Popular Today

Selasa, November 02, 2010

PAS semakin terdesak : PAS buat flyers palsu biodata calon BN

Aku terkejut bila tengok flyer yang dikatakan ditaja oleh UMNO Cawangan Taman Wangi dan Lepan Tupai, Gua Musang. Dalam flyers tu calon BN dituils mempunyai kelulusan Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun 1988! Padahal semua orang tahu calon BN hanya ada SPM saja.

Betul ni, korang tengok foto dibawah ni:-






Bila aku siasat dan dapat maklumat dari Gua Musang, rupa-rupanya tak ada satu punjentera pilihanraya UMNO/BN Galas yang buat flyers tu!

Lagi pun, buat apa la UMNO cawangan Taman Wangi dan Lepan Tupai bersusah-payah buat flyers untuk promo iklankan pulak calon PAS? Betul tak? Tak masuk akal langsung!

Ooo....ini kes tipu rupanya. Kalau UMNO confirm tak buat, siapa punya kerja ni ? Siapa yang tipu?

Korang baca komen blog Media Permatang Pauh di bawah ni:-


Apa yang saya dapat simpulkan disini, penghasilan flyers ini telah mendedahkan kedungguan serta tahap kerendahan pemikiran jentera gerak saraf PAS termasuklah bloggers mereka sekali.


Jika menurut flyers tersebut, calon UMNO/BN Abdul Aziz Yusof telah tamat pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda pengajian perniagaan pada tahun 1988 dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah.

Betulkah begitu kerana apa yang saya tahu, UUM telah ditubuhkan pada tahun 1986?



Dua tahun sebelum itu, UUM hanya dikenali sebagai Sekolah Pengurusan Perniagaan (Bussiness Management School). Takkan pengajian bagi peringkat Ijazah hanya mengambil masa 2 tahun sahaja?


Lagi satu, mengikut rekod di KESEDAR, Abdul Aziz Yusof sudah berkhidmat selama 30 tahun di situ bermula dari beliau berumur 19 tahun. Tiada rekod pun samaada beliau mengambil cuti melanjutkan pelajaran ataupun cuti bagi meneruskan pengajian.

Ini membuktikan bahawa flyers yang dihasilkan oleh jentera gerak saraf PAS dan dihebohkan oleh bloggers mereka sebenarnya bertujuan untuk memalukan calon UMNO/BN.
Alahai... terdesak sampai macam tu sekali ya. Dah kalut sangat tu takut calon PAS kalah.

Tapi kalau bandingkan di pilihanraya-pilihanraya yang lepas, flyers di Galas ni tektik black op paling sewel oleh jentera saraf parti PAS setakat ni.



Sumber : MIM

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda