yang menipu rakyat Kelantan..

Sebab tu, kenyataan Ku Li sangat tepat, nama parti Islam tapi pembohong... memanglah tepat sekali..

PAS semakin meroyan menjelang PRK Galas ni..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda