Kebelakangan ini timbul dengan isu papan tanda pelbagai bahasa oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang dan juga pengharaman Yoga. Bagi isu papan tanda dan pengharaman yoga terdapat satu persamaan iaitu terdapat pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang menggunakan nilai-nilai universal untuk kepentingan mereka.
Bunyinya memang indah tetapi sebenarnya secara tidak langsung telah membelakangkan keluhuran perlembagaan negara yang sepatutnya menjadi amalan rakyat negara ini.
Bagi kes papan tanda memang terdapat isu sentimen yang jelas iaitu menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris... Apabila terlalu mengikut sentimen kita akan membelakangkan keluhuran perlembagaan di dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut tentang bahasa rasmi kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Apakah kita sebagai rakyat akan membiarkan bahasa Melayu ini dikebelakangkan dan ditinggalkan sebab yang memerintah terdiri dari kalangan bukan Melayu seperti di Pulau Pinang. Pencabulan secara jelas undang-undang dan perlembagaan negara sepatutnya sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.
Begitu juga dengan isu pengharaman yoga, Majlis fatwa telah memutuskan ‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah".
terdapat pihak juga yang memainkan sentimen dan mewajarkan atas alasan senaman untuk kesihatan tanpa melihat latar belakang dan amalan senaman tersebut. Di dalam Islam, sesuatu yang jelas apa yang baik dan tidak baiknya semua datang dari Allah SWT, kesihatan, kesakitan, kekayaan, kemiskinan dan sebaginya. Bagi amalan yoga kita tidak boleh mendakwa semata-mata kita baik dan sihat kerana amalan tersebut kerana ini bertentangan dengan prinsip Islam. Apa yang manusia buat ialah hanya usaha dan yang menentukan adalah Allah SWT. DiDalam Islam juga, terdapat satu prinsip yang tidak boleh dilanggar iaitu "tiada Tuhan Selain Allah". Maka jika sesuatu amalan yang mempunyai unsur-unsur walau sekecil manapun ianya dalah haram tanpa kompromi. Inilah prinsip utama iaitu beriman kepada Allah SWT. Oleh itu, perkara ini tidak boleh dipertikaikan pihak tertentu, khasnya pertubuhan yang bukan Islam kerana ini adalah urusan hal ehwal orang Islam yang mempunyai prinsip dan syariahnya tersendiri.
Seperti Isu papan tanda, protes terhadap pengharaman yoga juga sebenarnya ialah pencabulan terhadap Kedaulatan Undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi persekutuan. Apabila terdapat pihak di negara ini yang membuat keputusan dengan membelakangkan perlembagaan, pihak ini mestilah ditolak oleh rakyat. Kerana walau kecil sekalipun pencabulan ini pastinya jika dibiarkan ianya akan menjadi barah kepada rakyat apabila terdapat pihak yang membuat sesuka hati...
Sudah cukup pencabulan Perlembagaan setakat ini dan ianya perlu dihentikan.... tindakan tegas perlu diambil bagi memelihara keluhuran perlembagaan...
1 ulasan:
Salam Bro,
Sumandak jemput Bro ikut serta Team Bloggers Pembela Negara banyak benda kita boleh ceta demi bangsa, agama dan negara
Catat Ulasan