Popular Today

Rabu, Jun 18, 2008

Masa tidak sesuai - Khazanah perjelas kenaikan gaji pegawai GLC

Dalam keadaan kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barang yang dihadapi oleh rakyat serta bakal kenaikan tarif elektrik.

Sesungguhnya berita kenaikan gaji pegawai tertinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC) amat mengecewakan rakyat. Sekaligus langkag berjimat cermat yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak diikut oleh syarikat-syarikat milik kerajaan.

Semalam didalam laporan bernama, Khazanah Nasional Bhd., cabang pelaburan kerajaan, hari ini mempertahankan cadangan kenaikan gaji bagi pegawai tinggi dalam syarikat milik kerajaan (GLC), dengan alasan tindakan itu dilakukan selepas pertimbangan secara berhati-hati, kejayaan mewujudkan nilai dan usaha mengekalkan pekerja mahir.

Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, Buku Biru (Blue Book) Khazanah, yang memperincikan imbuhan eksekutif, cuba untuk melaksanakan keadaan yang “kami tidak membayar terlalu rendah, kami tidak pula sepatutnya membayar terlalu tinggi, tetapi kami perlu membayar secukupnya dan kami perlu membayar secara adil.”

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengapa para pegawai tinggi Tenaga Nasional Bhd. mendapat kenaikan gaji yang besar sehingga 100 peratus dalam keadaan kemungkinan berlakunya kelembapan ekonomi berikutan kenaikan harga bahan api dan makanan.

Azman berkata, selepas perbahasan menyeluruh empat hingga lima tahun lalu, Khazanah memutuskan prinsip purata digunakan dalam menentukan gaji asas.

“Ini adalah perkara penting. Ia berasaskan prestasi, dorongan insentif dan pembiayaan sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian bengkel kerja Program Makmal Keusahawanan MIT Sloan Global yang dikelolakan oleh Khazanah

Kenaikan gaji tersebut bukan 10% atau 20% atau 30% tetapi 100%. Jadi ianya sesuatu yang pelik dan bakal menjadi tandatanya rakyat. Walaupun alasan kelayakan atas dasar sumbangan yang diberikan. Ianya tidak sepatutnya berlaku sekarang di dalam keadaan rakyat dibebani peningkatan kos sara hidup.

P.s: Jimat atau tidak sebenarnya?..

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda