Sekali lagi kita melihat, terdapat manusia dari bangsa kita akan menjual bangsanya sendiri. Tiada lagi ketuanan Melayu, sejarah agung tamadun tanah Melayu akan terpadam. Akan datang, tiada lagi dalam lipatan sejarah orang Melayu akan memimpin negara.
Kemunculan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke podium ucapannya disorak meriah oleh hadirin yang dianggarkan lebih 20,000 orang itu.
Menurut laporan Harakah Daily , dalam ucapannya itu juga, beliau berjanji jika berjaya membentuk kerajaan persekutuan kelak nasib semua kaum tanpa mengira bangsa akan dibela secara adil tanpa mengira pangkat dan kedudukan.
"Kita tidak akan menumpukan kepada ketuanan satu kaum sahaja, tetapi kita akan mengutamakan ketuanan rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India serta bumiputera Sabah dan Sarawak," katanya apabila disorak dengan meriah oleh hadirin yang hadir pada malam tadi.
Menang sorak kampung tergadai. Bunyinya memang indah tetapi sebenarnya menghiris hati dan kalbu bangsa Melayu. Apa maknanya jika bangsa Melayu disamakan dengan kaum lain di tanah air mereka sendiri. Kita memang mengakui bahawa kaum bukan melayu banyak membantu untuk membangun negara dan kita bersama-sama berkongsi kuasa untuk memerintah negara. Namun dalam masa yang sama kita masih menghormati hak sosial kaum-kaum lain dan inilah yang dibuat oleh BN. Tetapi berbeza dengan pakatan pembangkang demi kuasa, maruah bangsa Melayu dijual dan dijaja demi untuk mendapat undian dan sokongan. Tiada lagi hak keistimewaan orang Melayu... Orang Melayu hanya menumpang ditanah sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan