Rabu, Jun 18, 2008

SAPP : ikhlas atau dendam

Apa yang dibuat SAPP hari ini nampaknya macam satu kejutan. Tetapi tidak lah terkejut sangat pun. Sebab inilah masa yang sesuai untuk menangguk dia air yang keruh.

Terdapat 4 alasan yang diberikan oleh SAPP serta pungutan suara dari laman blog SAPP untuk menghalalkan mereka membuat kenyataan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana Menteri .

Ataupun ada perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan UMNO dan orang Melayu. Hanya kesinambungan sentimen tidak puas hati terhadap UMNO dan Melayu. Sebagaimana yang berlaku kepada kaum bukan Melayu terhadap UMNO dan Melayu di Semenanjung Malaysia.

Semuanya atas alasan bagi kebaikan rakyat Sabah. Cuma persoalannya kenapa ditimbulkan sekarang ini. Bukan pada 2004 atau sebelumnya lagi.. Alasan ini tidak mustahil, cuma jika SAPP di dalam BN maka susahlah untuk bersuara.

Kita tahu bahawa Presiden SAPP pernah menjadi Ketua Menteri Sabah untuk beberapa tahun sebelum digilirkan kepada orang lain dan seterusnya sistem penggiliran Ketua Menteri dihentikan..

Selain itu juga faktor jumlah kerusi yang diberikan secara jumlahnya amat sikit. Hanya 2 kerusi bagi parlimen dan 4 bagi Dewan Undangan Negeri. Dengan kata lain banyak yang SAPP boleh marah kepada Perdana Menteri (Pak Lah).

Jadi inilah masanya yang sesuai untuk menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan BN. Namun ini ialah faktor dalaman.

Terdapat juga faktor luaran sebagaimana yang didakwa DSAI untuk melobi ahli Parlimen BN untuk melompat parti. Tapi tak kan 'lompat bodoh' tanpa balasan. Jadi mestilah lompat berbalas..

Rakyat : Apapun tahniah lah SAPP sekurang-kurangnya umum telah tahu siapa gunting dalam lipatan. Walaupun tidak mengistiharkan keluar dari BN tetapi sudah cukup untuk mengetahui 'true colour' tentang kepimpinan SAPP.


Siapa Yong Teck Lee


PROFIL: Datuk Yong Teck Lee

Dilahirkan pada 1958.
Berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London.
Berkecimpung dalam politik menerusi PBS sejak 1985.
Menjadi Adun Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.
Menubuhkan SAPP pada 21 Januari 1999.
Menjadi Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran dari Mei 1996 hingga Mei 1998.
Hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
Tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.

KRONOLOGI:
19 Januari 1994 - Datuk Yong Teck Lee meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
20 Januari 1994 - Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja.
21 Januari 1994 - Pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru.
22 Januari 1994 - Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
Februari 1994 - menyertai Barisan Nasional (BN).
18-19 Februari 1994 - Pertama kali menyertai pilihan raya negeri berikutan pembubaran DUN Sabah pada 10 Januari 1994.
8 Mac 2008 - Memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12. Yong tidak bertanding.

Tiada ulasan:

Kongsi Link Anda