Popular Today

Rabu, Disember 24, 2008

Anwar nak Sekular ke? Hudud ke?

PAS sudah , DAP pun sudah... macam mana pulak dengan Anwar?

Anwar nak Sekular ke? Hudud ke?

Sebagai ketua pembangkang apakah sebenarnya 'stand' Pakatan Rabun terhadap isu Hudud ini...

Rakyat semua hendak mengetahui 'stand' Pakatan Rabun terhadap isu Hudud ini.. mana yang betul dan mana yang tipu...

Jika Pakatan Rabun mengatakan sekular pilihan mereka... maka pelaksanaan Hukum Hudud adalah penipuan yang dirancang oleh PAS untuk mengelirukan pengundi...

Hakikatnya adalah pendirian PAS di dalam Pakatan Rakyat yang menentukan samada PAS tipu pengundi ataupun tidak?
Jika PAS kata mahukan Hudud sedangkan masih mendokong dan bersama Pakatan Rakyat... maka PAS adalah penipu... sebab apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat ialah Pakatan Sekular (PAS).. dan bukanlah Pakatan Islam (PIS)... ianya umpama utara dan selatan, timur dan barat iaitu arah yang bertentangan dan tidak mungkin akan bersama..

Pendirian PAS ini tiada kaitannya dengan UMNO... PAS yang menentukan masa depan Hudud di dalam Pakatan Rakyat sebab UMNO tiada hak untuk memaksa PAS untuk memilih jalan mana? oleh itu UMNO tidak wajar disalahkan...

Maka Hudud terletak ditangan PAS... Jika PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan sanggup meninggalkan Hudud.. maka berkuburlah Hudud PAS.. apa yang tinggal hanyalah Negara kebajikan @ Negara Komunis...

Hakikat perbezaan antara PAS dan DAP ini sebenarnya memang wujud sejak azali lagi.... semua mengetahui.. namun kononnya masih hendak 'simpan' perbezaan ini.. persoalannya sampai bila... bila 'Sekular' dan 'bukan sekular' boleh bergabung?

Minyak dan air tidak mungkin bersatu... itulah hukum alam...

Nampaknya DAP pula sebagai abang Long sudah 'sound' awal-awal pendirian PAS?

Adakah PAS diberikan tunjuk sebab kerana kemukakan Hudud tanpa persetujuan Pakatan Rakyat?

7 ulasan:

Mr Joker berkata...

quot "PAS sudah , DAP pun sudah... macam mana pulak dengan Anwar?

Anwar nak Sekular ke? Hudud ke?"

hahaha... hang jawab soklan aku pulak...

UMNO pulak nak apa? nak sokong hudud atau nak tolak hudud???

Tanpa Nama berkata...

Kelantan Umno backs hudud
By Leslie Lau

Consultant Editor
KUALA LUMPUR, Dec 22 - Kelantan Umno will lobby the federal government to allow the Islamist party Pas to introduce hudud law, which prescribes stoning, whipping and amputation as punishment for criminal offences, in what will certainly spark intense debate and rouse opposition from non-Muslims.

The Malaysian Insider understands the Kelantan state Umno leadership is planning to declare their support, which comes on the heels of Pas vice president Datuk Husam Musa's admission on Saturday that his party would introduce hudud if it wins federal power.

The support appears designed to place pressure on Pas, which has successfully gained support among more moderate Malaysians by appearing to place its stated aim of forming a theocratic Islamic state on the back-burner.

Pas has tried to project a more moderate and progressive image in recent years, but this has resulted in some restlessness from among its more conservative members, and a clear split in the party.

Last Saturday, Husam made his statement on hudud in an open debate in Kelantan with Umno Youth chief contender Khairy Jamaluddin.

Pas has tried unsuccessfully in the past to introduce hudud and other strict Islamic law.

But these attempts have all failed because of the federal government's refusal to sanction any vote on changes to the federal constitution.

Kelantan Umno's move now suggests they want Umno to call Pas's bluff.

If Pas is allowed to try to introduce hudud, it will certainly cause difficulties in the Pakatan Rakyat (PR) ranks.

The Chinese-dominated DAP could be forced to leave the PR alliance, while PKR would feel duty bound, as a Muslim-majority party, to back Pas.

Recently, more conservative groups in Pas have begun calling for more say in PR governments and for these administrations to inject Islamic values into the respective states.

These conservative groups have called for the sale of alcohol to Muslims in the urban state of Selangor to be banned, while in Penang, they are objecting to Muslim participation in a street dancing contest organised by the DAP-led government.

Umno's move could also help Barisan Nasional (BN) regain some of the non-Malay support, especially in the crucial upcoming Kuala Terengganu vote, as Chinese voters may be uneasy with all the talk of hudud.

trg007 berkata...

salam../
cakap pasal hudud.. kira dah bergegar kebanyakkan tiang masjid / surau "hijau" dek takbir puak PAS/PIS/PUS (pilih salah satu).. yang duk heboh sekarang (setelah PAS?PIS?PUS menang besar) ni, puak PR nak buat hudud ke nak buat kandang babi? mungkin ana terlupa.. bela babi dulu.. pas tu buat hudud.. betul kan Tok Guru.?

Tanpa Nama berkata...

sya omel menanyakan:

salam DSAI…apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tomahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa dikalangan pemimpin parti ini.bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini,dimana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang dibawah mereka melihat rentak yang diatas…!!!

Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun dibahagian bawah,sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan PREsident parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 p.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan,cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!!Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang dibawah mengerti derita yang diatas….

Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan Bapa penggerak REFORMASI rakyat,selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….

——

Saudari sya omel,

Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.

Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.

Wassalamualaikum.

ANWAR IBRAHIM

Semua pemimpin Umno yang mengulas isu hudud dalam media hari ini bengong dan cuba membengongkan rakyat.
Dalam kenyataan media, mereka menyalahkan PAS dan kerajaan PR kerana tidak melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang diperintah PR khasnya Kelantan.
Kalau Najib dua hari bercakap dalam nada yang sama kini 2 orang Naib Presiden Umno juga sama-sama bengong seperti Najib, tidak lebih dan tidak kurang.
Muhyiddin yang kelihatan agak cerdik berbanding Ali Rustam dan Najib, rupa-rupanya sama sahaja 'standard'nya dengan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno tersebut.
Bukankah sudah dijelaskan (mungkin lebih dari seribu kali) bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan enakmen yang diluluskan oleh DUN, jika enakmen itu bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Dalam kes ini enakmen hudud jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Maka dengan sendirinya ia tidak boleh digunapakai dan terbatal.
Jika Muhyiddin, Ali dan Najib (3 Abdul atau Samdol) mahu negeri-negeri menjalankan hukum hudud sila pinda perlembagaan persekutuan dengan segera. Jangan hanya bercakap ikut sedap mulut atau sengaja ingin mengelirukan rakyat.
Untuk pengetahuan 3 Samdol sekelian, rakyat Malaysia hari ini sudah bijak dan lebih cerdik dari kamu. Mereka tidak akan menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh Samdol semua.
Dalam media hari ini Muhyiddin Yassin berkata, tindakan Pas itu adalah strategi mereka untuk memancing pengundi di Kuala Terengganu yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Islam.

''Setelah lima penggal memerintah Kelantan, namun tiada satu hukuman hudud dilaksanakan di negeri tersebut menunjukkan Pas telah menipu rakyat sejak sekian lama," katanya.
Sementara Ali Rustam pula berkata slogan Pas 'Bangun Bersama Islam' adalah tidak relevan dengan tindakan mereka terutama selepas menang dalam pilihan raya lepas.

''Jika benar Pas ingin bangun bersama Islam, kenapa tidak mempraktikkan hukum hudud terutama di lima buah negeri yang dikuasai pakatan pembangkang," kata beliau.
UMNO pulak nak apa? nak sokong hudud atau nak tolak hudud???

trg007 berkata...

salam../

apa yang ana nampak... dalam isu hudud... umno yg didominasi oleh org islam yg pastinya tidak menolak hudud secara total...

tapi PAS yg begitu bersemangat utk melaksanakan hudud... tiba2 terhilang akal apabila diterjah oleh DAP..
kemana hilangnya semangat jihat hudud PAS dlm hal ini.ini PR dah dapat lima negeri,,,.PAS dah "dikandang babikan" oleh DAP..
ada menteri besar PAS dah jadi "babi dicucuk hidung"..

tak taulah kalau ditakdirkan PR jadi parti pemerintah..
dimanakah PAS akan "dicucuk" dan "dikandangkan"...

BERFIKIRLAH DARI SEKARANG..
PAS HANYA PARTI MASJID, PARTI SURAU, PARI KAMPUNG DAN PARTI CERAMAH KUTIP DUIT.. (untuk bina mahligai YB PAS)

Taminsari berkata...

Salam...mungkin Anwar perlu jawap yang ini juga...

TIAN CHUA AKUI PKR SEKULAR.

PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahruz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS. Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam. Niz Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS berselongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR, sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 08, antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS, di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.Bayangkan Tian Chua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR (bagi yang sedar percaturan politik DAP) pada pilihanraya ke12 kononnya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyangah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Sama-samalah kita fikirkan..

Salam perjuangan..

Taminsari berkata...

Salam..

Nak tambah sikit pasal Husam Musa ini...
Pengakuan Husam Musa semasa PR dilancarkan ( bukan ditubuhkan - PR rasanya belum didaftarkan lagi..harammm ? )..

Negara Islam bukan agenda Pakatan!

Husam Musa pernah mengaku Agenda negara Islam hanya sekadar idealisme PAS

Agenda negara Islam tidak menjadi sebahagian inti Pakatan Rakyat tetapi sekadar idealisme ahli-ahli PAS, kata naib presiden parti itu Datuk Husam Musa.

"Pada zaman nabi Muhammad, tidak secara jelas menyebut negara Islam. Perdebatan tentang istilah ini boleh mengelirukan. Pada pendapat saya, kita perlu mencari istilah yang lebih disenangi atau dapat difahami oleh masyarakat ramai.

"Oleh kerana negara Islam sebagai idealisme (PAS), maka ia memberikan satu panduan kepada petugas-petugas PAS," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini tidak lama dahulu.

Beliau diminta mengulas kontroversi awal penubuhan Pakatan Rakyat susulan kenyataan timbalan menteri besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang dilaporkan berkata "PAS wajar menjadi tunjang kepada pakatan itu sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam."

Husam, yang juga exco kanan kerajaan PAS itu, berkata intipati perjuangannya termasuklah tadbir urus yang Islamik seperti amanah, telus, adil dan saksama, tidak mendiskriminasi, membantu yang lemah dan prihatin.

"Prinsip-prinsip tadbir urus ini lebih mustahak kerana keadaan negara hari ini - rasuah yang melanda, penghakisan (kebebasan) dalam badan kehakiman, kebebasan bersuara, kebebasan beragama," katanya.

"Idealisme negara Islam harus diteruskan oleh ahli-ahli PAS tetapi PAS juga telah menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai kerangka utama untuk bergerak.

"Saya ingat (penerimaan) ini satu jaminan kepada pemimpin-pemimpin kanan seperti Karpal Singh bahawa tidak ada perubahan (yang berbeza) di luar imaginasi mereka."

Isu negara Islam, tambahnya, sering mengelirukan kerana model yang ada kini seperti Iran, Arab Saudi, Bangladesh mencipta tanggapan berbeza-beza kepada banyak orang.

"Untuk melawan gejala rasuah, apakah asas tindakan anda? Jadi, bagi ahli-ahli PAS, ajaran Islam (sebagai asasnya).

"Anda mesti menjadi seorang pemimpin yang bersih, bertanggungjawab, telus, dan ini semua preskripsi untuk tadbir urus yang juga Islamik. Jika anda tidak mempunyai (asas) ini, anda hanya seumpama pemimpin Umno."

Menurut Husam lagi, Pakatan Rakyat membenarkan ketiga-tiga parti pembangkang berada dalam satu platform dan terpulang kepada parti masing-masing menentukan parameter utama pakatan tersebut.

"Khususnya berkaitan tadbir urus, termasuk kerajaan yang bersih, adil, memberi peluang sama rata, mengambil berat kumpulan miskin dan tertinggal, mengutamakan kebajikan, menguruskan (wang) negara secara berhemah, dan dengan itu mengelakkan pembaziran, melaksanakan amalan tender terbuka - ini akan banyak membantu negara kita berada atas landasan yang betul," katanya.

"Dan inilah yang telah hilang - kemandirian badan kehakiman, kebebasan bersuara, agenda moral untuk generasi muda, menurunkan kadar jenayah, masalah penyalahgunaan dadah, - inilah agenda-agenda negara yang juga selari dengan ajaran Islam. Tidak ada pertentangan di sini.

"Jika kita membincangkan (isu) PAS sebagai tunjang Pakatan Rakyat, ia mestilah selepas penerimaan orang ramai, bukan dengan cara mendakwa 'saya (PAS) tunjang (Pakatan)' tetapi mestilah melalui penerimaan awam, dan inilah juga yang dilakukan oleh Rasulullah," katanya.

Keputusan menubuhkannya dibuat dalam satu perjumpaan yang dihadiri ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Sebelum itu Ahmad dilaporkan menafikan bertegas PAS harus menjadi "tunjang" pakatan itu dan melahirkan rasa kesal pada laporan-laporan media yang dianggapnya "menyimpang daripada kenyataan asalnya" mengenai isu tersebut.

Cakap macam keling..putar alam dan lidah bercabang...Jika negara Islam bukan agenda Pas, macamana nak tegakkan hukum hudud..bila rasa dah tak boleh, salahkan pulak kerajaan kenapa tak tegakkan HUDUD..dia tak sedar satu jari arah kepada orang, empat jari lagi mengarah ke diri sendiri..

Salam perjuangan

Kongsi Link Anda