Popular Today

Rabu, April 16, 2008

Azizan menghina Melayu Johor

Saya sebenarnya tertarik dengan artikel Utusan Malaysia yang menyebut Johor bakal jadi muzium UMNO - Azizan,

Dalam laporan tersbut menyatakan, Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggalkan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.

''Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

''Kalau orang mahu tengok UMNO, pergilah ke Johor,'' katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Sejarah membuktikan bahawa setiap pilihanraya dari tahun 1959 keputusan pilihanraya membuktikan turun naik terhadap sokongan kerajaan Barisan Nasional dan pembangkang. Putaran roda mungkin berpusing, "hari ini hari aku mungkin esok hari kau". Rakyat belum lagi melihat pelaksanaan apa yang dijanjikan oleh PAS. Lima tahun lagi rakyat akan menilai, Terengganu pernah kalah kepada PAS dan kembali ke tangan BN. Ini mungkin juga akan berlaku kepada negeri-negeri yang ditadbir pembangkang sekarang.



Ucapan oleh MB Kedah ini sebenarnya dilihat sebagai super ego dan takbur. Belum 100 hari memerintah tetapi telah membuat kenyataan yang menyentuh hati dan jiwa UMNO iaitu Melayu Johor khususnya dan Melayu Malaysia amnya.

Ini adalah penghinaan yang amat dahsyat kepada Melayu Johor yang dianggap sebagai tapak perpaduan bangsa Melayu. UMNO adalah wadah perjuangan bangsa Melayu untuk menuntut kemerdekaan negara. Menghina UMNO Johor seperti menghina orang Melayu keseluruhannya. UMNO perlu bangkit semula, sekarang bukan masa untuk bertelagah tetapi masa untuk mengatur langkah.

Posted by hasmy at 1:13

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda