Popular Today

Rabu, April 16, 2008

Bekalan babi terjejas akibat penyakit telinga biru

BEIJING 11 April - Penyakit telinga biru yang menyerang babi sejak akhir 2006 menyebabkan bekalan haiwan itu semakin berkurangan terutamanya di wilayah Shaanxi, barat laut China.

Kekurangan bekalan menyebabkan ladang babi di wilayah itu dihantui masalah kecurian ternakan sehingga memaksa penternak tidur di dalam kandang bagi menjaga babi-babi mereka.

Penyakit yang dikenali sebagai Virus Sindrom Pernafasan dan Pembiakan Babi (PRRSV) itu hanya menjangkiti babi.

Virus itu akan menyebabkan kegagalan kepada proses pembiakan dan sistem respiratori terutama terhadap anak babi.

Penyakit ini pertama kali dilaporkan tersebar di Utara Amerika dan Eropah Tengah pada 1987.

Wabak itu melanda China pada September 2006 dan mengakibatkan harga babi semakin meningkat malah seekor babi seberat 100 kilogram boleh dijual dengan harga 2,000 yuan (RM915).

Harga haiwan itu hanya sekitar 1,600 yuan (RM690) pada Januari lalu.

Paling menyedihkan akibat dari wabak ini juga telah mengakibatkan kadar inflasi negara ini meningkat ke paras tertinggi dalam masa 10 tahun.

Ia turut merebak ke 25 wilayah daripada 33 wilayah di China dan dibimbangi ia akan turut merebak ke wilayah Sichuan yang juga merupakan pusat penternakan terbesar di China.

- Agensi

Kegagalan kerajaan negara itu bertindak balas melalui media melalui sesi penerangan kepada penduduknya mengakibatkan nasib lebih 500 juta ternakan ini masih belum diketahui.

Bagaimanapun setakat ini wabak ini dikatakan tidak memberi kesan secara terus kepada kesihatan manusia.

- Agensi

Shred by Azizul

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda