Popular Today

Ahad, Mei 11, 2008

Umno banyak dosanya pada Melayu - Husam

Basiron Abdul Wahab
Sun | May 11, 08 | 10:21:46 am MYT
JERANTUT, 11 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa berkata, ada usaha agen-agen Umno memainkan isu perpaduan Melayu sebagai strategi untuk mengukuhkan parti itu pacsa pilihan raya umum ke-12.

Kata beliau, Umno terlalu banyak dosanya kepada orang Melayu, Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi, Umnolah yang mengganggu kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menyekat projek, menyekat subsidi kepada rakyat bukan penyokong parti itu dan sebagainya.

"Terlalu banyak dosa Umno kepada Orang Melayu ini, parti itulah yang menghapuskan tulis jawi, menyekat projek dan sebagainya,"ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerantut kali ke-21 di Kompleks Imam Syafie, dekat sini.

Husam berkata, perjuangan Islam ini tidak berasaskan bangsa ia Universal sifatnya berbanding perjuangan kebangsaan yang dipolupori Umno.

Katanya, jika Umno yang berjuang atas dasar kebangsaan Melayu itu turut memangsakan orang Melayu, apa tah lagi kepada kaum bukan Melayu seperti Cina dan India. Dasar perkauman itu ditolak oleh Islam. l

"Kita semua menerima perjuangan Islam yang lebih Universal itu berdasarkan keadilan Islam," katanya.

Pada majlis itu Husam turut menerima 225 borang permohon menyertai Kelab Pentokong PAS (India) daripada pengerusinya, Balasundram Nachiappan.

Beliau menyifatkan sokongan kaum India kepada kelab penyokong PAS di Pahang adalah luar biasa kerana PAS tidak memerintah di Pahang, justeru tiada apa yang boleh diberi oleh PAS.

"Sokongan kaum India kepada PAS di Pahang agak luar biasa kerana PAS tidak memerintah di Pahang," katanya.

Sebelum itu, Pengerusi Kelab penyokong PAS India, Balasubramanian berkata, kewujudan Kelab Penyokong PAS membuatkan pemimpin MIC mula gelisah menyebabkan pemimpin MIC mula menghantar para pemimpinnya datang ke Jerantut.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Jerantut menyaksikan kelainan dengan kehadiran pelbagai kaum. Kehadiran Husam turut disambut oleh kaum India dengan iringan gendang India. - mks.

Laporan Harakah Daily

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda