Popular Today

Selasa, November 03, 2009

Tuduhan palsu : Asri Jawab Jakim

3 Komen!!!

Gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah




PETALING JAYA: Ternyata dakwaan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kononnya dia memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab, tidak lebih dari satu lagi fitnah yang terancang.

Ini terbukti dengan kiriman emel gambar sijil Sarjana Muda Kepujian Dr Mohd Asri daripada University Of Jordan yang menunjukkan pengkhususan beliau dalam Bahasa Arab dan Sasteranya serta Syariah Islamiyyah.

Bukti ini sekali gus menunjukkan ianya bercanggah dengan tuduhan pegawai JAKIM Zamihan Mat Zain yang tersiar dalam sebuah akhbar perdana hari ini.

"Tindakan pegawai JAKIM menuduh saya membuat sijil palsu amat hina dan jijik. Seakan tidak waras dan berfikir panjang. Masakan UIA, USM membenarkan saya menyambung Ph.D dan menjadi pensyarah jika sijil saya palsu.

"Saya sendiri rasa amat lekeh untuk jawab tuduhan yang seperti ini. Cukuplah dengan rakyat Malaysia melihat gambar sijil yang disertakan ini. Persoalannya, apakah JAKIM di belakang konspirasi ini?

"Jika JAKIM terlibat, nanti orang akan tanya apakah terdapat mereka dari Kerajaan Pusat juga terlibat? JAKIM jangan burukkan nama Kerajaan Pusat!," kata Dr Asri di kediamannya di Mengkuang, Bukit Mertajam. Semalam, penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Zamihan Mat Zain Alghari, mendakwa Dr Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari Universiti Jordan.

Zamihan mendakwa bidang pengkhususan Dr Asri hanya melibatkan bahasa Arab dan Sastera dan Universiti Jordan tidak menawarkan dua pengkhususan dalam satu ijazah.

"Universiti itu tidak meneruskan program itu sekarang tapi di waktu saya belajar dulu, memang ada program itu. Antara penceramah yang mendapat ijazah yang sama ialah Ustaz Erfino Johari dan ramai lagi guru-guru agama yang mengajar bahasa Arab.

"Tapi inikah kerja JAKIM, menyanggahi disiplin kerja, budi dan etika. Apakah tujuan JAKIM masuk campur? Juga menyalahi akhlak Islam?," kata Dr Asri.

Tuduhan memalsukan kelayakan merupakan tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap Dr Asri sejak dia ditahan oleh pihak JAIS malam Ahad lalu. Antara tuduhan lain ialah memberi ceramah agama tanpa tauliah dan menyebarkan fahaman Wahabi.

Dr Asri tertanya-tanya apakah motif di sebalik tuduhan terbaru ini.

"Adakah ini bermakna JAKIM termasuk dalam 'tangan ghaib' sedangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menafikan kerajaan pusat terlibat dalam hal ini.

"Adakah JAKIM ingin sabotaj saya atau Kerajaan Persekutuan? Dan Datuk Jamil Khir Baharom juga mahu kerajaan Selangor bertanggungjawab. Jadi jika JAKIM tidak terlibat dalam tuduhan pegawainya, saya ingin melihat bantahan terbuka dari pihak JAKIM.

"Saya juga difahamkan Dr Azwira Aziz turut menyaman pegawai yang sama untuk kes fitnah yang lain," kata Dr Asri yang akan mengadakan satu kuliah bertajuk 'Gelombang Fitnah' jam 8 malam ini di Institut Al Qayyim. Kuliah malam ini akan menyentuh tuduhan bohong pegawai JAKIM tentang sijil palsu.

Menurut Dr Asri, setelah berita 'pemalsuan ijazah' itu keluar, beliau telah menerima panggilan dari beberapa peguam ternama menawarkan khidmat mereka dengan percuma untuk menyaman Zamihan.

Dan Dr Asri berkata, dia tidak teragak-agak untuk menyaman.

"Cukuplah...mereka telah pergi ke peringkat yang keji iaitu, fitnah!," kata Dr Asri yang juga ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, di bawah Majlis Agama Islam Perlis..

Sumber: baca di sini

1PAS " DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Husam Nak Saman Siasah?.. suka betul situlang besi

0 Komen!!!
Suka betul situlang besi ni (Malaysia Wave)... nampaknya blogger pro Husam ni suka sangat si Sayuti disaman... (baca di sini)

"Saya mulanya terkejut juga bila Suyuti lapor dalam blog dia, bertajuk "Husam Hayati Semangat Unity Government". Dalam hati kecil saya berkata mesti ada sesuatu yang pelik ni.

Rupanya betul. Memang Husam tengah marah (mengikut kawan saya ni) Bukan setakat tu, dia pun kena belasah dgn ramai blogger juga. Contoh "Bodoh Punya Husam" dengan "Go Fly a Kite".

Bagi saya, oleh kerana berita ni datang dari Akhbar Siasah yang ditadbir oleh Suyuti maka kita semua wajib "MERAGUI"nya. Saya dah tulis berapa kali dan berapa kali dedah si Suyuti penipu.

Jadi, kalau betul lah maklumat kawan saya ni, siap lah kau Suyuti. Masuk mahkamah lagi la kau.

Tulang Besi

Jadi... apa nak dikata ada juga manusia yang berhati busuk macam ni...

1Pas "DAP didahulukan Islam ditinggalkan" : Us Idris tidak nafikan PAS bergolak

2 Komen!!!
PAS hari ni nampaknya mcama mahu menafikan lagi krisis dalaman parti tersebut. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad mengatakan PAS menyelesaikan melalui mesyuarah... tetapi hakikatnya rakyat tahu... berapa kali PAS mahu menipu rakyat... mereka mengaggapkan rakyat masih bodoh seperti dulu boleh ditipu dengan senang oleh PAS.

Beliau berkata "

"Sekali lagi musuh Pas kecewa apabila hendak melihat Pas berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Mereka sakit hati apabila melihat Pas tenang dan maju ke depan. Kalau boleh biarlah Pas bergaduh seperti mereka bergaduh, dengan ini senang mereka meneruskan agenda menindas rakyat. "

Sedang mulut ustaz PAS... mcam tiada insuran langsung.. Hakikat pekong di dada tidak boleh disembunyi, bau tembelang x boleh dilindung, bangkai gajah tak boleh ditutup...

Pekong PAS ini diceritakan sendiri oleh ahli PAS sendiri, blogger-blogger PAS dan bukannya orang lain...  mau tipu lagi ke ustaz wei...

Cuma aku tertarik dengan  kenyataan ustaz pas ni yang memberi amaran kepada ahli PAS mengenai blogger UMNO... takut betul mereka pada media baru UMNO ni...

Kita akur bahawa media mempunyai kuasa untuk mempengaruhi persepsi orang ramai untuk membuat pendirian dalam satu isu dan sokongan. Sebab itu selepas daripada PRU 12 Umno sudah ada Cybertrooper umno untuk berada di gerbang maya bagi membentuk persepsi yang salah terhadap perjuangan Pas. Kita mengharapkan supaya ahli Pas mengawasi segala apa yang dilakukan oleh musuh-musuh Pas di gerbang maya.

Untuk pengetahun ustaz ni.. blogger ini hanya memberi tahu perkara benar mengenai perjuangan PAS yang salah... bukan sengaja membentuk persepsi salah terhadap PAS... iaitu perjuangan PAS bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar yang berasaskan Al-Quran, dan As-Sunnah.



Dalam mengatakan PAS tak bergolak, namapaknya ustaz pas ni tidak menafikan memang ada berlaku masalah dan pergolakan dalam PAS... cuma mereka nak sembunyikan... dengan kata lain berbohong la tu... kata depan orang x gaduh, tetapi sebenarnya di dalam bergaduh... kalau tidak takkan perlu semua peringatan di bawah ni..

"Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi. Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sah

Maka, sebarang aduan berhubung salah laku pimpinan dan ahli hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media lainnya hingga memberikan kesan buruk terhadap persepsi ahli dan rakyat keseluruhannya terhadap Pas."
Pesanan... tak baik ustaz menipu...

Era Anuwar cabut lari : Kes Liwat ANuwar dikunjungi tetamu istimewa.

1 Komen!!!
Perbicaraan Kes Liwat Anwar hari ini didatangi tetamu istimewa... Mohd Saiful Bukhari Azlan.. setentunya kedatangan tetamu ini menggamit memori ANUwar Ibrahim...

Mahkamah Tinggi di sini pula menangguhkan dengan menetapkan 23 November ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan kes liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Mohd. Saiful yang turut hadir di mahkamah bersama bapanya memberitahu pemberita, beliau kecewa dengan penangguhan tetapi tetap bersabar menunggu perbicaraan.

Beliau juga memberitahu, sudah bersedia untuk memberi keterangan pada bila-bila masa.

Isu Fitnah : Nakhaie nafi bantah Dr Asri

1 Komen!!!
Bekas yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad menafikan beliau menentang pelantikan
bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk mengambil alih tempatnya.

Mohd Nakhaie berkata beliau tidak terlibat dalam penyerahan memorandum yang telah dihantar oleh Persatuan Guaman Syarie Malaysia (PGSM) kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Okt lepas.

"Saya tidak pernah terlibat dalam sebarang memorandum yang telah dikemukakan oleh NGO-NGO.

"Kenapa dia (Dr Mohd Asri) nak sindir saya pula melalui blognya?" katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Mohd Nakhaie berkata perdana menteri yang akan melantik siapa pengganti beliau, dan buat masa sekarang jawatan yang dipertua Yadim adalah kosong berikutan persaraannya berkuatkuasa kelmarin.

PGSM menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menarik balik pelantikan Asri sebagai yang dipertua Yadim kerana pelbagai dakwaan, termasuk mencerca ulama.

BERNAMA

Blog PM - SEKOLAH SATU ALIRAN

0 Komen!!!

Topik tentang sistem pendidikan negara sentiasa mengundang pelbagai pandangan daripada semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Saya telah diminta memberikan komen berhubung perkara ini pada Sabtu lalu. Walaupun saya telah pun memberikan jawapan saya, namun saya merasakan ada kaitannya bagi saya untuk menjelaskannya sekali lagi, dan barangkali mengundang lebih banyak perbincangan tentangnya dalam blog saya ini.

Walau bagaimanapun, ke mana sahaja arah perbahasan ini, kenyataannya adalah: rangka tindakan pendidikan kita telah digubal dari sudut pandangan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih pendidikan mereka di negara ini. Ia merupakan satu harapan rakyat berikutan dengan Kemerdekaan negara, dan kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung hasrat itu.

Sejak sekian lama dan hampir dalam setiap keadaan, isu berkaitan dengan sistem pendidikan yang ideal sentiasa dipolitikkan. Sebagai Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, saya berpandangan bahawa kita semua mesti mencari keseimbangan. Marilah kita sama-sama beringat bahawa pada akhirnya, isunya adalah untuk memastikan supaya masa hadapan generasi kita, kepimpinan masa hadapan kita, berupaya mendapat pendidikan yang terbaik. Kita harus meneroka ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. Inilah antara sebabnya kenapa saya mengumumkan semasa membentangkan belanjawan baru-baru ini, Biasiswa Nasional akan dianugerahkan kepada 30 pelajar SPM yang mendapat keputusan terbaik berdasarkan merit semata-mata.

Saya telah mendengar ramai daripada anda sekalian yang mahukan pertukaran kepada sistem satu aliran sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lebih perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberikan pengertian kebanyakan orang. Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya. Justeru itu, kita hendaklah secara bersama-sama bersetuju akan satu sistem yang memberikan kebaikan kepada semua rakyat, yang mendukung nilai-nilai yang kita junjung. Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi? Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu?

Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan yang bertentangan dan agak keberatan untuk membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yng timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini. Malah hasrat yang paling murni pun boleh menjadi tidak bermakna langsung jika kita tidak bersedia untuk menerima dan mengamalnya. Kita akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila kita telah bersedia dan hanya jika inilah yang dikehendaki oleh "rakyat".

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Sumber : Blog 1Malaysia

Kes Pusat Hiburan di Selangor - Elizabeth Wong salahkan Media!!!!

2 Komen!!!



Baru-baru ini hebohlah satu cerita yang mendakwa kerajaan negeri akan mengusulkan supaya pusat hiburan

dibenarkan beroperasi sehingga pukul 3 pagi. Mula la pihak media main isu ni kat semua akhbar.. Tup-Tup bila isu dah panas nak jadi kontrversi mula la ada orang cuba menyalahkan pihak lain. biasa lah tuduh menuduh ni memang sudah menjadi amalan pakatan pembangkang sejak dari dulu lagi.

Ni yang terbaru Eli bogel kita ni pulak buat kenyataan akhbar menyatakan tidak ada pun suara yang mahu buat usul itu. Serta Eli juga menyatakan kerajaan Negeri tidak pernah menyuarakan Isu mengenai melanjutkan masa untuk semua pusat hiburan di selangor. Dan dia mula lah salahkan pihak akhbar kite ni dan cakap pihak akhbar lah yang punya angkara dan sebab akhbar lah duk buat publisiti pasal selangor ni yang menjadikan selangor hari ni macam ni.

emm jom kita baca kenyataan brother Gagap kita ni pada satu majlis brother Gagap kita ni yang merupakan menteri besar negeri Selangor berkata Kerajaan Negeri Selangor akan membincangkan secara serius cadangan untuk melanjutkan operasi pusat hiburan sehingga pukul 3 pagi di beberapa kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan atas alasan untuk meningkatkan industri pelancongan di negeri ini.

Mane satu yang betul ni. kite nak percaya Brother Gagap ni ker atau Cik Eli Bogel ni.. aku pun kopuis ni... tapi tak pe la ini merupakan satu bukti yang menyatakan bahawa di selangor ahli-ahli exco dia dah tak sefahaman. Sampaikan MB dia buat steatment pun dia tak tau.. adusss.. Untuk abg-abg Media teruskan membongkar serta menulis.. buat dek je cakap Eli bogel tu..

P/S: Nasib baik geng-geng media ni tak sebar gambar bogel dia.. tu pun dah cukup bagus dah..!!!




Sumber : BrokentheCode

1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Barang lusuh tidak semestinya tidak berharga

0 Komen!!!
Barang lusuh tidak semestinya tidak berharga... kalau tidak, masakan barangan 'bundle' menjadi kegilaan dan trend rakyat Malaysia... di sesetangah negara barangan lusuh dan terpakai menjadi keperluan mereka... kerana bukan semua mampu membeli pakaian dan barangan baru...

Nampaknya tindakan Dr Abdul Aziz mengupamakan barangan lusuh (klik di sini) seperti menghina golongan miskin yang tidak berkemampuan... kerana kadang-kadang barangan lusuh dan bundle ini menjadi keperluan asas mereka...

Memang mengecewakan bila seorang profesor yang bercakap atas dasar politik semata-mata. Bercakap bukan untuk menimbangkan kebenaran dan atas dasar akademik.. tetapi disebabkan sikap beliau yang pro kepada pembangkang.

Sedangkan PAS juga mengambil 'ahli UMNO' sebagai ahli mereka. Nama seperti Datuk Kamaruddin Jaafar Bekas Ketua UMNO bahagian Tumpat, Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim dan ramai lagi... dan jika sekarang ada pemimpin UMNO yang keluar, nescaya PAS bekejar untuk mendapatkannya

Dan kini mereka tetap menjadi aset PAS.... walaupun UMNO istilahkan mereka sebagai 'lusuh' dan tidak beguna...

Hakikatnya Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah meninggalkan PKR adalah langkah yang tepat dan betul...

Ianya berikutan tindakan pemimpin PKR yang mengamalkan kroni.. kepimpinan terpilih... bagaimana sesorang ADUN hendak melaksanakan tugas jika MB mengamalkan pilih kasih yang tidak sepatutnya berlaku dalam sesbuah organisasi.

Kepimpinan kroni dan pilih kasih ini juga berlaku sebagaimanau kepada jeffry Kitingan, Cristina Liew dan Zaid Ibrahim. Dan sebelum itu Ezam Md Nor, Lokman Noor Adam dan ramai lagi tokoh PKR yang keluar dari parti itu dalam tempoh 4-5 tahun yang lalu. Ini menunjukkan kepimpinan PKR bermasalah, kepimpinan kroni mengalir dalam darah pemimpin PKR...

Kongsi Link Anda