Khamis, Oktober 23, 2008

TERSIRAT ISU PELAJAR UPM



Dalam kesibukan Minggu Pilihanraya kampus, isu mengenai pelajar UPM di buang kolej umpama menjadi isu utama tajuk beberapa akhbar khasnya akhbar on-line. Isu yang sepatutnya menjadi isu biasa tetapi kini digambarkan sebagai isu yang besar gara-gara musim Pilihanraya Kampus.

Secara tersuratnya ialah dilihat aspek tindakan UPM terhadap pelajarnya adalah isu dalaman kampus iaitu tindakan kedua-dua pelajar masih dianggap bersalah kerana melanggar peraturan kolej kediaman. Secara lojiknya, pelajar ini sepatutnya boleh membuat aduan di Kementerian Pengajian Tinggi dan tidak perlu untuk merujuk kepada wakil rakyat PKR.

Namun secara tersiratnya ianya adalah mainan politik pihak tertentu untuk menjadikannya sebagai isu supaya timbul perasaan tidak puas hati dikalangan mahasiswa terhadap kepimpinanan dan pengurusan pihak universiti. Memang jelas peranan parti politik PKR dalam isu ini. Dalam masa itu pihak pro pembangkang akan menuduh pihak tertentu khasnya pihak aspirasi kerajaan dalam mendalangi isu ini.

Namun apa yang lebih penting 'timing' atau masa isu mahasiswa ini ditimbulkan mestilah diambil kira supaya dapat menimbulkan sentimen anti kerajaandi kalangan pelajar seterusnya dapat menjaminkan kejayaan pro pembangkang untuk memegang tampuk kepimpinan pelajar dalam kampus.

Ini adalah taktik yang semakin ketara di kalangan pro pembangkang untuk melontarkan isu khasnya pada masa tertentu untuk menarik sokongan dan simpati mahasiswa terhadap mereka khasnya semasa pilihanraya kampus. Tujuannya mudah iaitu untuki menarik perhatian pelajar IPT yang lain.

Dalam isu ini, rakyat boleh membayangkan bagaimana parti politik pembangkang secara langsung menggangu urustadbir kampus itupun dalam keadaan AUKU masih ada. Jika AUKU ditiadakan nescaya akan banyak lagi campurtangan pihak pembangkang dalam urusan kampus dan hel ehwal pelajar.

Negara demokrasi harus benarkan pelajar berpolitik - Hadi
Intan Abdullah
Wed | Oct 22, 08 | 3:20:27 pm MYT

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Berdasarkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan memansuhkan perkara 15 dan 16 yang menghalang mahasiswa terlibat dengan pertubuhan dan persatuan di luar kampus.
Iklan




Kenyataan demikian dibuat Timbalan Menteri KPT, Dato' Idris Haron (BN-Tangga Batu) menjawab soalan tambahan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pada sesi soal jawab lisan, semalam.

Jelasnya, pindaan Auku 1991 telahpun dibacakan kali pertama Julai lalu yang telah melalui proses kajian serta perbincangan yang agak panjang dengan pindaan sebanyak 69 daripada 119 fasal.

Ustaz Hadi sebelum itu menegaskan bahawa negara yang demokrasinya maju tidak menghalang mahasiswa dan ahli akademik melibatkan diri dalam politik dan pertubuhan-pertubuhan ke arah melahirkan pemimpin pelapis.

Sementara itu, Idris turut menjelaskan alasan larangan mahasiswa berpolitik secara aktif yang didakwa akan mewujudkan polarisasi kaum, ideologi dan agama di kalangan kaum yang mempunyai pendedahan kepada plural society.

Ia merupakan jawapan kepada soalan tambahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy jamaludin (BN-Rembau) yang memohon penjelasan berkaitan senario yang hanya membenarkan mahasiswa di luar negara bergiat secara aktif dengan kelab yang ditubuhkan oleh parti-parti politik di sana.

"Kenapakah mahasiswa ini tidak diberikan kebebasan untuk menyertai parti-parti politik sedangkan di luar negara mereka boleh menyertai kelab-kelab yang telah ditubuhkan secara langsung oleh parti politik tertentu di Malaysia?

"Apakah perbezaan pelajar universiti tempatan dan universiti luar negara yang tidak membenarkan pelajar kita di sini menyertai parti politik, tetapi hanya dibenarkan menyertai pertubuhan NGO dan apakah sebab mereka disekat dari terus untuk pergi kepada parti politik?" katanya.

Idris berhujah dengan menyatakan alasan tindakan KPT memperkenalkan Akta 15 ini bagi mengelakkan mahasiswa daripada terpengaruh dengan mana-mana parti politik yang boleh menjejaskan tumpuan mahasiswa kepada akademik.

3 ulasan:

MAT SIRAT berkata...

Pembangkang ternyata berjaya menimbulkan isu supaya warga pelajar, universiti dan juga umum mempersoalkan peranan pucuk pimpinan universiti dan juga negara.

MAT SIRAT - SARANG TEBUAN TELAH DIJOLOK, SIAPA YANG PERTAMA SEKALI AKAN DISENGAT...

MAT SIRAT

ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA

http://www.siratansuratan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

mahasiswa malaysia ni kalo yang haprak diorang akan kata bercinta boleh tapi berpolitik jangan...

Tanpa Nama berkata...

MahawasMelayu ni bukan x boleh berpolitik tetapi apabila berpolitik yang dikejar tak dapat yang dikendong bercipelajar melayu banyak yang lemah..(jangan nak sanggah)..yang masuk u tu pon nasib..tak caya tengok keputusan SPM mereka..kalu ambil kursus Agama , bahasa melayu bole lah..ada masa kalu kursus lain..biasanya keputusan priksa cukup makan je..tak caya tanya pensyarah..
Politik dijadikan satu excapism..
Awak tau tak kalau ambil kursus Medic..nak makan pon x sempat..
Cuma tengok pemimpin di malaysia..contoh anuar Ibrahim..ijazah pon x lepas dengan baik..begitu juga dengan lain-lain pemimpin Melayu..berapa kerat vyang ada dr. (medic) berbanding Cina../india..
yang ada kebanyakan lilusan bahasa melayu/Ugama..Phd pon bahasa melayu, Ugama..sikit yang Law/medic..Sebab itu ahli politik melayu senang kena kencing..tak kira pas ke, UMNO ke, Pkar ke..
Kebanyakannya Lembab..

Kongsi Link Anda