Isnin, Ogos 25, 2008

MANA RAMLANG PORIGI..?

Terkini : jam 2.00 pagi

Saya sebenarnya tertunggu-tunggu kedatangan Imam Ramlang Porigi di Bandar Baru Perda, dan saya menunggu sehingga jam 12.05 tengah malam, namun perasaan hampa yang tiba.

Sebaliknya ianya hanya dakwaan Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Shamsul Iskandar hanya menyatakan bahawa beliau menemui Imam Ramlang Porigi pada petang tadi, serta mendakwa imam tersebut berada di dalam majlis Munajat bersama Nik Aziz di Masjid Bandar Baru Perda...

Beliau mendakwa semasa beliau berjumpa Ramlang Porigi, dia bertanya beberapa soalan antaranya adakah beliau imam di Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang berkata ya, saya imam di sana, ada 9 orang imam semuanya, hanya saya sahaja bertugas pada masa itu.

Kemudian beliau bertanya lagi, adakah awak percaya? Ramlang menjawab, selepas saya melihat (sumpah tersebut) saya tidak percaya....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak faham dgn pembangkang , mcm mana boleh bersekutu dgn parti yg tidak menerima Islam sebagai agama negara ini dan mereka mengaku memperjuangkan Islam

Aspirasi Bangsa berkata...

Bila nafsu memakan diri, mati pun menjadi buta dan hati mula tak berfungsi

Kongsi Link Anda