Popular Today

Ahad, April 13, 2014

Beruang baham kepala lelaki pura-pura pengsan


  • Tindakan seorang lelaki berpura-pura pengsan selepas kepalanya dibaham seekor beruang, membolehkannya menyelamatkan diri daripada haiwan itu walaupun cedera parah.

    Tindakan seorang lelaki berpura-pura pengsan selepas kepalanya dibaham seekor beruang, membolehkannya menyelamatkan diri daripada haiwan itu walaupun cedera parah.

    Mohd Sulaiman Jusof, 58, berkata beliau terserempak dengan dua ekor beruang bersama seekor anak beruang sedang mengorek tanah ketika mencari buah kerdas di hutan Bukit Hitam, Felda Tenang, Hulu Besut kira-kira 10 pagi semalam.
      
    "Saya tidak mengendahkan kehadiran beruang itu, namun seekor daripadanya terus menerkam sehingga menyebabkan saya jatuh.

    "Ketika itu, tiada apa yang saya ingat...hanya mati, kerana beruang itu menggigit kepala saya. Saya kemudian berpura-pura pengsan.

    "Akhirnya beruang itu melepaskan gigitannya apabila melihat saya tidak bergerak atau melawan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kota Bharu, hari ini.

    Mohd Sulaiman berkata beliau bernasib baik kerana mampu menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya walaupun kehilangan banyak darah.

    "Saya nekad tunggang motosikal pulang ke rumah walaupun dalam keadaan berlumuran darah selepas diserang beruang.

    "Sampai di rumah, saya hampir pengsan akibat pendarahan yang banyak. Saya dibawa menaiki lori Jabatan Perkhidmatan Awam untuk rawatan ke hospital," katanya.

    Mohd Sulaiman, yang cedera di mata kiri dan kepalanya akibat serangan itu, menerima 22 jahitan dan dilaporkan stabil.

    Isterinya, Rokiah Abas, 50, berkata doktor mengesahkan penglihatan suaminya masih kabur.

    "Apapun saya mengharap yang terbaik untuk suami saya memandangkan kami hanya bergantung kepadanya yang bekerja sebagai penoreh getah.

    "Kejadian ini amat mengejutkan kami sekeluarga kerana ini kali pertama penduduk di kawasan ini diserang beruang. Saya harap pihak berwajib memantau kawasan ini bagi mengelak perkara ini berulang," katanya.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda