Popular Today

Selasa, Disember 14, 2010

Muzium 13 Mei akan dibina?

Apa pendapat anda tentang cadangan ni..

Rasanya ada baiknya juga.. Ianya boleh menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia mengenai betapa buruknya akibat jika ada pihak yang melampau sehingga membelakangkan Perlembagaan.

Idea ini cadangan Ibrahim Ali.. Siapa?.. Ibrahim ali la aka Presiden Perkasa. Beliau berkata ianya perlu menjadi pengajaran.

"People have to know who really started May 13, who burned the Malaysian flag on May 10, who held huge processions in KL (that lead to the riots). This, we must tell the younger generations,"

Tambah Ibrahim, muzium ini patut dilihat dari aspek positif seperti muzium Holocaust di Jerman.. Bukan itu sahaja.. Sedangkan Hitler yang jahat pun boleh dijadikan bahan Muzium.

Hakikat 13 Mei merupakan sejarah yang dilupakan.. Ramai sengaja mahu melupakannya..

Kenapa agaknya.. Sedangkan punca berlakunya 13 Mei tidak jauh daripada sekarang yang cuba menggangu gugat Perlembagaan..

Lihat sahajalah pihak tertentu yang sengaja memainkan sentimen perkauman seperti menghapuskan hak Melayu dan sebagainya..

Sampai masanya kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini kerana ada pihak pembangkang yang semakin melampau membelakangkan Perlembagaan negara.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda