KUALA LUMPUR 1 Jun - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah akan kekal dalam parti itu walaupun mereka terus-terusan 'diumpan' oleh pembangkang untuk melompat parti.
Menurut beliau, cita-cita Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk 'menawan' Sabah menjelang 16 September ini sekadar angan-angan.
Katanya, BN sedang giat menangani isu lompat parti sehingga ke peringkat akar umbi.
''Setakat ini, saya lihat Anwar sangat yakin. Adakah anda percaya cita-citanya akan tercapai?
''Secara ikhlas, saya tidak percaya ia akan berlaku. Sekarang BN memberikan mereka (ahli Parlimen) apa-apa yang diminta,'' jelasnya.
Karpal berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Tiada Niat Untuk Membunuh di sini hari ini.
Buku itu ditulis oleh peguam T. Vijayandran yang didorong pengalaman beliau membela seorang pembantu rumah warga asing yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didakwa membunuh majikannya.
Karpal berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berkunjung ke Sabah dan memberikan 'manisan' kepada ahli-ahli politik negeri itu.
Katanya, manisan yang dimaksudkan itu ialah 13 inisiatif sebagai 'hadiah' daripada Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Sabah berikutan sumbangan besar negeri itu kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.
Antara inisiatif itu termasuk memansuhkan serta-merta Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah selain pelantikan anak Sabah menjawat jawatan penting di universiti dan dalam kerajaan.
''Buat pertama kali di Parlimen, Speaker datang dari Sabah. Kedua-dua timbalan speaker juga datang dari Sabah dan Sarawak,'' katanya.
Dalam pada itu Karpal menegaskan, secara peribadi beliau tidak menerima dan menyetujui amalan lompat parti.
Jelasnya, tindakan lompat parti adalah perbuatan mengkhianati parti sendiri.
''Mereka yang mengkhianati rakyat sepatutnya tidak diberikan sebarang status,'' katanya.
------------------------------------------------------------------------------------
Nampaknya soldadu Pakatan Rakyat (PR) sendiri tidak percaya dengan kemampuan dan kata-kata Anwar Ibrahim untuk memastikan Pakatan Rakyat akan 'memPRkan' Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk meneruskan Agenda Menjadi Perdana Menteri. Macam mana tu...
- Tepuklah dada, Tanyalah Iman -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan