Popular Today

Jumaat, Februari 03, 2012

Komuniti Alert : Remaja OKU hilang, Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down

0 Komen!!!


Hari ni hari Jumaat dah tentu ramai yang akan keluar ke Masjid Masjid dalam menunaikan Solat Jumaat. Jadi Gomo dengan rendah hati ingin meminta bantuan dari pembaca untuk sama sama kita mencari seorang remaja lelaki yang Hilang. Berikut makluman yang diberi:

Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak 23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.


GOMO: Jadi buat para pembaca yang prihatin dan peka mengenai pekara ini maka diminta anda semua untuk bersama sama kita mencari remaja yang hilang ini. Remaja tersebut syndrom down Dan sudah pasti jika kita tidak membantu maka potensi untuk pekara tidak diingini mungkin berlaku.

Gomo harap para pembaca dapat menolong mencari Remaja Syndrom Down ini.

Buat sahabat Blogger, facebooker, Twitter dan mana mana medium yang ada sama ada dari Pro Kerajaan mahupun Pembangkang marilah kita sama sama menyebarkan maklumat mengenai kehilangan Remaja lelaki ini. Gomo yakin jika sebaran secara total melalui semua Media Cyber baik pro Kerajaan mahupun pembangkang remaja yang hilang ini akan dijumpa dalam masa yang singkat.

Tolong Ye sahabat Blogger, facebooker, Twiiter baik Pro Kerajaan mahupun Pembangkang.

Malaysia bakal dijadikan Singapura kedua oleh DAP

2 Komen!!!
Apa beza Dap dari Malaysia dan Pap dari Singapura!!!...

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my
ORANG Melayu paling ramai tidak daftar mengundi! Pendedahan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof itu sebenarnya bukan satu kejutan besar kerana situasi itu telah diketahui umum selama ini.

Sememangnya orang Melayu memandang remeh pendaftaran mengundi mahupun hak mengundi pada pilihan raya kerana masih dibuai mimpi siang bahawa bumi yang dipijak ini akan kekal di tangan mereka hingga ke anak cucu.

Masih ramai daripada 3.7 juta orang Melayu yang layak mengundi enggan melihat apa yang berlaku di negara jiran ke utara dan selatan Semenanjung, di mana orang Melayu setempat bagaikan pendatang di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Apabila hilangnya kuasa politik dan tiada kemampuan ekonomi, maka Melayu di negara jiran hanya menumpang mencari makan daripada 'tuan tanah baru', seperti mana penduduk pribumi di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan banyak lagi negara yang dijadikan koloni penjajah dari Barat.

Walaupun negara ini belum tergadai, namun telah jelas ada negeri, kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah 'diambil alih' akibat kealpaan orang Melayu yang tidak mahu mendaftar mahupun mengundi.

Melayu dan bumiputera yang menjadi majoriti melebihi 60 peratus penduduk negara ini sepatutnya dengan mudah menentukan hala tuju politik Malaysia.

Tetapi, akibat mengambil mudah proses pendaftaran dan mengundi, kaum minoriti yang sedar akan hak mereka selaku pengundi mampu menguasai kawasan yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Ditambah pula perpecahan antara orang Melayu sendiri, maka semakin banyak kawasan yang majoriti penduduknya Melayu akan dikuasai orang bukan Melayu dalam pilihan raya, sejajar dengan sistem demokrasi yang melihat kepada jumlah undi dan bukannya kaum majoriti.

'Jatuhnya' sesuatu kawasan Melayu itu kepada bukan Melayu akan mengundang kesan berangkai di peringkat DUN, Parlimen, negeri dan akhirnya negara.

Lihat sahaja bandar-bandar besar kini politiknya sudah dikuasai bukan Melayu sedangkan tidak kurang jumlah Melayu dan bumiputera yang tinggal dan bekerja di sana. Orang Melayu pula kelihatan hanya memegang kawasan kampung dan pedalaman.

Jelas lagi nyata, bumi yang dipijak tidak semestinya kekal milik Melayu jika terus dibuai mimpi siang hari dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, sikap mengambil mudah urusan mendaftar dan mengundi ini merugikan bangsa sendiri terutamanya sekarang di mana ramai yang tidak faham negara boleh jatuh ke tangan bukan Melayu.

"Saya tidak faham kenapa sikap begitu masih berterusan dalam kalangan orang Melayu sedangkan anak-anak orang bukan Melayu di luar negara sanggup balik semata-mata untuk mengundi.

"Mereka tahu susahnya mendapat hak mengundi sementara orang kita terus pandang remeh dan tidak mengambil berat pentingnya satu undi kepada bangsa dan negara," katanya.

Menurut beliau, golongan yang 'tidak kisah' ini tidak dapat melihat kesan tindakan mereka kepada negara terutamanya yang akan ditanggung generasi berikutnya kelak.

Jelasnya, melihat kepada pakatan tiga parti pembangkang menunjukkan pengaruh kuasa dan kerusi lebih dipegang bukan Melayu terutamanya kini dengan ada sebilangan Melayu sendiri yang menyokong DAP.

"DAP cukup condong kepada sistem pemerintahan republik. Jika mereka menjadi ketua atau mempengaruhi kerajaan baru jika pembangkang menang, parti-parti Melayu yang lemah akan digunakan untuk kawal negara.

"Singapura mungkin dibawa masuk kembali bagi mengurangkan majoriti Melayu, tiada lagi Raja-Raja, Perlembagaan dipinda, Islam bukan lagi agama rasmi dan habislah ketuanan Melayu dan maruah diri kita," tegasnya.

Tambahnya, tidak mustahil juga Perdana Menteri kelak bukan orang Melayu mahupun Islam seperti mana pernah dijadikan ikrar di Pulau Pinang dan disebut bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

"Mungkin ramai tidak percaya ini semua boleh berlaku tapi lihat sahaja situasi kini! Sudah ada orang Melayu sendiri yang sokong cadangan Perdana Menteri bukan Melayu.

"Oleh itu, jangan ambil mudah kesan setiap undi milik orang Melayu. Sebelum terkena, sedarlah sikit agar tidak menyesal di kemudian hari," ujarnya.

Ibrahim turut mengaitkan sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rejim Israel akan menentukan corak pemerintahan negara kelak jika pembangkang menang dan Singapura kembali menyertai Malaysia.

"Singapura mempunyai pengaruh Israel yang kuat termasuk kuasa tenteranya. Jika mereka kembali di bawah pimpinan pembangkang, orang Yahudi juga akan ada pengaruh ke atas negara kita kelak.

"Jika ketika itu Melayu mahu memberontak, 'polis dunia' akan sekat dengan alasan 'undian adil telah dibuat melalui pilihan raya', maka mati kataklah kita," jelasnya.

Selain itu, beliau turut menegur usaha UMNO terutama di peringkat cawangan yang dilihat kurang menumpukan masa dan usaha dalam menarik golongan muda mendaftar dan mengundi.

"Mungkin maklumat yang saya terima ini kurang tepat tetapi cawangan-cawang UMNO kurang atau tidak bergerak sekuat parti pembangkang dalam menarik pendaftaran dan undi orang muda.

"Jentera cawangan tentu tahu anak siapa belum mendaftar dalam kawasan mereka. Berbeza dengan apa saya lihat di Subang di mana sekumpulan anak muda bukan Melayu membuka meja pendaftaran dan orang Cina paling ramai mendaftar," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula melihat masalah tersebut mungkin bermula dari sekolah atau universiti yang tidak menerapkan pentingnya mendaftar dan mengundi.

"Masalah utama mungkin tidak cukup kesedaran di kalangan orang muda selepas meninggalkan alam persekolahan atau universiti.

"Selain mengikuti urusan kerja dan pelajaran, orang muda perlu mengikuti perkembangan politik dan tidak boleh melupakan tanggungjawab mereka dengan mendaftar dan mengundi," ujarnya.

Beliau turut menyatakan orang Melayu memang dikenali dengan keghairahan dan semangat berkobar-kobar bila bercakap tentang politik tetapi lain pula jadinya bila waktu menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Orang Melayu kadang-kadang melebih sampai berpecah belah dan putus saudara akibat politik tapi buatnya lain (daftar pengundi).

"Kita kena beringat dan tidak boleh selama-lamanya dalam zon selesa. Sudahlah berpecah belah, jumlah pengundi Melayu pun kurang, yang tanggung akibatnya generasi akan datang yang meneruskan apa kita ada," jelasnya.

Beliau menegaskan, jika orang Melayu terus tidak ambil peduli peranan dan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan nasib bangsa, tidak guna lagi menyesal kelak bila apa yang dimiliki lenyap akibat kealpaan mereka sendiri.

"Orang Melayu perlu berfikiran strategis dalam mengambil peranan politik. Orang dahulu tidak belajar tinggi tapi semangat mereka tinggi dalam menjalankan tanggungjawab mengundi.

"Tiada alasan lagi untuk orang sekarang terutama golongan muda kerana semua proses pendaftaran pengundi telah dipermudahkan. Jika terus leka, kuasa politik bangsa akan semakin terancam," tegasnya.

Selasa, Januari 31, 2012

Syabas PKR : Selangor sediakan peluang pelacuran dan perjudian!!!

0 Komen!!!
Hebat Selangor banyak menyediakan peluang pekerjaan termasuklah pelacuran dan perjudian....

Tahniah juga kepada EXCO Agama merangkap MB Selangor kerana berjaya menggalakkan aktiviti pelacuran dan perjudian terus berkembang di Selangor....


Inilah Akibatnya bila PAS terus menjadi Syaitan bisu!!!!

Sindrom PAS ( Pecat Ahli Sendiri)

1 Komen!!!
PAS kini sedang mengalami sindrom PAS (Pecat Ahli Sendiri).. ianya berikutan ketidakpuasan hati ahli parti tersebut terhadap dasar dan gaya kepimpinan parti tersebut..

Walaupun di nafikan oleh Salehudin Ayub, Naib Presiden PAS (klik sini).. namun hakikatnya sindrom ini semakin ketara berlaku dalam PAS.. selepas memecat Hasan Ali tanpa memberikan pengadilan sewajarnya.. kini Azizan pula sedang berhadapan sidrom PAS.. ianya akibat Azizan pertahankan Auku.

Apa yang berlaku dalam PAS menunjukkan parti PAS bukanlah parti yang demokratik tetapi autokratik.. kuku besi.. tiada ruang untuk berbeza pendapat dan memberikan pendapat kepada ahli mereka.. PAS tuduh BN tiada kebebasan bercakap.. tapi PAS patut cermin diri sendiri...

Apatah lagi kini PAS dilihat umpama boneka DAP dan PKR yang semakin jelas... siapa yang menderhaka pasti akan medapat hukuman... tiada kasihan kepada penderhaka... sebenarnya ramai yang tidak puashati... tapi takut... Syabas kepada DD Hasan Ali yang jelas mempunyai keberanian mengatakan bahawa PAS adalah Pak Turut dalam Pakatan (kil Sini).. walaupun terpaksa membayar harga yang mahal... termasuklah hilang kedudukan dan jawatan..

Namun apa sangat jawatan dan kedudukan sedangkan kepala dipijak, maruah diratah oleh DAP dan PKR.. Islam tidak boleh ditegakkan... Melayu tidak boleh dimertabatkan!!!!


Lebih 5,000 kehadiran : Selangor terus bergegar!!!

3 Komen!!!
Siapa kata ahli UMNO dan PAS tidak boleh duduk bersama...

Lihat sahaja gambar dibawah ini.. hakikatnya bangsa Melayu dan umat Islam jika betul-betul mencari titik pertemuan pastinya perpaduan terbina.....




gambar : GAP

Selangor akan terus bergegar... ANwar dan kuncu-kuncunya pasti tidak senang duduk... kehadiran lebih 5,000 orang pada ceramah Hassan Ali malam tadi di Shah Alam membuktikan beliau bukan kecil anak yang boleh diperkotak-katikkan oleh pemimpin Pakatan!!!

Mesej utama ialah tolak Khalid Gereja.. tolak ANuwar dan tolak Pakatan!!!!

Isnin, Januari 30, 2012

Lagi pemimpin PAS menderhaka kepada Pakatan!!!

0 Komen!!!



Masalah bertimpa-timpa kepada PAS.. ramai rakyat mula berfikir, adakah ini akibatnya apabila PAS menolak perjuangan Islam yang sebenar dan mula bersekongkol dengan kafir harbi!!!

Yang jelas perselisihan pendapat dalam PAS semakin jelas.. manakala PKR dan DAPigs pula semakin utuh!!!

Terbaru ialah apbila pemimpin PAS yang menyokong AUKU digunakan.. dengan kata lain pemimpin PAS ini bukanlah budak kecil dan beliau adalah MB kedah yang dikatakan telah menderhaka kepada pakatan.. maka semua juak-juak Pakatan telah membidas pemimpin PAS ini..

baca selanjutnya di sini

Hassan Ali cabar Azmin

1 Komen!!!

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menggesa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti penyelewengan dan salah laku melibatkan beliau.

Menurutnya, beliau sendiri tidak mengetahui bentuk penyelewengan yang didakwa Azmin sebagai rahsia yang kini berada dalam tangan Pakatan Rakyat (PR). (klik di sini)

Rakyat ditipu lagi oleh pemimpin PKR (Parti kelentong Rakyat)

0 Komen!!!
Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar Ahad sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.

Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.

Bernama melaporkan, anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.

"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.

(klik di sini)

Kongsi Link Anda