

Unit Amal PAS Terima Upah?
Benarkah mereka yang berbaju merah ini "beramal" dengan sukarela di jalan raya? Ada dakwaan anak seorang pemandu lori berusia 15 tahun diperalatkan oleh Unit Amal (baca sini).
Pemandu lori mendakwa anaknya, 15 tahun, diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah akta ISA pada Sabtu lepas dengan memberi baju merah "untuk menjaga keselamatan."
'Anak diperalat sertai demo anti-ISA'
Ogos 4, 09 4:52pm
Abdul Aziz Ibrahim, 45, mendakwa anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya, lapor Bernama petang ini.
Bagaimanapun, Abdul Aziz dipetik berkata, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung, Selangor pada 6 pagi Sabtu lepas.
"Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu," katanya kepada pemberita di rumahnya di Butterworth.
Benarkah begitu? Semuanya pakai baju yang sama dengan warna yang sama. Mungkinkah ini disengajakan atau dirancang dengan teliti? Lihatlah betapa bersugguhnya mereka membuat benteng.
Antara amal dan upah?.... tak de maknya.. nak beramal kalau minta upah!

